Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Login SMP UPM: Cara Daftar dan Kemaskini Maklumat Pelajar UPM Yang Menyediakan 7 Kegunaan

login smp upm

Universiti Putra Malaysia telah menyediakan satu sistem portal SMP UPM yang merupakan singkatan kepada ‘Sistem Maklumat Pelajar UPM’ didirikan khusus istimewa bagi para mahasiswa dan staff di Universiti Putra Malaysia.

Untuk makluman kepada semua, UPM mempunyai dua cawangan di dalam negara Malaysia iaitu di kampus utama di Serdang, Selangor dan juga terdapat kampus di negeri Sarawak daerah Bintulu.

Sebagai universiti yang terus berkembang maju melalui pengenalan sistem ini akan dapat membantu pelajar mengemaskini maklumat masing-masing. Pihak UPM akan mengambil setiap pelajar melalui maklumat yang telah diberikan melalui sistem dalam talian ini.

Sistem Pelajar Khas Untuk Mahasiswa UPM Seluruh Malaysia

Apakah Itu SMP UPM?

smp upm

Merupakan satu sistem portal untuk para pelajar dan staff Universiti Putra Malaysia(UPM) mendapatkan akses makluman terkini dan kemaskini maklumat butiran diri sepanjang tempoh pengajian. Berfungsi sebagai hub rujukan utama pihak universiti dan juga berkepentingan untuk kursus yang diambil oleh pelajar berdasarkan bidang pengajian.

Portal ini juga membantu pelajar memudahkan urusan belajar dan urusan konvokesyen serta melibatkan urusan perkembangan kerjaya.

Kegunaan Portal SMP UPM

kegunaan smp upm

Terdapat beberapa kegunaan yang disediakan oleh portal ini. Apabila pelajar mempunyai akaun SMP UPM ini pelajar boleh mendapatkan akses yang disediakan seperti dibawah:

  • MyProfil : Maklumat dan butiran pelajar UPM.
  • MyDaftar : Daftar kursus dan pengurusan akademik.
  • MyJadual : Paparan sistem jadual bagi program dan kursus yang diambil.
  • MyKewangan : Maklumat pembayaran, zakat pelajar dan lain-lain kaitan kewangan.
  • MyBorang : Paparan untuk pelbagai borang yang berkait untuk pelajar.
  • MyKerjaya : Pengurusan maklumat serta butiran diri mengenai kerjaya.
  • MyKonvkesyen : Urusan yang melibatkan majlis konvokesyen serta urusan terlibat.
  • MyKaunseling : Atur sesi kaunseling pelajar bersama mereka yang ahli.

Untuk akses di atas adalah disediakan bagi para mahasiswa UPM sahaja. Pihak Universiti Putra Malaysia menggunakan sistem kemaskini untuk memastikan update terbaru daripada pelajar dan mewujudkan suasana universiti yang bersistem tinggi.

Panduan Pengguna Untuk Portal SMP UPM

Cara Daftar SMP UPM

smp upm

Seandainya anda adalah merupakan pengguna baru dan masih belum mempunyai akaun di sistem SMP UPM. Anda boleh ikuti beberapa langkah untuk mendaftar masuk portal UPM ini. Berikut adalah cara daftar SMP UPM:

  • Sila layari laman pendaftaran SMP di pautan pendaftaran baru.
  • Kemudian lengkapkan segala maklumat seperti yang diminta seperti nama, status kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, id pengguna, kata laluan, nama ibu serta e-mel pengguna.
  • Pengguna perlu menulis semula captcha yang dipaparkan dalam gambar.
  • Kemudian pengguna boleh klik butang daftar akaun untuk meletakkan proses pendaftaran.

Dalam pada itu pengguna akan diberikan UPM ID dan juga kata laluan untuk mendapatkan akses SMP UPM.

Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Pelajar SMP UPM?

Kemaskini Maklumat Pelajar

Sekiranya anda telah selesai dalam proses pendaftaran maka anda secara rasminya boleh membuat log masuk ke akaun anda sendiri. Untuk pertama kali anda masuk ke akaun, anda perlu melakukan kemaskini maklumat terkini anda.

Berikut adalah cara cara untuk kemaskini maklumat pelajar:

  • Sila log masuk akaun SMP UPM anda melalui halaman utama pada pautan log masuk.
  • Anda akan diminta untuk melengkapkan maklumat diri anda seperti nama waris, maklumat akademik, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
  • Anda juga boleh mengemas kini mengenai kursus yang anda ambil serta bahagian yang lain di paparkan boleh dibuat kemaskini terbaru.

Cara Daftar Kursus di SMP UPM

Bagib pelajar UPM yang ingin membuat pendaftaran kursus, terdapar perkongsian daripada komuniti pelajar UPM yang baik hati sudi kongsikan input berguna buat pelajar baharu dan membantu memudahkan cara dafar kursus pengajian.

Berikut adalah video tutorial cara daftar kursus melalui portal SMP UPM:

Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan SMP UPM?

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda hanya perlu klik “lupa kata laluan” seperti yang dipaparkan pada halaman utama log masuk portal UPM. Di bawah login tersebut terdapat ‘UPM student’ dan ‘UPM staff’.

Anda perlu memilih di bahagian manakah yang sesuai untuk anda. Bila anda telah klik pada salah satunya, anda akan dibawa ke halaman seterusnya dan perlu masukkan UPM ID anda bagi melengkapkan proses set semula password anda.

Sebelum anda boleh menetapkan kata laluan yang baharu Anda perlu menjawab set soalan dan jawapan bagi penetapan semula kata laluan anda. Sekiranya anda mendapati kesukaran dan masalah anda boleh terus hubungi pihak UPM berkenaan.

Hubungi Pihak UPM

Sekiranya anda mendapati anda mempunyai masalah dalam daftar masuk ke portal SMP UPM ini anda boleh menghubungi talian di bawah:

Email : [email protected]
03-97697779 (Bacelor Perakaunan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan)
03-97693704 (Bacelor Komunikasi)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati