Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelajar Ini Harung Air Hantar Ibu Ayah ke Masjid Tahun 2020

Pelajar Ini Harung Air Hantar Ibu Ayah ke Masjid
NUR Shakirah (kiri) menolak sampan sambil membawa ibu dan bapanya, untuk menunaikan solat ke masjid ketika tinjauan di Kampung Nyatuh, Setiu. FOTO Ghazali Kori

Sanggup Harung Air. Demi kasih, seorang anak sanggup menarik sampan sambil mengharung air lebih satu meter sejauh 150 meter untuk membantu ibu bapanya keluar ke jalan utama untuk menunaikan solat di Masjid Penarik, di sini.

Tindakan itu diambil Nur Syakirah Ab Rahim, 22, selepas kawasan rumah mereka di Kampung Nyatoh, di sini, ditenggelami air, sejak Jumaat lalu.

Pelajar Ini Harung Air Hantar Ibu Ayah ke Masjid

image 14

Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa, Kelantan itu berkata, walaupun tindakannya membahayakan diri sendiri, tetapi dia sanggup melakukannya demi keluarga tersayang, tambahan pula bapanya, Ab Rahim Mahmud, 68, adalah imam di masjid berkenaan.

“Perasaan takut ketika menarik sampan memang ada tetapi saya puas kerana dapat memastikan keluarga terutama ibu dan ayah selamat.

“Kalau malam atau subuh, saya akan mendayung sampan untuk menghantar mereka ke masjid, tetapi ada kalanya saya mengharung air,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kawasan rumahnya terletak di kawasan rendah menyebabkan ia sentiasa ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

image 15

“Tahun ini sahaja sudah tiga kali kawasan rumah dinaiki air namun kali ini paling dalam sehingga dua meter,” kata anak bongsu daripada 12 beradik itu.

Sementara Ab Rahim berkata, anak bongsunya seorang yang sangat penyayang, selain gemar melakukan aktiviti lasak.

“Jadi, tidak hairanlah jika dia sanggup mengharung air sedalam itu.

“Saya pernah melarang dia daripada berbuat demikian, namun dia tetap berkeras mahu menolong.

“Bukan sahaja saya dan ibunya, malah sampan dinaiki abang dan kakaknya pun pernah ditarik walaupun kami boleh berdayung sendiri,” katanya. sumber metrotv

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati