Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap

Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap
Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap

Resepi Carbonara Original adalah salah satu hidangan pasta yang sangat popular di seluruh dunia, terutama di kalangan peminat masakan Itali. Hidangan ini terkenal dengan rasa krimnya yang kaya dan tekstur pasta yang lembut.

Jika anda sedang mencari resepi Carbonara yang mudah dan sedap, anda telah datang ke tempat yang tepat.

Apa itu Carbonara Original?

Carbonara original adalah hidangan pasta yang berasal dari Itali, khususnya dari wilayah Lazio. Hidangan ini biasanya menggunakan bahan-bahan asas seperti pasta, telur, keju, bacon atau pancetta, dan lada hitam.

Ciri khas utama Carbonara adalah sos krim yang terhasil daripada telur dan keju, yang memberikan rasa lembut dan kaya. Walaupun banyak variasi Carbonara wujud, yang asli menggunakan bahan-bahan semulajadi dan teknik yang mudah untuk memastikan rasa yang autentik dan memuaskan.

Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap

Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap
Resepi Carbonara Original Simple dan Sedap

Berikut adalah merupakan cara penyediaan mehgikut resepi Carbonara Original bagi 2-3 hidangan:

Bahan-bahan:

  • Spaghetti secukupnya
  • Olive oil secukupnya
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Udang (buang kulit)
  • Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin) atau cendawan shiitake (potong hiris)
  • 1 kotak kecil whipping cream (jenama pilihan, saya pakai Anchor)
  • 1/2 kotak kecil susu full cream (jenama pilihan, saya pakai Dutch Lady)
  • Mozarella cheese parut (ikut suka nak letak banyak)
  • Blackpepper Aji-Shio

Bahan-bahan Hiasan:

  • Chilli Flakes McCormick
  • Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh pilih mana satu nak pakai)

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut, toskan, dan ketepikan.
  2. Tuang olive oil ke dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan cendawan yang telah dihiris.
  4. Setelah udang masak, tambahkan whipping cream dan susu full cream.
  5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  6. Tambahkan blackpepper mengikut selera.
  7. Masukkan keju Mozarella dan biarkan kuah sedikit pekat sebelum menambah spaghetti dan menggaul rata.
  8. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan dengan chilli flakes dan parsley leaves.

Bagi kredit kepada Puan Fiqa untuk resepi ini. Lihat lebih lanjut di Facebook Puan Fiqa.

Bagaimana Rasa Carbonara Original?

Carbonara original mempunyai rasa yang kaya dan lembut. Sosnya yang berbasis krim, telur, dan keju memberikan tekstur yang sangat menyenangkan dan rasa yang sangat memuaskan. Kombinasi bawang putih, udang, dan cendawan menambah kedalaman rasa yang harmonis, sementara blackpepper memberikan sedikit kepedasan yang menyegarkan.

Hidangan ini bukan sahaja sedap tetapi juga memuaskan, menjadikannya pilihan ideal untuk hidangan makan malam atau makan tengah hari yang cepat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati