Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Parajurit Muda 2023 Pemilihan Akhir Khas

Pengambilan Parajurit Muda 2023
Pengambilan Parajurit Muda 2023

Pengambilan Parajurit Muda 2023 Pemilihan Akhir Khas. Berita baik buat anda yang minat untuk menjadi tentera. Kini dibuka permohonan pemilihan akhir untuk Parajurit Muda secara “Walk-In”.

Pengambilan Parajurit Muda 2023 Pemilihan Akhir Khas

Permohonan adalah ditawarkan kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur diantara 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada pada tarikh 12-15 Jun Jun 2023 Secara Walk-in. Maklumat Permohonan adalah sebagaimana berikut:

Tarikh Permohonan Pengambilan Parajurit Muda 2023

coffee 2351436 640
Pengambilan Parajurit Muda 2023
  • 12 – 15 JUN 2023

SYARAT ASAS PERMOHONAN DIBAWAH

1. Warganegara Malaysia
2. Mestilah berumur antara 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).

3. Penglihatan –

  • Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Bukan seorang yang rabun warna.

4. Pendengaran – Mempunyai pendengaran yang baik tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran

5. Taraf kesihatan

  • Mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, tidak cacat anggota badan, tidak ada penyakit kronik dan tidak ada penyakit keturunan.
  • Yang paling penting adalah mempunyai tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

SYARAT FIZIKAL Pengambilan Parajurit Muda 2023

Tinggi:

  • Mempunyai ketinggian Minima bagi Lelaki berukuran 1.62 m
  • Mempunyai ketinggian Minima bagi Wanita berukuran 1.57 m

Berat:

  • Lelaki Mempunyai Berat Badan Minima 47.5 kg
  • Wanita Mempunyai Berat Badan Minima 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

RUJUK SYARAT AKADEMIK DIBAWAH

KELAYAKAN AKADEMIK Pengambilan Parajurit Muda 2023

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
  • SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
  • DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM – Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Wajib – Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik.

KELAYAKAN TAMBAHAN

Pengambilan Parajurit Muda 2023
Pengambilan Parajurit Muda 2023

1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

UJIAN PEMILIHAN AKHIR :

1. Ujian Kesihatan.
2. Ujian Kecergasan:

  • Larian 2.4 KM – Dalam masa 14 minit
  • Tekan Tubi – sebanyak 40 kali
  • Bangkit Tubi – Sebanyak 45 kali
men 3610255 640 1
Pengambilan Parajurit Muda 2023

3. Ujian Bertulis:

  • Ujian Psikologi
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

PERUNTUKAN ELAUN

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman
telegram us

Bagaimana Cara Membuat Permohonan?

Permohonan adalah dibuat secara “Walk-in” dilokasi-lokasi yang ditetapkan iaitu;

  • Kem Werdieburn, Kuala Lumpur
  • Kem Pengkalan Chepa, Kelantan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk iklan penuh dibawah:

Iklan Penuh Pengambilan Parajurit Muda

“Semoga Berjaya”

Kepada yang ingin membuat permohonan kami ingin mengucapkan semoga anda lulus pada pemilihan akhir dan diterima masuk kedalam Tentera Udara Malaysia (TDM).

Jawatan kosong lain yang boleh anda Mohon:

Sejarah Tentera Darat

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu.  Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan.  Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap.  Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda.  Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman.

Dengan tercetusnya peprangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan. Pada 1 Dis 1941, Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara. Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941.  Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh.  Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona Vista, Labrador dan Alexander.

Satu peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi.  Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda.  Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah. Lt Adnan sendiri mengandalikan senjata Lewis Machinegun dan mara mara untuk memberi semangat dan perangsang. Walaupun mengalami kecederaan, namun beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Akhirnya tentera musuh telah berjaya menawan Bukit Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet dan mayat beliau digantung kepala ke bawah disebatang pokok.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati