Berita baik! Permohonan guru tajaan KPM 2024 kini tiba! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda tanpa pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk sertai Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru KPM seluruh negeri.
Berkenaan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Isi Kandungan
- 1 Berkenaan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
- 2 Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Apa itu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)?
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PDPP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Tempoh Permohonan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Permohonan permohonan guru tajaan KPM 2024 untuk mengikuti program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah dibuka permohonan pada 14 Mac 2024 dan akan ditutup pada 15 April 2024.
Para calon boleh mengemukakan permohonan melalui panduan cara yang kami sediakan dibawah.
Update : Pihak KPM maklum bahawa mereka menangguhkan permohonan ke tarikh yang lain.
Syarat Kelayakan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Untuk membuat permohonan, para calon perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan:
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; ATAU
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;
- Dan lain-lain
Bagi para calon yang ingin mengetahui senarai syarat-syarat kelayakan permohonan Guru Tajaan KPM 2024 lebih lanjut, anda boleh merujuk pada pautan dibawah:
Syarat Calon yang Tidak Layak Mohon
Bagi permohonan guru tajaan KPM 2024, KPM telah senarai beberapa syarat calon yang tidak layak. Para calon perlu meneliti syarat-syarat seperti dibawah:
- Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan serta ditamatkan daripada pengajian.
- Calon yang diisytiharkan bankrap.
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Senarai Bidang Pengkhususan yang Ditawarkan
Berikut adalah merupakan senarai bidang pengkhususan program yang ditawarkan dalam program pengambilan calon gurun KPM 2024:
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Bahasa Arab Pendidikan Rendah
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling.
- Pemulihan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pemulihan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pemulihan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
Cara Mohon Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Untuk makluman permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM bermula 14 Mac 2024. Pemohon dinasihatkan melayari laman maklumat lanjut bagi mendapatkan:
- Maklumat iklan
- Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
- Temu duga
- Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
- Syarat bidang pengkhususan
- Serta tarikh-tarikh penting
Berikut adalah merupakan beberapa perkara yang perlu para calon ketahui:
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
- Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG. Rujuk login UKCG.
Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024
Bila permohonan Permohonan Guru Tajaan KPM 2024 dibuka?
Permohonan dibuka bermula 14 Mac 2024 bersamaan hari rabu.
Bagaimana cara mohon Permohonan Guru Tajaan KPM 2024?
Anda boleh membuat permohonan calon guru KPM dengan permohonan secara atas talian di laman portal rasmi KPM.
Dimana diadakan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)?
Program diadakan khusus hanya di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.
Bila permohonan akan ditutup?
Permohonan akan ditutup pada 15 April 2024.
Knp ikon daftar permohonan baru x blh tekan dari haritu lagi.
Still ditutup. Ada sesiapa yang berjaya daftar ke? Or memang tatarikh ditunda sejak 14 Mac lalu?
HI. DAH BOLEH DAFTAR?
Bila Tarikh pemohonan?
still tak dapat buka link…. kenapa ya??..
buka link ni …
https://mypdpp.moe.gov.my/
tp masih belum buka
Salam…. urusan dgn KPM ni…selalu mcm ni…tergendala manjang….bila la nak ok…iklan keluar…nak isi x boleh plak….hrp terima teguran membina INI…t.ksih…
Kalau seseorang memiliki Diploma sahaja..Cth Diploma Tahfiz dan Qiraat..adakah boleh memohon?
dia nak ijazah shj.
hi
Bila tarikh masuk
Dah boleh daftar ke?