Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Cara Daftar Netflix, Harga Netflix Per Bulan dan Cara Tutup Akaun

Harga Netflix

Netflix merupakan satu platform dalam talian yang menyediakan akses kepada pelbagai jenis rancangan televisyen, filem, dokumentari, dan rancangan lain. Pengguna boleh menonton rancangan kegemaran mereka dengan mudah melalui peranti seperti komputer, telefon pintar, tablet, dan televisyen yang bersambung ke internet. Oleh itu kami kongsikan info mengenai cara daftar netflix, harga netflix per bulan dan cara tutup akaun netflix.

Sebagai salah satu perkhidmatan penstriman terbesar di dunia, Netflix menawarkan pelbagai jenis kandungan dari seluruh dunia, termasuk drama, komedi, aksi, dan banyak lagi genre lain. Ia juga terkenal kerana menghasilkan rancangan eksklusif yang hanya boleh ditonton di platform mereka sendiri.

Netflix memudahkan pengguna untuk menonton rancangan-rancangan tersebut pada bila-bila masa tanpa perlu memuat turun atau menyimpan fail media, kebaikan kepada teknologi penstriman dalam talian yang digunakan. Bagi mengakses Netflix, pengguna perlu melanggan perkhidmatan ini dengan membayar yuran bulanan yang berbeza berdasarkan pelan langganan yang mereka pilih.

Ikut telegram kami untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini yang penting bagi kita ketahui untuk pengetahuan umum atau khususnya

Cara Daftar Netflix dan Harga Netflix Per Bulan Kemaskini Paling Terbaru

Mengenai Netflix di Malaysia

Netflix adalah salah satu platform penstriman yang paling popular di Malaysia, terutamanya di kalangan peminat drama dan filem dari Hollywood dan Korea. Ia menawarkan pelbagai pilihan rancangan menarik dari pelbagai genre termasuk K-drama, filem dokumentari, siri TV Amerika, Bollywood, dan anime.

Netflix memiliki beberapa drama bersiri eksklusif yang telah memenangi hati penonton di seluruh dunia. Antara contoh-contoh popular adalah “Stranger Things,” “Money Heist,” dan “The Umbrella Academy.” Platform ini sentiasa berusaha untuk menyajikan filem dan drama bersiri terbaru untuk kepuasan pelanggan.

Langkah-Langkah Mudah Daftar Netflix

Berikut cara mudah untuk daftar netflix yang anda perlu ikuti

  1. Kunjungi Laman Web Netflix: Pertama, akses laman web rasmi Netflix di Website Netflix.
  2. Klik “Daftar Sekarang”: Di laman utama Netflix, klik butang “Daftar Sekarang” untuk memulakan proses pendaftaran.
  3. Pilih Pelan Langganan: Netflix menawarkan beberapa pelan langganan yang berbeza. Pilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan tontonan anda. Anda juga akan diberikan pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan tambahan peranti atau kualiti video yang lebih tinggi.
  4. Daftar Akaun: Isi maklumat peribadi anda seperti alamat e-mel dan kata laluan. Pastikan untuk mengingati kata laluan anda.
  5. Pengesahan E-mel: Selepas pendaftaran, anda akan menerima e-mel pengesahan dari Netflix. Klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.
  6. Masuk dan Mulakan Menonton: Selepas akaun anda diaktifkan, log masuk ke akaun Netflix anda dan mulakan tontonan. Anda boleh mengaksesnya melalui aplikasi Netflix di telefon bimbit atau tablet anda atau melalui laman web di komputer atau TV anda.

4 Cara untuk Daftar Netflix dengan Pelbagai Alternatif

Menggunakan Smartphone Android

  1. Buka web pada peranti Android dan kunjungi netflix.com/signup. Jika anda sudah install aplikasi Netflix daripada Google Play Store, anda boleh memulakan langganan melalui aplikasi tersebut. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakan platform web pada telefon atau komputer untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
  2. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan mencipta kata laluan.
  3. Jika anda menggunakan aplikasi Netflix pada Android, anda akan menerima e-mel daripada Netflix yang mengandungi pautan untuk menyelesaikan pendaftaran di Netflix.com menggunakan pelayar web pada telefon atau komputer.
  4. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh menurunkan atau menaiktaraf pakej pada bila-bila masa.
  5. Masukkan maklumat pembayaran anda, kemudian lengkapkan transaksi.
  6. Selesei. Anda kini boleh memulakan penstriman rancangan anda.
photo 2023 10 08 17 35 25
Daftar di Telefon

Menggunakan iPhone

  1. Buka platfrom web pada peranti iPhone dan kunjungi netflix.com/signup. (Pendaftaran tidak disokong melalui aplikasi Netflix iOS.)
  2. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh menurunkan atau menaiktaraf pakej pada bila-bila masa.
  3. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan mencipta kata laluan.
  4. Masukkan maklumat pembayaran anda, kemudian lengkapkan transaksi.
  5. Muat turun dan log masuk ke aplikasi Netflix pada peranti iOS yang menjalankan versi 15.0 atau yang lebih baru.
  6. Selesei. Anda kini boleh memulakan layanan rancangan anda.

Menggunakan Komputer atau Laptop

  1. Buka netflix.com/signup.
  2. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh menurunkan atau menaiktaraf pakej pada bila-bila masa.
  3. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan mencipta kata laluan.
  4. Masukkan maklumat pembayaran anda, kemudian lengkapkan transaksi.
  5. Selesei. Anda kini boleh memulakan penstriman rancangan anda.
photo 2023 10 08 17 31 19

Menggunakan Smart TV

  1. Buka aplikasi Netflix pada Smart TV anda. (Jika perlu bantuan mencari aplikasi, cari “Menggunakan Netflix di” + nama perangkat anda di Pusat Bantuan. Beberapa perangkat juga memiliki butang Netflix pada remote control.)
  2. Pada kebanyakan Smart TV dan pemain media streaming, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk memulakan. Setelah dimasukkan, anda akan menerima e-mel atau SMS yang mengandungi pautan aktivasi untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
  3. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh menurunkan atau menaiktaraf pakej pada bila-bila masa.
  4. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel dan mencipta kata laluan.
  5. Masukkan maklumat pembayaran anda, kemudian lengkapkan transaksi.
  6. Selesei. Anda kini boleh memulakan penstriman rancangan anda.
photo 2023 10 08 17 31 21

Harga Pelan Netflix di Malaysia

Harga Netflix bermula dari hanya RM 17 sebulan, memberikan akses kepada ribuan filem dan drama yang boleh ditonton di pelbagai peranti seperti telefon bimbit, tablet, PC, dan TV anda. Terdapat beberapa jenis pelan langganan yang boleh dipilih untuk memenuhi keperluan tontonan anda.

Jenis PelanHargaKelebihan
Asas (Basic)RM 17 sebulanTonton di satu peranti pada satu masa dengan kualiti SD (Standard Definition)
StandardRM 42 sebulanTonton di dua peranti pada satu masa dengan kualiti HD (High Definition)
PremiumRM 51 sebulanTonton di empat peranti pada satu masa dengan kualiti HD dan Ultra HD (4K)
harga langganan netflix pelan
Harga Netflix

Cara Menamatkan Langganan Netflix

Jangan risau mengenai komitmen apabila anda menjadi pelanggan Netflix kerana anda mempunyai fleksibiliti untuk menamatkan langganan bila-bila masa yang anda inginkan. Jika anda ingin menamatkan langganan atau membatalkan langganan Netflix, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. Log masuk ke akaun Netflix anda.
  2. Klik pada menu “Account” (Akaun).
  3. Pilih butang “Cancel Membership” (Batal Langganan).
  4. Untuk mendapatkan maklumat lengkap dan mengetahui tarikh akhir akaun anda akan kekal aktif, sila klik pada bahagian “Billing Details” (Butiran Pembayaran).

Jika anda membatalkan akaun sebelum tempoh caj bulanan, anda masih boleh menonton Netflix sehingga akaun anda ditamatkan secara automatik pada akhir tempoh langganan bulanan anda.Anda tidak akan dikenakan caj sehingga anda memilih untuk mengaktifkan semula akaun anda.

Nota : Anda tidak terikat kepada sebarang kontrak jangka panjang seperti yang terdapat pada perkhidmatan seperti Astro.

Maklumat Lanjut

 Untuk maklumat lanjut tentang Netflix Malaysia, sila layari web rasmi netflix atau hubungi 1-800-819-742

photo 2023 10 08 17 29 04

FAQs Berkaitan dengan Netflix

Berapakah harga Netflix di Malaysia?

Tonton Netflix pada telefon pintar, tablet, TV Pintar, komputer riba atau peranti penstriman anda, hanya pada satu yuran bulanan tetap. Pelan antara RM17 hingga RM55 sebulan. Tiada kos tambahan, tiada kontrak.

Di mana boleh saya menonton?

Tonton di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Daftar masuk menggunakan akaun Netflix anda untuk menonton dengan segera dalam Internet melalui netflix.com daripada komputer peribadi anda atau pada mana-mana peranti disambungkan ke Internet yang menawarkan apl Netflix, termasuk TV pintar, telefon pintar, tablet, pemain media penstriman dan konsol permainan.

Anda juga boleh memuat turun rancangan kegemaran anda dengan apple iOS, Android atau Windows 10..

Apakah yang boleh saya tonton di Netflix?

Netflix mempunyai banyak filem movie, dokumentari, rancangan TV, anime, rancangan asli Netflix yang memenangi anugerah dan banyak lagi.

Adakah Netflix sesuai untuk kanak-kanak?

Pengalaman Netflix Kanak-kanak disertakan dalam keahlian anda untuk memberikan kawalan kepada ibu bapa sementara kanak-kanak menikmati rancangan TV dan filem mesra keluarga dalam ruang peribadi mereka.

Profil kanak-kanak disertakan dengan kawalan ibu bapa dilindungi PIN yang membolehkan anda mengehadkan kandungan klasifikasi kematangan yang boleh ditonton oleh kanak-kanak dan menyekat tajuk tertentu yang tidak anda benarkan kanak-kanak untuk tonton.

Bagaimanakah cara membuat pembatalan?

Netflix fleksibel. Tiada kontrak yang menyusahkan dan tiada komitmen. Anda boleh membatalkan akaun anda dalam talian dengan dua klik. Tiada yuran pembatalan – mulakan atau hentikan akaun anda pada bila-bila masa.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati