Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Segera Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023

Guru Ganti Dan PPM

Pengambilan Sekarang Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023. Makluman KPM, berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia. Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaan pusat dan negeri yang baharu dibuka kepada orang ramai.

Iklan peluang pekerjaan baru sahaja diwar-warkan khas peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peluang keemasan sebagai guru ini yang harus direbut oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang baru sahaja tamat belajar di universiti.

Pengambilan Segera Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023

Permohonan kerja kosong di Guru Ganti Dan PPM ia merangkumi beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagaimana ia dimaklumkan dari syarikat sendiri.

  • Maklumat Jawatan Kosong
  • Tarikh Dibuka dan Ditutup Permohonan
  • Syarat Kelayakan Untuk Permohonan
  • Langkah Buat Permohonan

Makluman, segala info dan maklumat yang telah diberikan ia adalah berdasarkan kepada sumber rujukan dari laman rasmi majikan sendiri.

Dan kepada anda yang ingin mendapatkan info dan pemberitahuan semasa mengenai jawatan kosong dan peluang kerjaya, anda boleh menyertai telegram rasmi ” Permohonan Jawatan Kosong ” seluruh Malaysia:

telegram us

Maklumat Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Oleh KPM Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023?

Peluang menjawat kekosongan yang dibuka dibawah majikan kerajaan merupakan jawatan yang perlu diisi segera secepat mungkin. Terdapat beberapa jawatan kosong yang perlu rakyat Malaysia layak membuat permohonan kerja berdasarkan kelayakan dari peringkat PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Maklumat Jawatan:

  • Nama Majikan: Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Lokasi Kekosongan: Pejabat Pendidikan Daerah Raub
  • Status Jawatan: Kontrak
  • Kumpulan: Pengurusan & Profesional / Sokongan

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

MyStep GURU GANTI DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Kadar bayaran upah adalah berdasarkan output tugas dan tahap kelayakan akademik. Kadar bayaran upah dibawah adalah untuk perkhidmatan dalam tempoh sebulan termasuk caruman KWSP dan PERKESO:

  1. Ijazah Sarjana Muda: RM 2100.00
  2. Diploma/STPM/STAM: RM 1900.00
  3. SPM/SPMV: RM 1700.00

Untuk makluman kepada semua, permohonan jawatan kosong ini adalah tertakluk kepada pihak majikan yang membuat ketetapan. Bagi sebarang permohonan dan kekosongan jawatan adalah tertakluk kepada makluman pihak majikan. Jika terdapat perubahan,ianya adalah perubahan daripada pihak majikan dan sebarang kesilapan yang berlaku ia adalah diluar kawalan dan diperbaiki secepat yang mungkin.

Bilakah Tempoh Permohonan Jawatan Kosong Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan dibuka pada sekarang dan permohonan boleh dibuat secepat yang mungkin, Permohonan jawatan ini dibuka bermula sekarang dan permohonan akan ditutup pada 28 Februari 2023 mengikut iklan yang diwar-warkan (rujuk iklan jawatan dibawah).

Permohonan boleh dibuat secara secara sah mengikut makluman majikan melalui atas talian seperti yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Apakah Syarat Kelayakan Memohon Jawatan Kosong?

Makluman pengetahuan para pemohon, kelayakan memohon jawatan kosong ia adalah tertakluk pada syarat umum dibawah:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun keatas
  • Pemohon mempunyai kelayakan akademik minimum SPM dan keatas. Kelayakan akademik seperti diploma dan ijazah.

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Cukup syarat akademik yang ditetapkan
  • Berminat bina kerjaya bersama majikan
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan Bagi Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Bagi Pengambilan Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023:

  1. Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  2. Cuti Tahunan
  3. Cuti Sakit dan lain-lain
  4. Dan lain-lain

Pengambilan Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023

Langkah – langkah untuk buat permohonan Guru Ganti Dan PPM

Makluman kepada para pemohon yang berminat menjadi sebahagian daripada Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023. Anda boleh membuat permohonan jawatan dengah kadar segera selagi permohonan jawatan kosong masih belum ditutup. Mohon segera sebelum 28 Februari 2023.

Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (Online) sahaja dan mestilah mengikut prosedur permohonan yang telah ditetapkan. Pemohon diminta untuk membuat semakan maklumat butiran diri, iklan jawatan dan syrat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Pastikan juga permohonan dibuat dengan betul.

Bagi para pemohon, anda boleh baca terlebih dahulu iklan,syarat-syarat dan cara permohonan dibawah:

Screenshot 2023 02 12 08 14 42 192 edit com.android.chrome

Telah dinyatakan maklumat diatas merupakan iklan serta maklumat syarat-syarat kelayakan bagi permohonan jawatan dan cara permohonan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan Pengambilan Jawatan Guru Ganti Dan Pembantu Pengurusan Murid Tahun 2023, anda boleh ikuti cara-cara seperti yang diberikan.

Syarat-syarat Perlantikan Serta Kemudahan-Kemudahan Untuk Guru Ganti

1. Tujuan Guru Ganti

  • Tujuan Surat Perkeliling ini adalah untuk mengemaskinikan syarat-syarat perlantikan Guru-Guru sandaran dan juga syarat-syarat perkhidmatan mereka.

2. Takrif

  • 2.1 Guru Ganti
  •   2.1.1 Guru Sandaran adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesuatu tempoh bagi mengisi kekosongan hakiki dan ianya belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Upahan yang diterima oleh seseorang Guru Sandaran adalah dalam bentuk elaun bulanan sahaja.

2.2 Guru Sandaran Terlatih

  •   2.2.1 Seseorang Guru Sandaran Terlatih (GST) selain daripada memiliki kejayaan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan, mestilah juga mempunyai kelayakan ikhtisas yang telah diiktiraf serta kelayakan Bahasa Malaysia. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh KPM khususnya Bahagian Sumber Manusia.

2.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih

  •   2.3.1 Seseorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) hanya memiliki kelayakan akademik dan kelayakan Bahasa Malaysia sahaja. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan/Bahagian berkaitan seperti Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas, KPM dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

3. Taraf GST dan GSTT

  •  3.1 GST dan GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian mereka tidak layak mendapat apa jua faedah atau kemudahan seperti yang diterima oleh guru-guru tetap kecuali kemudahan-kemudahan seperti tersebut di perenggan 4 di bawah.
  •  3.2 Walaupun GST dan GSTT adalah tidak bertaraf kakitangan Kerajaan, mereka adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM/KPTM sebagai majikan mereka.

4. Elaun dan Kemudahan

  •   4.1 Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT
  •   4.1.1 Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa.
  •   4.1.2 Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
  •   4.1.3 Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap yang setaraf dengannya seperti berikut:-
    1. Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari semenanjung ke Sabah.
    2. Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari negeri tersebut.
    3. Elaun Hidup Sementara bagi mereka yang bertugas di Bintulu, Sarawak.
    4. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)
  •  4.1.4 Elaun-elaun dan lain-lain bayaran mengikut syarat peraturan di bawah perkeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 dan pindaan berkaitan apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat.
  •  4.1.5 Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C.
  •  4.1.6 Kemudahan Perubatan dan Pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-Klinik Kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf.
  •  4.1.7 Elaun Subsidi Sewa Rumah (Rental Celling) bagi GST daripada Semenanjung yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak.

5. Peraturan dan Syarat-syarat Perlantikan Guru Sandaran

5.1 Kuasa Melantik

  •  5.1.1 bagi GST yang mempunyai kelayakan ikhtisas/perguruan dan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sedang menunggu keputusan peperiksaan,kuasa melantik ahli KPM.
  •  5.1.2 Bagi GSTT yang diambil dengan tujuan untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu, ataupun pengambilan guru-guru Bahasa Ibunda di Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil,perlantikan mereka diuruskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri atau Ketua Jabatan berkaitan di KPM atau Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM

5.2 Syarat Perlantikan GSTT

  •   5.2.1 Warganegara Malaysia
  •   5.2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah
  •   5.2.3 Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
  •   5.2.4 Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga mata pelajaran lain.
  •   5.2.5 Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi.

5.3 Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri/Ketua Jabatan/Bahagian/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti,KPTM hendaklah mendapatkan kebenaran KPM terlebih dahulu bagi kes-kes berikut:-

  •   5.3.1 Bagi calon-calon yang mempunyai ijazah-ijazah dalam dan luar negeri yang Belum diketahui nilai tarafnya:
  •   5.3.2 Calon – calon yang telah melebihi syarat umur seperti di 5.2.2 ;
  •   5.3.3 Calon-calon yang tidak mempunyai syarat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  •   5.3.4 Calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Arab diperingkat SPM bagi lantikan sebagai Guru Agama;

5.4 Pelantikan ke dalam Kategori GSTT yang lebih tinggi Seseorang GSTT boleh dilantik kepada kategori yang lebih tinggi mengikut budi bicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan / Bahagian, KPM / Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM masing-masing tertakluk kepada syarat berikut :-

  •   5.4.1 Mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan keperluan;
  •   5.4.2 Ada kekosongan jawatan hakiki dalam negeri berkenaan;
  •   5.4.3 Perkhidmatannya adalah diperlukan.

Calon hendaklah ditawarkan jawatan yang lebih tinggi itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling ini. Tarikh pelantikan ke kategori yang baru itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh beliau melaporkan diri untuk menjalankan tugas dalam kategori yang baru itu.

5.5 Pelantikan ke dalam Kategori GSTT lebih rendah Guru Ganti

  •   5.5.1 Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang lebih rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan Jabatan berkenaan.

5.6 Penamatan Perkhidmatan GST Yang Gagal Dalam Peperiksaan Akhir Institusi Pendidikan Guru

5.6.1 Seseorang Guru Sandaran lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditempatkan sebagai GST yang disahkan telah gagal dalam peperiksaan akhir IPG akan ditamatkan perkhidmatannya oleh KPM. Selanjutnya terpulang kepada budi bicara Pengarah Pelajaran Negeri / Ketua Jabatan/Bahagian, KPM/Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, KPTM untuk melantiknya sebagai GSTT jika perkhidmatannya masih diperlukan.

5.7 Penamatan Perkhidmatan GST yang gagal dalam Urusan Temuduga Lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

5.7.1 Seseorang GST yang gagal dalam temuduga untuk lantiksn tetap yang diadakan oleh SPP akan ditamatkan perkhidmatannya. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan perkara ini kepada Bahagian Sumber Manusia, KPM.

Untuk rujukan yang lebih lanjut, anda boleh ke link laman rasmi Kementerian pendidikan Malaysia yang disediakan ini https://www.moe.gov.my/warga-kpm/pegawai-perkhidmatan-pendidikan/guru-sandaran

Akhir Kata 

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Pengambilan Jawatan Guru Ganti Dan PPM Tahun 2023 dapat membantu para calon di luar sana.

 

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati