Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Tajaan Kursus Pengawas Hutan 2024 Dibawah Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Permohonan Tajaan Kursus Pengawas Hutan 2024 Dibawah Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Permohonan Kursus Pengawas Hutan 2024 Dibawah Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Berkenaan Kursus Pengawas Hutan 2024

Kursus Pengawas Hutan 2024

Berikut adalah beberapa maklumat yang anda perlu tahu dalam permohonan sijil Kursus Pengawas Hutan 2024:

  1. Tempoh Kursus : Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah selama 2 semester (sesi 2024-2025).
  2. Kelayakan Akademik : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta:
    • Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;
    • Lulus mata pelajaran Matematik; dan
    • Lulus mana-mana mata pelajaran Sains;

Syarat Kelayakan Kursus Pengawas Hutan 2024

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi Kursus Pengawas Hutan 2024:

  1. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
  2. Anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan perkhidmatannya dan Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat juga boleh memohon setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
  3. Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.
Kursus Pengawas Hutan 2024

Info Tambahan

  • Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.
  • Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di FORTRAIN tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
  • Jika berlaku pelanggaran ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

    Cara Permohonan Kursus Pengawas Hutan 2024

    Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pejabat Bahagian Latihan Perhutanan seperti alamat dibawah:

    Bahagian Latihan Perhutanan,
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
    52100 Kepong, Kuala Lumpur.

    Atau di mana-mana Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Hutan Daerah di Semenanjung Malaysia atau boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

    • Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti dia para 3
    • Borang permohonan juga boleh dihantar ke alamat e-mel resume [email protected].
    • Permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web rasmi.

    Tarikh Tutup Permohonan Kursus Pengawas Hutan 2024

    Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2024 (Jumaat). Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau FORTRAIN di talian telefon 03-6277 0856/03-6277 0847/03-6277 8741/03-6274 0572.

    Info Berkenaan Pengawas Hutan Gred G19

      Bagi mereka yang mempunyai sijil Kursus Pengawas Hutan 2024, langkah seterusnya adalah anda boleh membuat permohonan bagi jawatan Pengawas Hutan Gred G19. Jawatan ini adalah bagi Calon lantikan yang memiliki kelayakan seperti berikut:

      • Warganegara Malaysia; dan
      • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

      Syarat Kelayakan Akademik

      Bagi mereka yang berminat dengan jawatan ini boleh membuat permohonan melalui SPA9 dengan merujuk syarat kelayakan akademik dibawah:

      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40)
      • SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)
      • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
        • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (minima Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      Penerangan Tugas Pengawas Hutan Gred G19

      Berikut adalah merupakan antara tugas pengawas hutan berdasarkan penerangan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:

      • Bertanggungjawab dalam membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan.
      • Membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

      Dengan penerangan berkenaan jawatan ini, bagi bakal calon yang ingin menjawat jawatan Pengawas Hutan, didoakan semoga dipermudahkan urusan dalam proses permohonan dan seterusnya.

        3 KOMEN

        TINGGALKAN KOMEN

        Sila masukkan komen anda!
        Sila masukkan nama anda di sini

        Cikgu Ahmad
        Cikgu Ahmad
        "It always seems impossible until it's done."

        Anda Mungkin Meminati