Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai 3 Resepi Apam Balik Original Dan Viral

Senarai 3 Resepi Apam Balik Original Dan Viral
Senarai 3 Resepi Apam Balik Original Dan Viral 4

Apam Balik merupakan makanan yang sangat senang dijumpai di mana-mana gerai terutama sekali pasar malam mahupun di tepi jalan. Menjadi kegilaan orang ramai apabila Apam Balik yang dibeli masih panas apabila di rumah dan menjadi santapan ramai kanak-kanak kerana teksturnya yang lembut bila dikunyah.

Maka perkongsian kali ini adalah jenis resepi apam balik yang sedap dan viral, boleh diikuti atau dibuat di rumah sahaja secara ‘homemade’ menggunakan non-stick pan!!

Apakah Itu Apam Balik

Apakah itu Apam Balik? Apam Balik ialah sejenis murtabak manis, terang bulan ataupun dikenali sebagai ‘peanut pancake’ yang boleh dimakan pada waktu pagi dan petang bersama tea atau kopi panas. Ianya dikenali sebagai sebagai kuih tradisional Malaysia dan juga Singapura.

Sejak apam balik terkenal di negara Malaysia, banyak penjual tegar apam balik merealisasikan variasi jenis-jenis perisa apam balik untuk menarik pelanggan lebih ramai mencuba beli.

Menu Apam Balik Kuhot

Mesti anda ingin tahu dimana boleh dapatkan apam balik yang pelbagai cita rasa dan menu yang menarik bukan? Terdapat 21 menu apam balik dari KUHOT yang terbaik. Permintaan tinggi dari semua pihak membuatkan Apam Balik KUHOT mempelbagaikan perisa untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

Syarikat KUHOT telah menghasilkan bahan utama apam balik dengan pengusahaan mereka sendiri. Berikut adalah 21 menu daripada Apam Balik KUHOT mereka:

Apam Balik kuhot
Senarai 3 Resepi Apam Balik Original Dan Viral 5
  1. Apam Balik Nestum
  2. Apam Balik Milo
  3. Apam Balik Milo Oreo
  4. Apam Balik Milo Nestum
  5. Apam Balik Chocolate
  6. Apam Balik Coklat Nestum
  7. Apam Balik Coffee
  8. Apam Balik Butterscotch
  9. Apam Balik Nutella Nestum
  10. Apam Balik Nutella Oreo Cheese
  11. Apam Balik Nutella Oreo
  12. Apam Balik Nutella
  13. Apam Balik Oreo
  14. Apam Balik Original
  15. Apam Balik Peanut Butter
  16. Apam Balik Peanut Coklat
  17. Apam Balik Peanut Oreo
  18. Apam Balik Serunding Ayam
  19. Apam Balik Serunding Daging
  20. Apam Balik Serunding Ikan
  21. Apam Balik Strawberry

Kepada yang tertanya-tanya dimana terletaknya gerai Apam Balik KUHOT ini, boleh periksa cawangan KUHOT dan boleh juga hubungi talian KUHOT sekiranya ingin menempah pakej untuk katering KUHOT.

Bahan Asas Apam Balik

Bahan asas apam balik sangatlah mudah didapati di pasaraya dan bahan utama adunan terdiri daripada tepung gandum serta yis. Dibawah ini disenaraikan bahan-bahan asas untuk apam balik:

Bahan Asas Apam Balik
Tepung gandum
Gula
Garam
Baking soda
Baking powder
Yis
Telur
Susu
Esen vanilla
Pewarna kuning

Cara Buat Apam Balik Guna Non-Stick Pan

Mulai dari saat ini, anda boleh membuat sendiri apam balik hanya di rumah sahaja dengan menggunakan kuali ‘non-stick pan’. Apam balik anda tidak akan mudah melekat, senang dan terlihat sedap.

Mari kita lihat bagaimana cara pembuatan apam balik dari milah’s kitchen dengan menggunakan non-stick pan.

Langkah panaskan balik apam balik menggunakan air fryer

Selalunya apam balik boleh dipanaskan semula jikalau tidak dijamah pada hari semalam. Apam balik juga mempunyai tarikh luput sehingga sehari setengah bergantung pada bahan apam balik. Anda boleh memanaskannya menggunakan ‘air fryer’ sahaja ataupun ketuhar, microwave dan menggunakan kuali di atas dapur.

Senarai Resepi 3 Apam Balik Viral Di Malaysia

Apam Balik 1
Senarai 3 Resepi Apam Balik Original Dan Viral 6

Sejak apam balik terkenal pada masyarakat Malaysia, ramai mengambil langkah untuk mengembangkan dan mencipta perisa baru pada apam balik supaya ia tidak jemu dijamah mulut. Tidak salah untuk mengolah rasa apam balik malahan menjadi pengembang maju untuk meningkatkan ekonomi negara.

Resepi Apam Balik Original Tradisional

Berikut adalah resepi apam balik original tradisional daripada channel Che Nom:-

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali

Bahan-bahan untuk di tabur:

  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

Resepi Apam Balik Nipis Ranggup

Berikut adalah resepi apam balik nipis ranggup daripada channel Jentik Rasa:-

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan gula*
  • 1 sudu kecil yis*
  • 1/2 cawan air suam*
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecik soda bikarbonat
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur saiz kecik
  • 1 cawan susu segar (kalau tak ada, ganti air kosong)

Bahan tabur:

  • Jagung
  • Kacang tanah – sangai & tumbuk kasar
  • Gula
  • Sedikit marjerin

Cara-cara penyediaannya:

  1. Campurkan bahan bertanda (*) iaitu gula, yis dan air suam di dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan selama 5 minit sehingga naik berbuih.
  2. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan semua baki bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Tuangkan juga campuran yis tadi dan kacau sebati. Biarkan dalam 30 minit.
  3. Kemudian sedia untuk dimasak. Sediakan kuali anti lekat (sapukan sedikit marjerin/minyak), gunakan api perlahan. Tuangkan 1 senduk adunan ke pada permukaan kuali.
  4. Bila nampak separuh kering, taburkan gula, jagung dan kacang tanah. Bila dah masak, lipat kepada dua.
  5. Dah siap masak, sapukan sedikit marjerin pada kulit apam balik. Nak lebih rangup, tuangkan sedikit saja adunan semasa dimasak. Selamat mencuba!

Resepi Apam Balik Cheese

Berikut adalah resepi apam balik cheese daripada channel Food Hunter:-

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bicarbonate
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • Esen vanilla
  • 1 1/2 cawan air
  • Pewarna kuning
  • 2 sb butter cair

Bahan untuk tabur:

  • Cheddar cheese
  • Susu pekat manis
  • Chocolate rice

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonate ke dalam satu bekas.
  2. Pecahkan sebiji telur dan masukkan gula dan sedikit esen vanilla ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan tepung yang diayak tadi dan tambahkan air
  4. Masukkan pewarna kuning butter yang telah dicairkan dan kacau sebati
  5. Perapkan selama 1/2 jam
  6. Mula memasak dengan kuali anti melekat dan tuangkan satu senduk adunan tadi
  7. Taburkan chocolate rice dan cheddar cheese serta tuangkan sedikit susu pekat manis apabila separuh kering
  8. Apabila adunan sudah masak lipatkan kepada dua dan sudah sedia dihidang!!

Soalan FAQs

1. Siapakah yang mencipta apam balik?

Triple Q, Zulkiffli Lailee, 41, telah merealisasikan perisa apam balikatas permintaan orang ramai.

2. Dimanakah apam balik boleh didapati?

Seperti yang diceritakan di atas apam balik boleh didapati di gerai-gerai dan pasar malam.

3. Bagaimana ingin dapatkan bahan apam balik?

Pasaraya atau kedai runcit berdekatan.

4. Berapakah waktu memasak apam balik?

Sekejap saja dalam 2-3 minit.

5. Kenapakah apam balik memerlukan yis?

Untuk menaikkan atau mengembangkan adunan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati