Pengambilan Kerja Di Petronas!Jom bersedia untuk peluang kerjaya yang menarik di PETRONAS bagi bulan September ini! PETRONAS, sebagai peneraju dalam industri minyak dan gas, menawarkan peluang pekerjaan yang menarik untuk warga Malaysia.
Mengapa anda perlu memilih PETRONAS sebagai destinasi kerjaya anda? PETRONAS adalah syarikat yang telah berpuluh-puluh tahun berjaya memainkan peranan penting dalam industri ini, diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kerja di sini bermakna menyertai syarikat yang komited kepada inovasi, pembangunan negara, dan peningtkatan ekonomi.
Jangan lepaskan peluang ini! Untuk membuat permohonan, boleh rujuk artikel admin ini lebih lanjut. Pastikan anda mematuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat sahaja.
Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:
Pengambilan Kerja Di Petronas Bulan September Tahun 2023
Isi Kandungan
Jawatan Petronas Dibuka Sekarang
Maklumat ringkas mengenai jawatan di PETRONAS adalah bahawa semua permohonan pekerjaan perlu dibuat secara rasmi melalui proses permohonan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Ini termasuk mengunjungi laman web rasmi PETRONAS dan memilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan minat anda. Setiap jawatan akan memiliki syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon, seperti kewarganegaraan Malaysia, umur minimum dan maksimum, serta tahap pendidikan yang diperlukan.
Senarai Lengkap Jawatan Yang Dibuka
Berikut adalah senarai jawatan kosong PETRONAS beserta penerangan ringkas:
JAWATAN | SKOP KERJAYA |
---|---|
Pegawai Eksekutif (Karbon Dioksida Cair – LC02) | Merancang dan melaksanakan projek Tangkapan Karbon & Simpanan (CCS). |
Pegawai Eksekutif (LPG & Gas Nilai Tinggi) | Mengejar peluang maksimum nilai hidrokarbon dan mengurangkan GHG. |
Pengurus (Pengurus Projek) | Memimpin pelaksanaan projek mengikut standard antarabangsa. |
Pegawai Eksekutif (Kesihatan Alam Sekitar) | Melaksanakan inisiatif Kesihatan Alam Sekitar. |
Pengurus (Prestasi Risiko Projek – Portofolio) | Menyelia pelaksanaan projek dan risiko. |
Pakar (Petrofizik) | Mengembangkan solusi Petrofizik dan teknologi baru. |
Pakar (Kejuruteraan Simpanan – SK) | Melaksanakan solusi Kejuruteraan Simpanan. |
Pengurus (PE – Kluster PM 1) | Melaksanakan pelan pembangunan dan pengawasan Petroleum Engineering. |
Pengurus (PE – Kluster PM 3) | Melaksanakan pelan pembangunan dan pengawasan Petroleum Engineering. |
Pengurus (PE – Kluster SK 4) | Melaksanakan pelan pembangunan dan pengawasan Petroleum Engineering. |
Pegawai Eksekutif (Pengawal Kos) | Memantau kos projek dan laporan pengurusan. |
Ketua (Keselamatan Proses) | Memimpin Keselamatan Proses dan pengurangan insiden. |
Pegawai Eksekutif (Pemasaran), LMT | Menganalisis pemasaran dan pembangunan perniagaan LNG. |
Pegawai Eksekutif (Insiden, Risiko & Jaminan) | Melaksanakan Kerangka Pengurusan Risiko dan Keselamatan. |
Pegawai Eksekutif (Pengurusan Kreatif) | Menghasilkan solusi kreatif untuk komunikasi. |
Pakar (Pengurusan Projek) | Merancang dan memimpin projek dengan standard terbaik. |
Juruteknik (MT – Operasi Proses) | Melaksanakan aktiviti operasi loji dengan selamat. |
Sah Laku Permohonan
Untuk permohonan para calon perlu menyemak sendiri sah laku permohonan mengikut tawaran jawatan kosong yang dibuka. Kerana setiap tempoh permohonan adalah berbeza-beza.
Kelayakan Permohonan Jawatan
Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas semasa permohonan dibuka.
- Mempunyai kelayakan yang sepadan dengan permohonan jawatan yang dibuka.
Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai cara permohonan, anda boleh ikuti langkah lanjut permohonan dibawah.
Prosedur Permohonan Jawatan Kosong
Lihat Pautan Iklan Petronas
Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:
Usai selesai membuat semakan, kini anda bersedia untuk membuat permohonan kerja kosong. Admin telah menyediakan bantuan dalam urusan permohonan kerja yang lengkap kepada anda.
Langkah-Langkah Permohonan Kerja
Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.
- Laman Web Rasmi Petronas: Buka pelayar web anda dan pergi ke laman web rasmi Petronas “Petronas Malaysia careers“.
- Cari Pekerjaan yang Sesuai: Gunakan alat carian yang disediakan di laman web Petronas untuk mencari jawatan kosong yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda.
- Baca Syarat dan Kelayakan: Apabila anda menemui pekerjaan yang ingin anda mohon, pastikan untuk membaca semua maklumat tentang syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Pastikan anda memenuhi semua syarat sebelum meneruskan permohonan.
- Daftar Akaun atau Log Masuk: Anda mungkin perlu mendaftar akaun di laman web rasmi Petronas jika belum mempunyai satu. Sekiranya anda telah mempunyai akaun, log masuk ke dalam laman web.
- Klik “Mohon” atau “Apply”: Pilih butang “Mohon” atau “Apply” yang terdapat pada helaian pekerjaan tersebut. Ini akan membawa anda ke borang permohonan dalam talian.
- Isi Borang Permohonan: Isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Anda mungkin perlu memberikan butiran peribadi, maklumat pendidikan, pengalaman kerja, dan maklumat lain yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan terkini.
- Muat Naik Resume dan Dokumen penting: Borang permohonan mungkin memerlukan anda untuk memuat naik resume dan dokumen yang diperlukan. Pastikan semua dokumen yang dimuat naik adalah dalam format yang betul dan berkualiti tinggi.
- Semak Semula Permohonan: Sebelum menghantar permohonan, semak semula maklumat yang anda telah isi untuk memastikan semuanya betul. Pastikan tiada maklumat yang terlepas atau tidak lengkap.
- Hantar Permohonan: Selepas pasti semua maklumat sudah diisi dengan betul, klik butang “Hantar” atau “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
- Semak Keputusan Permohonan: Petronas akan menyemak semua permohonan dan menghubungi calon yang dipilih untuk temuduga atau langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerjaan.
- Tunggu Maklum Balas: Selepas menghantar permohonan, tunggu maklum balas dari Petronas. Mungkin perlu beberapa minggu atau bulan sebelum anda mendengar berita mengenai keputusan permohonan anda.
Diharapkan semua calon dipermudahkan urusan dan cekal dengan proses pengambilan Petronas kali ini. Semoga berjaya!