Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023 (BWE JKM)

Cara Mohon Bantuan Warga Emas

Kita ketahui kerajaan Malaysia sangat menjaga kebajikan warga emas. Oleh yang demikian, kami menyediakan info cara mohon bantuan warga emas berjumlah RM500 ringgit Malaysia. Kelayakan untuk menerima elaun ini tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Untuk pengetahuan anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertangungjawab bagi permohonan bantuan warga emas ini. Objektif utama pemberian elaun ini adalah untuk menjaga dan meningkatkan kesejahteraan komuniti, terutamanya warga emas di Malaysia.

Bagi anda yang berminat menambah maklumat, anda dikehendaki mengikuti telegram kami bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan secara terus:

Penerangan Cara Mohon Bantuan Warga Emas

Kebanyakkan dari kita sudah mengetahui jumlah agihan bagi bantuan warga emas adalah sebanyak RM500 untuk seorang warga emas yang memenuhi syarat atau kriteria yang lengkap. Pelaksanaan program BWE yang bertujuan untuk memberi sokongan kewangan kepada golongan warga emas yang berada dalam keadaan kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan. Peringatan anda perlu ketahui beberapa maklumat penting sebelum anda memohon seperti:

Maklumat Penting untuk Anda Ketahui
Tarikh Permohonan
Kriteria Layak Memohon
Cara Mudah untuk Membuat Permohonan

FB IMG 1680416944601

Tempoh Permohonan Bantuan Warga Emas

Bagi mereka yang memenuhi syarat dan memerlukan, peluang untuk memohon bantuan khas Bantuan Warga Emas (BWE) terbuka sepanjang tahun ini. Permohonan boleh diajukan pada bila-bila masa dengan mematuhi ketentuan yang telah ditetapkan.

Dengan ini, para calon yang layak diminta untuk mengemukakan permohonan bantuan ini sepanjang tahun ini untuk memastikan mereka yang memerlukan dapat bantuan yang mereka perlukan. Selain itu, proses permohonan juga lebih mudah dan fleksibel dan mudah untuk para pemohon.

Semak Kriteria Kelayakan Cara Mohon Bantuan Warga Emas

Bagi anda yang ingin mencuba nasib untuk memohon bagi bantuan ini, anda dikehendaki semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan bantuan warga emas anda diterima.

Kriteria Kelayakan Yang Mesti Ada

Pihak berkuasa telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk permohonan bantuan khas ini seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu purata pendapatan isi rumah yang berada dalam kategori miskin pada masa semasa atau purata pendapatan perkapita semasa.
  3. Permohonan terbuka kepada golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
  4. Pemohon tidak boleh tinggal di institusi yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat penjagaan harian yang menyediakan perkhidmatan secara percuma.

Nota: Pelaksanaan semua bantuan kesejahteraan ini dilakukan dengan mematuhi senarai bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

photo 2023 10 09 17 11 37
Syarat cara mohon bantuan warga emas

Details Cara Memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 

Sudah semestinya jika anda ingin membuat permohonan bantuan haruslah mengisi borang atau menyediakan beberapa maklumat dokumen sendiri untuk maklumat majikan yang menilai kelayakan anda.

Dibawah adalah contoh borang yang anda dikehendaki untuk download terlebih dahulu dan isi bersama beberapa dokumen lain:

IMG 20221228 191852 605
Borang JKM18 (Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023)
photo 2023 10 09 16 56 58
Borang JKM20 (Cara Mohon Bantuan Warga Emas Bagi Tahun 2023)

Dibawah kami akan kongsi dokumen atau fail yang penting dan perlu ada semasa memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM).Borang permohonan bersama dokumen dibawah haruslah lengkap supaya memudahkan permohonan anda diterima.

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Download Borang Permohonan Dibawah:
Borang Permohonan Bantuan JKM18
Borang Kaji Semua Bantuan JKM20

Maklumat Tambahan Jika Anda Ada Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut atau ingin lebih kepastian tentang Permohonan ni boleh layari portal JKM

Semoga permohonan  Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM) anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan warga emas dan OKU

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati