Ramai yang cari cara mandi bunga, apakah itu mandi bunga? Mandi bunga mempunyai kaitan yang rapat dengan budaya orang Melayu yang sememangnya tidak asing lagi. Mandi bunga juga sinonim dengan golongan wanita yang kononnya lambat bertemu jodoh sebagai usaha untuk menarik perhatian kaum lelaki. Amalan mandi bunga ini didirikan tidak lain dan tidak bukan untuk mewangikan dan menyegarkan badan serta menaikkan seri wajah dan dalam masa yang sama mencantikkan kulit.
Terdapat banyak manfaat dan kelebihan mandi bunga yang diperkenalkan melalui amalan orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ada juga tutorial lengkap cara mandi bunga yang betul sekiranya anda ingin mengamalkan mandi bunga.
Mandi Bunga Baik Untuk Tubuh Badan Manusia
Isi Kandungan
Apakah Itu Mandi Bunga?
Mandi bunga adalah merupakan amalan orang Melayu dahulu yang mana ia digunakan dalam urusan untuk hari atau peristiwa tertentu seperti perkahwinan, sakit melahirkan anak dan lain-lain. Di dalam Islam hukum mandi bunga adalah harus jika ia dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya serta bertujuan untuk perubatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan hukum syarak.
Menurut saintifik pula amalan mandi bunga adalah satu amalan yang baik kerana ia memberi kesegaran tubuh badan sekaligus menaikkan seri wajah yang disebabkan khasiat bunga yang telah diserap masuk ke dalam badan.
Apakah Hukum Mandi Bunga? |
---|
Hukum mandi bunga adalah harus. Jika tidak disertakan unsur syirik dan khurafat, mungkin tidak mengapa sebagai usaha yang bertujuan kesihatan, kesegaran badan dan terapi memulihkan semangat semata-mata sahaja dan jangan diiktikadkan perbuatan itu boleh mengawal jodoh. Sumber:Mufti Wilayah Persekutuan |
Kebaikan Mandi Bunga untuk Kesihatan
Amalan mandi bunga terdapat kebaikan dan khasiat yang tersendiri. Mandi bunga juga adalah merupakan salah satu dari rawatan alternatif untuk merawat aura diri zahir dan batin. Kebiasaannya mandi bunga masih dijadikan amalan dan disediakan servis perkhidmatan mandi bunga di spa, pusat rawatan alternatif, pusat rawatan bekam dan lain-lain lagi.
Berikut adalah kebaikan mandi bunga untuk tubuh badan manusia:
- Mandi bunga boleh menenangkan jiwa dan fikiran. Dengan keadaan mandi bunga yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang membangkitkan kewangian bunga itu membuatkan diri kita menjadi lebih tenang dari segi jiwa dan fikiran.
- Mandi bunga boleh melembabkan kulit. Melalui khasiat yang terkandung di dalam bunga dan mempunyai kemampuan untuk melembabkan kulit kering orang yang mengamalkan mandi bunga akan merasakan kulit yang sihat.
- Mengurangkan masalah susah tidur malam atau insomnia. Dipercayai mandi bunga juga boleh mengurangkan masalah insomnia sekiranya diamalkan secara kerap. Walaubagaimanapun, masalah insomnia adalah berdasarkan beberapa faktor dan ia adalah salah satu inisiatif untuk merawat masalah susah tidur malam.
- Kesan mandi bunga mewangikan tubuh badan. Wangi daripada bunga ambillah diambil untuk dijadikan mandi bunga ianya akan melekat pada tubuh badan si pemandi. Dipercayai juga dengan mandi bunga akan dapat menyelesaikan masalah badan berbau dek kerana wanginya bunga itu.
Panduan Menyediakan Mandi Bunga
Cara Mandi Bunga Untuk Kesihatan
Untuk mandi bunga perlu disediakan beberapa bahan yang betul dan sesuai dengan kebiasaan amalan mandi bunga. Bertujuan untuk kesihatan serta memberi kesegaran kepada tubuh badan bahan-bahan yang akan dikumpulkan itu dimasukkan di dalam air yang sama.
Berikut adalah bahan-bahan untuk mandi bunga:
- Bunga cempaka putih
- Melur kuning dan putih
- Bunga kenanga
- Mawar merah
- Sebotol air mawar
- 2 biji limau purut.
Selepas kesemua bunga disediakan ia akan dicampur dengan sebentuk air mawar dan bersama dua biji limau purut dan akan dibiarkan selama semalaman. Sebaiknya dilakukan pada waktu pagi dan air rendaman itu dijadikan sebagai air bilasan selepas mandi biasa.
Sebelum memulakan, selawatlah keatas nabi Muhammad SAW dan berniat dengan niat yang baik. Siraman dari air rendaman bunga di mulai dari bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Baki air bunga itu akan disiram dari bahagian kepala sehingga habis. Boleh nikmati bau bunga yang segar dan harum ketika mandi dan janganlah terburu-buru. Sesudah selesai mandi anda digalakkan untuk membiarkan air di badan kering dengan sendiri.
Perkara yang Perlu Dilakukan untuk Menjaga Kesihatan
Amalan mandi bunga adalah jelas ianya adalah bertujuan untuk mewangikan badan dan memberi kesegaran badan yang sentiasa. Di dalam era moden ini kita mempunyai pelbagai solusi untuk mendapatkan badan yang wangi dan kesegaran badan. Produk-produk terkini juga banyak memberi kelebihan dan khasiat melalui produk yang mesra kepada pengguna.
Tujuan untuk menjaga kesihatan juga boleh diamalkan selain amalan mandi bunga dengan kita sentiasa mandi sabun yang disahkan boleh membasmi kotoran dan kuman. Selain itu, jika kita menginginkan badan yang wangi kita boleh menggunakan minyak wangi yang pelbagai.