Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024

Bahan Artikel 20240403 015351 0000 min
Himpunan Resepi Mudah Ayam Panggang Buat Berbuka Puasa 2024 7

Pada bulan ramadan tahun ini ayam panggang atau sering dikenali ayam bakar antara lauk berbuka yang terlaris di bazar ramadan. Selain itu, banyak juadah ayam panggang dijual di gerai bazar dan antara yang terpaling laris serta harganya yang boleh tahan mahal.

Oleh itu, admin ingin berkongsi beberapa variasi resepi mudah buat ayam panggang sendiri di rumah. Bolehlah dicuba sebab ianya lebih jimat dan sedap!

Panduan Lengkap Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Jimat

67319125 2323370691314348 7446922023621623808 n 1
credit gambar : FB Siti Fatimah

Bagi mak-mak yang pening kepala memikirkan hidangan juadah berbuka untuk seisi keluarga amat dialukan untuk mencuba resepi ayam panggang mudah dan jimat.

Berikut admin kongsikan 3 variasi resepi utama ayam panggang untuk dicuba iaitu ayam panggang madu, ayam panggang air fryer dan ayam panggang blackpepper.

Resepi Ayam Panggang Madu

242188278 5128939740465982 4589140838075238716 n
credit gambar : FB Munira Ali

Berikut bahan-bahan yang perlu disediakan :

  1.  1 ekor ayam (ikut berapa bahagian yang diperlukan)
  2.  5-7 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  3.  1/2 inci halia (ditumbuk halus)
  4.  sos tiram (2-4 sudu besar)
  5.  madu (2-4 sudu besar)
  6. gula perang (2-3 sudu besar)
  7. gula pasir (2-3 sudu besar)
  8.  sos cili (2-3 sudu besar)
  9.  serbuk cili (1-2 sudu besar)
  10.  serbuk lada hitam (2-3 sudu besar)
  11.  garam (ikut selera)

Cara Memasak Ayam Panggang Madu

242081034 5128939973799292 1343284095244227820 n
credit gambar : FB Munira Ali
  • Potong-potong ayam kepada bahagian kecil kemudian basuh ayam terlebih dahulu sehinga bersih dan toskan dengan air biarkan sehingga kering. Ketepikan sementara menyediakan bahan perapan yang lain.
  • Tumbuk halus bawang putih dan halia jika menggunakan lada hitam biji bolehlah ditumbuk dengan bahan-bahan tadi.
  • Sedia bekas ayam untuk tujuan perapan. Selepas itu, masukkan kesemua bahan termasuk yang ditumbuk halus kedalam bekas kecuali ayam panggang kemudian gaul sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan ayam yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas perap. Gaulkan ayam dan bahan perapan sehingga rata. Pastikan semua bahagian ayam dilapisi dengan perapan supaya rasa perap meresap sepenuhnya ke dalam isi ayam.
  • Perap ayam selama sekurang-kurangnya 30 minit. Untuk cita rasa yang lebih sedap, perap ayam semalaman dan simpan dalam peti sejuk.
  • Setelah ayam siap diperap, anda boleh memasaknya mengikut cara memasak kegemaran anda, seperti menggunakan oven, air fryer, atau membakarnya di atas dapur arang.
  • Untuk menggunakan oven, anda boleh tetapkan suhu antara 150 hingga 180 darjah Celsius dan bakar selama 15 hingga 20 minit.
  • Bakar ayam sehingga luarannya sedikit garing dan warna daging ayam menjadi putih. Untuk memeriksa kematangan ayam, hiris sedikit pada bahagian dalam daging. Jika cecair yang keluar jernih dan dagingnya telah putih, itu menunjukkan ayam telah masak sepenuhnya.
  • Angkat ayam dan susun dalam bekas yang sesuai. Ayam bakar madu anda kini siap untuk dinikmati. Selamat menjamu selera!

Resepi Ayam Panggang Air Fryer

242056826 5128939327132690 8771584044599782192 n
credit gambar : FB Munira Ali

Berikut bahan-bahan yang perlu disediakan mudah dengan air fryer :

  • Sos tiram – 3 sudu
  • Sos cili – 3 sudu
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Halia
  • Rempah kari – 1 sudu
  • Madu – 3 sudu
  • Minyak masak – 2 sudu
  • Serbuk lada hitam – setengah sudu
  • Kicap – 2 sudu
  • Garam secukup rasa – setengah sudu

Cara Penyediaan Ayam Panggang Air Fryer Mudah

  1. Perap ayam panggang bersama halia, serbuk lada hitam, dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur untuk meningkatkan kesepaduan cita rasa.
  2. Masukkan secukup rasa, seterusnya tambah bahan-bahan lain mengikut citarasa.
  3. Perapkan ayam lebih lama untuk mencapai cita rasa yang lebih enak. Anda juga boleh memotong-motong ayam sedikit demi sedikit agar bahan-bahan lebih mudah meresap dan menyatu dengan ayam.
  4. Bakar ayam pada suhu 180°C untuk tempoh 20 minit. Kemudian, balikkan ayam panggang dan bakar lagi selama 15 minit. Setelah itu, terbalikkan sekali lagi dan teruskan proses pembakaran selama 5 minit tambahan. Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan.
  5. Siap untuk dihidang!

Ayam Panggang Blackpepper

68751022 1045770602295347 8858107629793181696 n
credit gambar : FB Melaka Foodie

Bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan juadah ayam blackpepper adalah:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong menjadi 2
  • 2 biji ubi kentang, dibelah dua
  • 1 batang wortel
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar sos tiram Maggi
  • Sedikit madu
  • 2 sudu besar Maggi Cukup Rasa, atau mengikut citarasa
  • Lada hitam, ditumbuk kasar, secukupnya
  • Sedikit minyak zaitun, untuk menumis

Cara-Cara Penyediaan :

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Kisar halia dan bawang putih sehingga menjadi halus.
  2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa ke dalam campuran halia dan bawang putih tersebut.
  3. Gaulkan campuran tersebut dengan baik dan lumurkan pada ayam secara merata.
  4. Lumurkan sos tiram Maggi pada ayam dan pastikan rata. Selepas itu, tuangkan madu dan lumurkan dengan rata, termasuk di celah-celah bawah kulit ayam. Pastikan semua permukaan ayam dialasi dengan baik dengan campuran sos tiram dan madu untuk mendapatkan rasa yang meresap.
  5. Bakar ayam selama 45 minit, terbalikkan dan sapu dengan minyak dari masa ke semasa. Gunakan kuah yang terkumpul dari baki membakar ayam panggang sebagai pencicah untuk hidangan ayam. Sajikan sebagai sos sampingan untuk meningkatkan cita rasa hidangan.
  6. Siap untuk dihidang!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati