Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023 Gaji Sehingga RM5,672

Jawatan Kosong YAKIN Februari

Tawaran Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023 Gaji Sehingga RM5,672. Makluman YAKIN, berita terkini tentang kerja kosong khas buat rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan. Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaan pusat dan negeri yang baharu dibuka kepada orang ramai.

Iklan peluang pekerjaan baru sahaja diwar-warkan khas peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibawah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). Peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang baru sahaja tamat belajar di universiti.

Tawaran Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023 Gaji Sehingga RM5,672

Permohonan kerja kosong di YAKIN ia merangkumi beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagaimana ia dimaklumkan dari syarikat sendiri.

  • Maklumat Jawatan Kosong
  • Tarikh Dibuka dan Ditutup Permohonan
  • Syarat Kelayakan Untuk Permohonan
  • Cara-cara Untuk Memohon

Makluman, segala info dan maklumat yang telah diberikan ia adalah berdasarkan kepada sumber rujukan dari laman rasmi syarikat sendiri

Dan kepada anda yang ingin mendapatkan info serta pemberitahuan semasa mengenai jawatan kosong dan peluang kerjaya, anda boleh menyertai telegram rasmi ” Permohonan Jawatan Kosong ” seluruh Malaysia:

telegram us

Maklumat Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Oleh YAKIN Tahun 2023?

Peluang menjawat kekosongan yang dibuka dibawah majikan kerajaan merupakan jawatan yang perlu diisi segera secepat mungkin. Terdapat beberapa jawatan kosong yang perlu rakyat Malaysia layak membuat permohonan kerja berdasarkan kelayakan dari peringkat PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Maklumat Jawatan

  1. Nama Majikan: Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
  2. Lokasi Kekosongan: Kelantan
  3. Status Jawatan: Tetap
1PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
2PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT)!

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

A) PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

  • KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  • KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA
  • TARAF JAWATAN: TETAP
  • GRED JAWATAN/GAJI: N29 (1,493.00 sehingga 5,672.00)

Syarat Lantikan Jawatan:

  • (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • (iii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan daripaa politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • (iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95)

(Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(

  • (a) i) mempunyai kelayakan di perenggan 1; atau
  • ii) lulus Peperiksaan Khas: dan

(b)had umur pelantikan:

  • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun:
  • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

B) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT)

  • KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
  • KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA
  • TARAF JAWATAN: TETAP
  • GRED JAWATAN/GAJI: N19 (1,352.00 sehingga 4,003.00)

SYARAT LANTIKAN JAWATAN

  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau
  • (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); atau

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer, kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • (a) (i)mempunyai kelayakan di perenggan 1; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

  • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;
  • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat- menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, semua keperluan rasmi dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Untuk segala maklumat anda boleh download link yang diberikan

IKLAN JAWATAN KOSONG YAKIN

Tawaran Gaji Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023

PENETAPAN GAJI PERMULAAN Jawatan Kosong Yakin Februari 2023

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN

Pegawai boleh dikehendaki mengikut latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

  • (a) memenuhi tempoh percubaan;
  • (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  • (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

Untuk makluman kepada semua, permohonan jawatan kosong ini adalah tertakluk kepada pihak majikan yang membuat ketetapan. Bagi sebarang permohonan dan kekosongan jawatan adalah tertakluk kepada makluman pihak majikan. Jika terdapat perubahan,ianya adalah perubahan daripada pihak majikan dan sebarang kesilapan yang berlaku ia adalah diluar kawalan dan diperbaiki secepat yang mungkin.

Akhir Kata 

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Tawaran Jawatan Kosong YAKIN Februari 2023 Gaji Sehingga RM5,672 sedikit sebanyak dapat membantu para calon diluar sana. Dan semoga Allah permudahkan urusan kalian.

 

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati