Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Berita Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Dipercepat Mulai 21 Januari ini

Bayaran BPN
Bayaran BPN

Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Dipercepat Mulai 21 Januari ini berdasarkan Pakej PERMAI iaitu Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI dalam usaha memulihkan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Mempercepat Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Kerajaan umum bantuan pakej PERMAI

Info selanjutnya berkaitan perkara ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kerajaan hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI dalam usaha memulihkan ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, pakej PERMAI bernilai RM15 bilion.

“Secara amnya, pakej bantuan PERMAI menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.
“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu: Memerangi Wabak COVID-19; Memelihara Kebajikan Rakyat; dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di beberapa buah negeri bermula 13 Januari sehingga 26 Januari ini.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati