Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kenali Punca Batuk Berdarah dan Tips Melegakan Batuk Berdarah

batuk berdarah
Kenali Punca Batuk Berdarah dan Tips Melegakan Batuk Berdarah 4

Pernahkah anda atau ahli keluarga anda mengalami batuk berdarah? Batuk berdarah adalah kerap didengari di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang pernah mengalami jangkitan peparu dan semasa musim panas dan kering. Artikel kali ini menerangkan apakah itu batuk berdarah, gejala batuk berdarah, punca-punca batuk berdarah dan tips melegakan batuk berdarah.

Apakah itu Batuk Berdarah?

Batuk berdarah adalah batuk yang mengeluarkan darah bersama-sama kahak. Darah yang keluar mungkin setitik, segaris atau banyak. Paling penting mengenalpasti jika darah itu daripada paru-paru dan bukan daripada hidung, tekak atau perut. Dengan mengetahui punca pendarahan adalah sangat penting untuk merawat punca penyakit. Jika anda mengalami batuk berdarah yang berpanjangan, sila berjumpa doktor dengan segera.

Gejala-gejala Batuk Berdarah

Berikut merupakan gejala batuk berdarah yang kita perlu tahu:

1. Sakit dada terutama ketika menarik nafas
2. Penat
3. Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
4. Demam
5. Nafas laju
6. Berpeluh waktu malam
7. Kurang selera makan
8. Penurunan berat badan
244354513 2813523765574811 8557587578189514672 n
Kenali Punca Batuk Berdarah dan Tips Melegakan Batuk Berdarah 5

Punca-punca Batuk Berdarah

1. Masalah pada sistem pernafasan (paru-paru):
– Radang paru-paru (pneumonia)
– Tibi
– Kanser paru-paru
– Bronkitis kronik
– Bronchiectasis
– Nanah paru-paru
– Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
– Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
– Paru-paru berair ( pulmonary edema)
2. Masalah pada jantung
– Jantung lemah (congestive cardiac failure)
– Hipertensi pulmonari
3. Penggunaan ubat pencair darah contoh: Warfarin, heparin
4. Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
5. Kecederaan kepada paru-paru atau salur darah pecah selepas batuk yang kuat
6. Penyakit auto immune dan vasculitis (Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
362268948 687640470064121 3745390559646739891 n
Kenali Punca Batuk Berdarah dan Tips Melegakan Batuk Berdarah 6

Tips Melegakan Batuk Berdarah

Jika anda baru sahaja mengalami batuk berdarah, dan kuantiti darah adalah sangat sedikit. Anda mungkin tidak perlu risau berlebihan. Berikut merupakan tips anda boleh cuba untuk melegakan batuk berdarah.

1. Minum Madu
Madu dapat menyembuhkan luka dalaman, menyembuhkan batuk kering, batuk berkahak dan batuk berdarah. Madu asli juga mempunyai aktiviti antibakteria yang tinggi. Minum sekurang-kurangnya 1-2 gelas air masak yang mengandungi satu sudu madu sehari.
2. Perbanyakkan Minum Air Putih
Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari. Tubuh anda akan hidrasi dengan kandungan air yang cukup, anda akan berasa segar dan sihat. Jika batuk berdarah, ada kemungkinan anda mempunyai kahak yang kental, justeru air dapat membantu mencairkan kahak yang kental itu.
3. Rehat dengan Cukup
Jika anda mengalami batuk berdarah, anda perlu rehat dan tidur cukup. Ini dapat memperbaiki sel-sel tubuh anda dan memberi masa untuk pemulihan penyakit.
4. Memanaskan badan dan senaman ringan
Jika ada mengalami batuk berdarah dan jangkitan peparu, anda tidak boleh duduk dalam aircon atau minum minuman yang berais dan sejuk. Ini akan memburukkan lagi batuk anda, dan menyebabkan akan lemas untuk bernafas kerana suhu sejuk akan mengentalkan lagi lendiran pada peparu anda.
5. Meminum Susu
Minum susu suam yang kaya dengan kalsium dapat memberi anda kelegaan selepas batuk berdarah. Ia mengandungi tinggi kalsium dapat membantu meningkatkan metabolisme anda dan memanaskan badan anda. Ia juga dapat meringankan ketengangan dan keradangan pada saluran tekak dan pernafasan anda.
6. Berhenti merokok
Jika anda seorang perokok, anda perlu berenti merokok kerana ia akan memberi kelegaan kepada peparu anda dan mengelakkan batuk menjadi lebih teruk.

Gejala Batuk Berdarah Semakin Teruk

Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Jika anda merasakan gejala seperti sesak nafas, darah keluar terlalu banyak selepas batuk, pitam atau sakit kepala kuat, dan rasa lemas (asphyxia), anda seharusnya segera ke kecemasan dan berjumpa dengan doktor perubatan untuk memeriksa secara terperinci penyakit yang anda alami.

Soalan FAQs Berkenaan Batuk Berdarah

Apakah itu batuk berdarah?

Batuk berdarah adalah batuk bersama darah keluar bersama kahak. Darah yang keluar mungkin setitik, segaris atau banyak.

Apakah antara gejala batuk berdarah?

sakit dada semasa bernafas, sesak nafas, cepat penat

Apakah punca batuk berdarah?

Mempunyai masalah pada sistem pernafasan seperti Radang paru-paru (pneumonia), Tibi, Kanser paru-paru, Bronkitis kronik, Bronchiectasis, Nanah paru-paru, Jangkitan kulat terutama “mycetoma”, Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism), dan Paru-paru berair ( pulmonary edema).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati