Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual JDT 2024 dan Senarai Pemain JDT 2024

jadual jdt 2024

Ingin ketahui jadual JDT 2024? JDT terus mencipta rentak kejayaan apabila kekal juara keseluruhan kejohanan pertandingan bola sepak Malasyia! Kini JDT dinobatkan kelab paling berjaya dalam sejarah dan ranking nombor satu peringkat asia tenggara.

Rakyat Malaysia pasti bangga dengan pencapaian yang mengangungkan ini. Pasukan JDT mempunyai matlamat dan visi yang jelas untuk dicapai. Memasuki tahun baharu, anda boleh merujuk perkembangan semasa JDT dan jadual JDT 2024 yang kami kemaskini untuk anda!

Info Pasukan JDT FC dan Jadual JDT 2024 Liga Super

Apakah itu JDT FC?

image 249

Johor Darul Ta’zim Football Club atau ringkasnya JDT adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor Bahru, Negeri Johor, Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia.

JDT FC kini adalah merupakan pasukan nombor satu di Malaysia dan ASEAN.

Jadual JDT 2024 Rasmi

Untuk jadual JDT 2024 adalah dikeluarkan oleh Malaysia Federation League (MFL) yang kini terpaksa ditangguhkan permulaan liga super tahun 2024 kerana dalam proses untuk mewujudkan sistem VAR. Perlawanan liga super dijangka akan bermula pada bulan April 2024.

Senarai Pemain JDT 2024 dan Sejarah Pasukan JDT

Senarai Lengkap Pemain JDT FC Tahun 2024

image 248
Jadual JDT 2024 dan Senarai Pemain JDT 2024 5

Bagi anda peminat bola sepak JDT, selain jadual JDT 2024 anda juga boleh mengetahui maklumat senarai pemain JDT FC tahun 2024. Berikut adalah merupakan senarai pemain yang bermain untuk JDT bagi saingan tahun 2024:

Posisi Penjaga Gol

  • Farizal Marlias
  • Syihan Hazmi
  • Haziq Nadzli

Posisi Pertahanan

  • Jordi Amat (Indonesia) (C)
  • Aidil Zafuan
  • Corbin-Ong
  • Adam Nor Azlin
  • S. Kunanlan
  • Shahrul Saad
  • Matthew Davies
  • Feroz Baharudin
  • Shane Lowry (Australia)
  • Syahmi Safari

Posisi Tengah

  • Afiq Fazail
  • Natxo Insa
  • Syamer Kutty Abba
  • Nazmi Faiz
  • Leandro Velazquez (Argentina)
  • Safiq Rahim
  • Daniel Amier Norhisham
  • Nathaniel Shio Hong Wan
  • Juan Muniz (Spain)
  • Endrick Dos Santos (Brazil) (Pemain Naturalisasi)
  • Oscar Arribas (Filipina)
  • Kuni (Jepun)

Posisi Penyerang

  • Akhyar Rashid
  • Ahmad Hazwan Bakri
  • Syafiq Ahmad
  • Ramadhan Saifullah
  • Arif Aiman Hanapi
  • Bergson da Silva (Brazil)
  • Fernando Forestieri (Argentina)
  • Diogo (Brazil)
  • Mohamadou Sumareh
  • Jalil Ilias (Syria)
  • Romel Morales (Naturalisasi)

Pencapaian Pasukan JDT Sepanjang Saingan Bola Sepak

image 247
Jadual JDT 2024 dan Senarai Pemain JDT 2024 6

Berikut adalah merupakan senarai pencapaian dan piala kemenangan yang dicapai oleh pasukan JDT bermula tahun 2013:

TahunLiga SuperPiala FAPiala MalaysiaPiala SumbangsihPiala AFC
2013Ke-3Finalis
2014JuaraS. AkhirNaib Juara
2015JuaraJuaraJuara
2016JuaraJuaraJuara
2017JuaraJuaraNaib JuaraPlayoff ACL
2018JuaraJuaraJuara
2019JuaraJuaraJuaraJuara
2020JuaraJuaraJuara
2021JuaraJuaraJuara
2022JuaraJuaraJuaraJuara
2023JuaraJuaraJuaraJuara

Pasukan JDT FC menunjukkan penguasaan yang luar biasa dalam saingan Liga Super Malaysia, JDT berjaya mencatat rekod gelaran juara liga selama 10 tahun berturut-turut dari 2014 hingga 2023, serta beberapa kejayaan dalam kejohanan Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, dan keterlibatan dalam Piala AFC.

Soalan FAQs Berkenaan Jadual JDT 2024

Bilakah bermula perlawanan pertama liga super JDT tahun 2024?

Perlawanan pertama liga super jdt tahun 2024 kemungkinan akan bermula pada bulan april sepatutnya bermula pada februari. Disebabkan beberapa faktor saingan liga super akan bermula pada april nanti.

Apakah perlawanan tumpuan JDT?

Memasuki tahun 2024 perlawanan tumpuan jdt mungkin berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi dalam liga super. Berikut adalah pasukan gergasi yang mungkin menjadi perlawanan tumpuan untuk tahun 2024:
-Selangor
-Terengganu
-Kedah
-Sabah

Siapakah pemain import terbaru JDT?

Setakat ini pasukan jdt telah mengimport seorang pemain memiliki keturunan argentina dan syria iaitu jalil ilyas. Kemudian, pemain dari Brazil iaitu Murilo.

Siapakah penjaring gol terbanyak JDT?

Pada tahun 2023 telah dicatatkan bahawa Bergson adalah penjaring gol terbanyak sepanjang saingan liga dan perlawan lain dalam tahun 2023.

Bila JDT akan bermain di ACL?

Jdt akan bermain di acl kemungkinan pada hujung tahun 2023.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati