Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penerangan Cukai Pendapatan LHDN Lengkap

Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Penerangan Cukai Pendapatan LHDN Lengkap

Apa itu Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

a)    Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;

b)    Laba / keuntungan daripada penggajian;

c)     Dividen, faedah atau diskaun;

d)    Sewa, royalti atau premium;

e)    Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan

f)     Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Berapa Gaji yang Dikenakan Cukai?

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Berapa Peratus Cukai Pendapatan

Individu pemastautin dikenakan cukai berdasarkan cukai progresif dengan kadar 0% hingga 30% daripada pendapatan mereka, manakala individu bukan pemastautin dikenakan kadar rata sebanyak 30%

Bila Kena Bayar Cukai?

Cukai akan dikenakan kepada individu yang berpendapatan penggajian dan individu yang berpendapatan perniagaan.

Seseorang individu berpendapatan penggajian akan dikenakan cukai apabila mereka menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Manakala individu yang berpendapatan perniagaan pula memperoleh keuntungan daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Kenapa Kena Bayar Cukai Pendapatan?

  1. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.
  2. Kerajaan memperuntukkan cukai yang dikutip dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Kalkulator Cukai Pendapatan

Cukai Pendapatan

Anda boleh membuat pengiraan Pendapatan Cukai Bulanan (PCB) di pauta n rasmi LHDN atau anda boleh terus klik pautan di bawah :

http://calcpcb.hasil.gov.my/

Cara Bayar Cukai Pendapatan

Cukai Pendapatan

Anda boleh membayar cukai secara dalam talian sahaja melalui portal ByrHAsil. Kaedah ini merupakan satu kaedah pembayaran yang menggunakan FPX sebagai cara pembayaran mudah.

Berikut merupakan cara pembayaran cukai melalui portal ByrHasil :

BAYAR MELALUI FPX :

  1. Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
  2. Klik pada gambar FPX
  3. Pilih “Jenis Pengenalan”
  4. Masukkan “No. Pengenalan”
  5. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  6. Klik butang “Submit”
  7. Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  8. Pilih “Tahun Pentaksiran”
  9. Pilih “Bilangan Ansuran”
  10. Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  11. Klik butang “Hantar”
  12. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet

BAYAR MELALUI KAD KREDIT :

  1. Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
  2. Klik pada gambar/logo Visa/Master Card / American Express
  3. Pilih “Jenis Pengenalan”
  4. Masukkan “No. Pengenalan”
  5. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan
  6. Klik butang “Submit”
  7. Pilih “Kod dan Jenis Bayaran:”
  8. Pilih “Tahun Pentaksiran”
  9. Pilih “No Ansuran”
  10. Pilih Jenis Kad
  11. Pilih Ezpay (Untuk bayaran secara ansuran)
  12. Masukkan “Amaun Cukai (RM)”
  13. Klik butang “Hantar”
  14. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit

Soalan FAQs Berkenaan Cukai Pendapatan

Berapa kadar cukai pendapatan individu?

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjelaskan bahawa individu layak boleh memilih untuk dikenakan cukai sebanyak 15% dengan menunjukkan pilihan dalam borang. Jika tidak, individu akan dikenakan cukai pada kadar skala.

Berapa kadar potongan cukai pendapatan bulanan?

Kadar cukai untuk pengiraan potongan cukai bulanan yang dikenakan adalah 26 peratus daripada pendapatan

Apa kesan tidak bayar cukai pendapatan?

Anda akan dikenakan penalti 10% daripada pendapatan bercukai anda, dan penalti 5% selepas sebulan anda gagal bayar. Ini boleh menjadi punca hutang tertunggak dan boleh membawa kesan yang tidak baik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati