Sukaneka hari guru wajib ada semasa sambutan hari guru! Rasa tidak meriah sekiranya tiada aktiviti sukaneka hari guru bukan? Tahukah anda, terdapat banyak aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh laksanakan atau sertai. Antara sukaneka yang popular adalah seperti Radio karat, teka lirik lagu, anugerah guru dan lain-lain yang mungkin anda biasa dengar atau tidak biasa dengar.
Jadi untuk perkongsian kali ini, anda boleh ikuti senarai lengkap aktiviti sukaneka hari guru yang boleh memeriahkan sambutan hari guru!
Penerangan Sukaneka Hari Guru dan Senarai Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Isi Kandungan
Apa itu Sukaneka Hari Guru?
Sukaneka hari guru adalah merupakan aktiviti yang diadakan samaada secara outdoor atau indoor bagi memenuhi dan memeriahkan sambutan hari guru di Malaysia. Ia seringkali dianjurkan aktiviti berkait dengan keseronokan dan kemesraan murid dan guru untuk mewujudkan hubungan baik di sekolah rendah atau sekolah menengah.
Antara aktiviti sukaneka hari guru yang terkenal adalah melibatkan aktiviti permainan tradisional seperti anyam ketupat, menyumpit belon, radio berkarat dan lain-lain.
Himpunan Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Terdapat perkongsian daripada Cikgu Fariezza Rahim berkenaan senarai aktiviti sukaneka hari guru yang boleh diadakan secara outdoor atau indoor. Berikut adalah senarai aktiviti sukaneka hari guru yang anda boleh ikuti:
- Pindah getah guna straw
- Anyam ketupat
- Master Chef guru lelaki
- Selfie guru dan murid (print gambar dan murid akan undi)
- Anugerah Guru
- Radio berkarat
- Makan epal tergantung
- Make over guru atau murid
- Melukis sambil tutup mata
- Melukis pada pinggan kertas yg diletak atas kepala
- Cikgu Comot (Makan paling banyak dan cepat)
- Kutip kacang guna chopstick
- Teka Lirik Lagu
- Gunting kertas A4 paling panjang
- Gubahan bunga,buah atau kain
- Murid sedodon dengan guru
- Mumia guna tisu tandas
- Musang berjanggut (asingkan kacang-kacang, beras dan rempah ratus paling cepat)
- Cari kacang hijau atau gula-gula dalam tepung
- Reka baju guna kertas surat khabar atau plastik sampah
- Menyumpit belon
- Menyumpit kotak minuman kosong guna straw besar dan peluru kacang tanah
- Clever Teacher (Kuiz soalan pengetahuan am)
- Baling Dart ke arah belon berisi air
- Cari duit syiling dalam air berwarna hitam
- Tangguk ikan kecil guna penapis tisu
- Bawa belon berisi air guna senduk
- Tuju tin
- Tuju selipar
- Main bola pakai kain pelikat
- Susun gelas plastik jadi piramid
- Basikal lambat
- Tarik upih Teka Rasa (tutup mata, rasa makanan budu, kicap, belacan, asam dan lain-lain)
- Baling dan tangkap bola,belon berisi air atau pundi kacang sambil tutup mata
- Cari guli dalam bekas ada air atau ais dan buih sabun
- Kopek kelapa Kukur kelapa
- Gunakan benda-benda yang ada di sekeliling, buatkan barisan paling panjang
- Siapa ada…?(MC boleh sebut apa-apa benda (syiling 5sen/cincin perak/gambar passport emak/dan lain-lain), siapa cepat, datang depan dan tunjuk.
- Cari barang-barang dalam kotak gelap atau tutup mata (letak benda lembut atau geli sebagai gangguan)
- Water Gun Shoot (tembak bola ping pong yg diletak pada muncung botol guna pistol air)
- Pindahkan guli dalam bekas guna jari kaki
- Sedut coklat smarties guna straw, lalu pindah dalam mangkuk
- Masukkan mashmellow atau kacang dalam kon aiskrim (Satu orang berdiri atas kerusi, Satu orang baring dan kon aiskrim dalam mulut)
- Masuk manik dalam tali tangsi
- Kupas epal,oren atau kentang paling panjang
- Murid teka gambar cikgu zaman kecil atau muda
Panduan Laksana Sukaneka Hari Guru
Tip untuk pengajur atau guru dalam melaksanakan sukaneka hari guru adalah perlu merujuk beberapa perkara supaya program sukaneka yang bakal diadakan berjalan seperti dirancangan dan selamat.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil cakna dalam pelaksanaan aktiviti sukaneka sempena sambutan hari guru:
- Lokasi. Penting untuk memastikan lokasi bagi aktiviti sukaneka dipilih dengan merujuk kawasan, keadaan, selamat dan lain-lain yang boleh diambil kira.
- Jenis aktiviti. Penganjur boleh membuat pengkelasan adakah sukaneka yang diadakan sesuai untuk guru atau murid atau kedua-dua sekali bagi mengelakkan kejanggalan.
- Penyediaan bahan. Sukaneka juga perlu merujuk kepada penyediaan bahan, contohnya aktiviti kupas buah perlu disediakan alat pengupas, buah dan kawasan yang sesuai.
Soalan FAQs Berkenaan Aktiviti Sukaneka Hari Guru
Bila kebiasaannya sukaneka hari guru diadakan?
Kebiasaannya diadakan pada setiap 16 mei dalam setahun semasa sambutan hari guru.
Apakah sukaneka yang mudah dibuat?
Sukenaka yang mudah dibuat adalah tidak memerlukan penyediaan bahan seperti teka lirik lagu, radio berkarat, lawan pantun dan lain-lain.
Apa sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru?
Antara aktiviti sukaneka yang sesuai untuk murid dan guru sertai bersama adalah Murid sedodon dengan guru , Mumia guna tisu tandas, Main bola pakai kain pelikat dan lain-lain.
senang untuk difahami
baguslah:)
terima kasih:)
Terima kasih