Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penilaian Sistem DEEP Penjawat Awam Secara Merit

Penilaian Sistem DEEP Penjawat Awam Secara Merit

Berkenaan Penilaian Sistem DEEP. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu sistem penilaian baharu bagi penjawat awam yang dikenali sebagai Sistem DEEP (Democratic Employee Evaluation Performance). Sistem ini diperkenalkan dengan tujuan memastikan penilaian prestasi penjawat awam dilakukan secara lebih adil, telus, dan berkesan.

Ia adalah satu inisiatif untuk menambah baik kaedah sedia ada, di mana penilaian dilakukan berdasarkan merit dan bukan lagi secara pukul rata seperti sebelumnya. Melalui sistem ini, penjawat awam akan dinilai secara berterusan untuk memastikan mereka sentiasa mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang.

Apa Itu Penilaian Sistem DEEP?

Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Secara Merit

Penilaian Sistem DEEP iaitu Demerit Performance Evaluation (DEEP) adalah satu mekanisme penilaian prestasi penjawat awam yang berasaskan sistem demerit. Setiap penjawat awam akan bermula dengan markah maksimum 100, di mana markah akan dipotong berdasarkan kegagalan mereka dalam mencapai sasaran atau objektif kerja. Penilaian ini tidak terhad kepada penjawat awam biasa sahaja, malah ketua-ketua jabatan turut dinilai di bawah sistem ini. Sumber Jabatan Penerangan Malaysia.

Sistem DEEP bertujuan untuk menilai kredibiliti, prestasi, serta keupayaan seseorang penjawat awam dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, dan ia dianggap sebagai satu cara untuk meningkatkan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Contoh Penilaian Sistem DEEP Kepada Penjawat Awam

Sebagai contoh, seorang ketua jabatan diberikan markah penuh 100 pada permulaan tempoh penilaian. Jika ketua jabatan tersebut gagal memenuhi sasaran atau tugasan yang ditetapkan, markah akan dipotong berdasarkan tahap kegagalan.

Ali merupakan Ketua Jabatan. Pada awalnya diberi markah 100 peratus. Ianya sama seperti jawatan KSU (Ketua Setiausaha) dan KP (Ketua Pengarah) diberi markah penuh sebelum demerit. Ali tidak mencapai KPI ataupun tugasan yang gagal dilaksanakan. Lalu markah Ali akan dipotong dan perkara ini JPA akan cakna dan melaksanakannya secara serta merta.

Contohnya, jika projek yang dipertanggungjawabkan tidak dilaksanakan mengikut jadual atau laporan yang disediakan tidak mencapai standard yang ditetapkan, demerit akan dikenakan. Penilaian ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap penjawat awam dan ketua jabatan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhan.

Kesan Penilaian Sistem DEEP Kepada Penjawat Awam

Pelaksanaan Sistem DEEP dijangka memberikan impak positif kepada prestasi penjawat awam. Dengan sistem penilaian berasaskan merit ini, setiap penjawat awam akan lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugasan bagi mengelakkan markah dipotong.

Selain itu, sistem ini juga akan menggalakkan peningkatan kualiti kerja kerana penjawat awam akan berusaha untuk mengekalkan markah yang tinggi. Di samping itu, Sistem DEEP juga memastikan penilaian prestasi lebih telus dan progresif, di mana pekerja yang benar-benar menunjukkan prestasi cemerlang akan dihargai dengan sewajarnya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati