Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya

Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya

Banyak terjadi kes tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang yang melibatkan keadaan jalan raya yang tidak baik serta berlubang teruk. Situasi ini memperbahayakan pengguna jalan raya yang mana you boleh memberikan risiko kecederaan yang parah serta kematian.

Sebagai penggunaan jalan raya terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dalam membuat tuntutan sekiranya terlibat dengan kemalangan.

Tahukah anda? Anda boleh membuat tuntutan sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan jalan berlubang. Anda boleh membuat tuntutan daripada pihak yang bertanggungjawab dan terdapat proses serta prosedur yang perlu anda ketahui.

Ikuti perkongsian kami yang lengkap berkenaan dengan cara membuat tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang. ‘Ikuti perkongsian kami yang lekat ini berkenaan dengan cara membuat tuntutan kemalangan jalan berlubang. 

Siapa Bertanggungjawab? Kenali Jenis Laluan

Sebagai pengguna, anda mempunyai hak menuntut ganti rugi am atau khas di Mahkamah sekiranya terbabit dengan kemalangan dan mengalami kecederaan atau kerosakkan kenderaan akibat jalan berlubang dan halangan jalan raya.

Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya
Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya

Sebelum membuat tuntutan, pastikan anda mengenali siapa yang bertanggungjawab mengikut jenis laluan jalan. Berikut adalah 3 jenis jalan yang anda perlu rujuk dan ketahui siapakah pihak yang bertanggungjawab:

Jalan Negeri Atau Jalan Persekutuan

Jalan negeri atau Jalan Persekutuan adalah merupakan rangkaian jalan raya negara utama dalam Malaysia. Untuk semua Jalan Persekutuan di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya(KKR).

Terdapa 4 kategori utama untuk jalan persekutuan iaitu :

  • Jalan Persekutuan Utama
  • Jalan Persekutuan Felda
  • Jalan Persekutuan ke Institusi
  • Jalan Persekutuan ke kawasan Industri

Berdasarkan Akta Fungsi Menteri 1969, KKR bertanggungjawab dalam merancang, membina serta mengekalkan semua Jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959. Namun, kebanyakan projek-projek jalan Persekutuan telah dibina dan disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) seluruh Malaysia.

Jalan Lebuh Raya

Jalan Lebuh Raya adalah merupakan rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan untuk beberapa lokasi penting, seperti antara bandar-bandar raya dalam Malaysia.

Ia juga merujuk kepada laluan jalan raya kebangsaan utama bagi menghubungkan antara dua atau lebih bandar raya utama.

Nombor Hotline Lebuh Raya Bertol

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan talian yang anda boleh hubungi sekiranya terdapat kecemasan dan keperluan:

image 486

Jalan Perumahan

Jalan Perumahan adalah merupakan sejenis jalan raya yang tidak mempunyai pembahagi jalan untuk mengasingkan kedua-dua arah aliran lalu lintas. Ia juga dalam bentuk jalan sehala. Kebiasaanya jenis jalan ini banyak terdapat di kawasan perumahan penduduk.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Bagi kes pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan di laluan yang telah dikenalpasti seperti diatas, anda boleh membuat tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang dengan beberapa langkah.

Untuk pengetahuan semua, tempoh membuat tuntutan adalah antara enam bulan hingga lebih setahun bergantung kepada dokumen diperlukan seperti dokumen balai polis trafik dan perubatan dari hospital atau klinik. Oleh itu, perlu dipastikan oleh pengguna untuk melengkapkan pelbagai bahan bukti yang diperlukan.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu lakukan untuk membuat tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang:

Langkah Pertama : Ambil Gambar Kenderaan Anda dan Lubang Pada Jalan Sebagai Bukti

Pastikan anda mengambil gambar kenderaan dan kawasan jalan yang berlubang dengan baik dan ‘high quality’.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah Kedua : Ambil Gambar Kerosakan Pada Kenderaan Atau Kecederaan Pada Tubuh Badan

Pastikan anda memastikan keadaan persekitaran yang selamat terlebih dahulu sekiranya kenderaan anda berada diatas jalan.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah Ketiga : Kumpulkan Semua Resit yang Berkaitan

Simpan dan kumpulkan segala resit yang terlibat seperti resit kos perkhidmatan towing, klinik, hospital dan lain-lain.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah Empat : Buat Laporan Polis

Selepas itu, anda boleh merujuk terus kepada pihak polis. Buat laporan yang jelas dan nyatakan beberapa maklumat seperti nama jalan, kilometer jalan, tarikh serta masa kejadian kemalangan berlaku.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah Lima : Semak Dengan Polis Untuk Ketahui Pihak Berkuasa yang Bertanggungjawab

Anda perlu mengenalpasti siapakah yang bertanggungjawab bagi jalan raya yang anda gunakan. Minta bantuan daripada pihak Polis bagi memastikan anda menerima rujukan yang betul untuk kes anda.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Langkah Enam : Pergi Ke Pejabat Pihak Berkuasa yang Bertanggungjawab untuk Membuat Tuntutan Kerosakan

Selepas mengumpulkan semua laporan dan bukti-bukti yang diperlukan. Anda boleh membuat tuntutan keatas pihak berkuasa untuk membuat tuntutan. Proses tuntutan kemalangan akibat jalan berlubang akan berlansung di mahkamah.

Langkah-Langkan Membuat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang
Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang dan Kenali Jenis Laluan Jalan Raya 11

Soalan FAQs Berkenaan Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Berlubang

Apakah itu kemalangan akibat jalan berlubang?

Kemalangan yang disebabkan oleh keadaan lubang jalan raya yang tidak baik untuk pengguna.

Siapakah yang layak membuat tuntutan?

Mangsa kemalangan yang layak membuat tuntutan keatas pihak berkenaan.

Bagaimanakah cara membuat tuntutan kemalangan?

Anda boleh mengemukakan permohonan daripada pihak bertanggungjawab.

Adakah penunggang motosikal boleh membuat tuntutan?

Ya, penunggan motosikal juga layak membuat tuntutan sekiranya terbabit.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlibat kemalangan?

Pastikan keadaan diri keadaan selamat terlebih dahulu dan dapatkan rawatan jika perlu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati