Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Cara Pengesanan Awal Demam Denggi dan Penawar Demam Denggi

demam denggi
3 Cara Pengesanan Awal Demam Denggi dan Penawar Demam Denggi 5

Kes demam denggi di Malaysia semakin meningkat. Baru-baru ini ada dua kematian yang melibatkan demam denggi berlaku di Pulau Pinang. Selangor dan Johor adalah negeri mempunyai kadar jangkitan tertinggi di Malaysia pada awal tahun 2024 (KKM). Justeru itu, artikel kali ini membincangkan apakah demam denggi, gejala demam denggi, cara pengesanan awal, dan kaedah rawatan demam denggi.

Apakah itu Demam Denggi?

Demam denggi adalah demam akibat daripada jangkitan virus dikenali sebagai Flavivirus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus denggi (dengue virus) yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DENV 1, DENV 2, DENV 3 dan DENV 4.

Jika anda pernah dijangkiti dengan satu jenis virus denggi, anda boleh dijangkiti semula dengan virus denggi yang lain. Ini disebabkan antibodi terbina pada tubuh anda hanya untuk satu jenis virus. Anda mungkin boleh dijangkiti lagi dengan 3 jenis virus denggi yang lain dari DENV 1-4. Ini bermakna, jika anda tinggal di kawasan jangkitan denggi, anda boleh dijangkiti lebih sekali seumur hidup. Statistik menunjukkan lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

431198174 808934964601842 2135415834521038902 n
3 Cara Pengesanan Awal Demam Denggi dan Penawar Demam Denggi 6

Gejala Awal Demam Denggi

Demam denggi boleh dirawat jika ada memerhatikan gejala pada tubuh seawal jangkitan:

1. Jika anda terkena gigitan nyamuk aedes, anda akan mula demam pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14). Demam akan berlaku selama 4 hingga 7 hari.
2. Demam panas (40 – 41C) yang mengejut.
3. Sakit kepala yang teruk dan kuat
4. Sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi.
5. Terjadi ruam dan merah di kulit
6. Serangan sawan pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
7. Muntah dan cirit birit
12493813 10153207692456237 5830450314853196462 o
3 Cara Pengesanan Awal Demam Denggi dan Penawar Demam Denggi 7

3 Cara Pengesanan Cepat Demam Denggi

Jika anda ingin mendapat pengesanan awal adakah anda mengalami demam denggi? Anda boleh pergi ke klinik berhampiran dan menjalani ujian berikut:

1. Ujian Antibodi:
Dikesan di dalam darah (Dengue IgM)
2. Ujian PCR:
Kaedah mengesan genetik virus dalam darah
3. NSI antigen:
Ujian pengesanan antigen virus pada peringkat awal jangkitan dan demam.

Rawatan dan Penawar Demam Denggi

Rawatan dan penawar demam denggi
1. Jika anda mengalami demam mengejut, dan tinggal di kawasan wabak denggi, segera berjumpa dengan doktor untuk mengesan tahap kesihatan anda.
2. Anda perlu rehat dan banyakkan minum air masak.
3. Ambil ubat paracetamol setiap 6 jam untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan. Antibiotik tidak perlu.
4. Elakkan ubat aspirin NSAD (ubat tahan sakit) bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
5. Mandi jerlum.
6. Lebihkan air masak dan jus buah-buahan serta air tinggi elektrolit untuk mengelakkan dehidrasi. Contohnya, jus kurma, jus oren, jambu batu, air kelapa, air isotonik, jus daun betik, dan air teh hijau.
7. Seseorang mengalami denggi akan mengalami kekurangan platlet dan darah putih, pesakit akan berasa lemah, minum jus ekstrak daun betik (atau dikapsulkan) untuk membantu mengembalikan bilangan platelet.
119831434 2746303838992804 2433066643416927196 n
3 Cara Pengesanan Awal Demam Denggi dan Penawar Demam Denggi 8

Cara Pencegahan Demam Denggi

Cara utama untuk mengelak terkena denggi adalah dengan menghindar daripada gigitan nyamuk Aedes. Berikut adalah cara untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk aedes:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur.
  • Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah
  • Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Gejala Demam Denggi pada Kanak-kanak Semakin Teruk

Apabila anak anda mengalami gejala berikut, segera bawanya berjumpa doktor:

  1. Muntah berlarutan dan berpanjangan.
  2. Sakit perut.
  3. Kurang bermaya dan sawan.
  4. Sesak nafas.
  5. Pucat dan sejuk pada tangan dan kaki.
  6. Pendarahan pada gusi dan hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Soalan FAQs Berkenaan Demam Denggi

Apakah itu demam denggi?

Demam denggi adalah demam akibat daripada jangkitan virus dikenali sebagai Flavivirus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Apakah cara pengesanan pantas demam denggi?

Menggunakan antibodi, antigen atau PCR pada darah pesakit.

Apakah gejala demam denggi semakin teruk pada kanak-kanak?

Muntah berlarutan dan berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya dan sawan.
Sesak nafas.
Pucat dan sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan pada gusi dan hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati