Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kemaskini Permohonan Baru STR Kini Dibuka

Kemaskini str

Kemaskini Permohonan Baru STR Kini Dibuka. Dalam rangka membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan khusus di peringkat persekutuan mahupun negara bahagian.

Salah satu contohnya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh 24 Februari 2023. Bantuan yang diumumkan termasuk peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Permohonan Baru STR & Kemaskini

Untuk diketahui, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuka permohonan baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rakyat (STR) bagi tahun 2023.

Kedua-dua urusan tersebut akan dibuka selama sebulan, bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac 2023, dan boleh dilakukan secara atas talian (online) atau manual (borang).

Untuk permohonan secara atas talian, anda boleh mengakses Portal Rasmi STR LHDN atau memuat turun Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Play Store/App Store pada telefon bimbit anda.

Sementara itu, Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma melalui Portal Rasmi STR LHDN atau Pejabat LHDN/Pejabat Satelit (PS)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN untuk permohonan secara manual.

Borang itu kemudiannya boleh dihantar ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

atau penghantaran secara Pos ke alamat berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam,
40800 Shah Alam,
SELANGOR

Jumlah Bayaran STR

Berdasarkan Ringkasan Belanjawan 2023 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran penuh STR mengikut pendapatan adalah seperti berikut:

BIL.KATEGORIJUMLAH BAYARAN STR
1Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)RM1,000 (bilangan anak 0)

RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)

RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)

RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)

2Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)RM500 (bilangan anak 0)

RM750 (bilangan anak 1 – 2)

RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)

RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)

3Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas (Pendapatan RM5,000 & ke bawah)RM600
4Bujang 21 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)RM350
5Bujang OKU 19 – 59 tahun (Pendapatan RM2,500 & ke bawah)RM350

 

Maklumat lengkap berkenaan STR dan tatacara membuat permohonan baru serta kemaskini boleh dirujuk Portal Rasminya :

MAKLUMAT LENGKAP STR – DISINI

Bagaimana Cara Log Masuk MySTR?

  1.  Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.
  2.  Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.
  3.  Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Sertai kami di Telegram:

telegram us

PANDUAN PENGGUNA

PERMOHONAN BAHARU STR 2023

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu

IMG 20230305 100656 075

3. Maklumat Permohonan

A. Maklumat Pemohon

IMG 20230305 100833 401

IMG 20230305 101057 989

Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang SEMAK.

    • Maklumat Nama, Jantina dan Umur akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    • Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
    • Sekiranya permohonan pemohon telah wujud pada pangkalan data STR 2023, paparan berikut akan dipaparkan:

IMG 20230305 101541 090

(b) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
(f) Isikan pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-

• Kahwin
• Cerai
• Kematian Pasangan
• Bujang

(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian
Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini
merujuk kepada Status Perkahwinan,

• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan

(g) Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian
Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini
merujuk kepada Status Perkahwinan,

• Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
• Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
• Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan

(h) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.

• Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.

(i) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(j) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
(k) Masukkan Nombor Akaun Bank
(l) Isikan Alamat e-mel

B. Maklumat Pasangan

IMG 20230305 102350 356

Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi
dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan

• No. MyKad / MyPR / MyKAS
• Sijil Lahir
• No. Pasport

(b) Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.

• Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
• Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan
paparan berikut akan dipaparkan:

IMG 20230305 102648 434

  • Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan
    Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan
    pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.
  • Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,
    permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.

(c) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(d) Isikan pilihan Pekerjaan
(e) Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih
aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank
(f) Masukkan Nombor Akaun Bank

Bantuan lain:

C. Maklumat Anak

IMG 20230305 103318 461

i. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi
dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
ii. Pemakluman mengenai Maklumat Anak

IMG 20230305 103603 820
iii. Tindakan seterusnya seperti berikut:

(a) Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).

• Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur
akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran
Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
• Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.

(b) Pilih Status Anak

• Anak Kandung
• Anak Angkat

(c) Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi

D. Maklumat Waris

IMG 20230305 104149 981

(a) Pilih Maklumat Waris

• Anak Kandung
• Anak Angkat

(b) Pilih Hubungan

• Pasangan
• Ibu/bapa
• Anak
• Adik beradik
• Cucu

(g) Pilih Jenis Pengenalan Waris

• No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
• Sijil Lahir
• No. Passport

(c) Masukkan Nombor Pengenalan waris.

(d) Nama waris

• Jika nombor pengenalan waris wujud pada data JPN, maklumat Nama waris akan dipaparkan secara automatik
• Jika tidak wujud atau jenis pengenalan waris adalah Sijil Lahir / No. Pasport,ruangan Nama perlu diisi.

(e) Isikan No Telefon Waris.

IMG 20230305 104636 520 IMG 20230305 104639 092

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati