Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

[Pengeluaran KWSP] 17 Cara Effective Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Anda Sebelum Pencen

Duit KWSP
Duit KWSP

[Pengeluaran KWSP] 17 Cara Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Anda Sebelum Pencen. Ramai sebenarnya yang belum tahu macam mana cara untuk keluarkan duit KWSP yang disimpan selama ini.

Matlamat kita simpan duit tersebut adalah untuk digunakan, bukan untuk simpan selamanya. Sampai masa kita perlu keluarkan untuk kegunaan peribadi.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pengeluarkan duit KWSP sebagai wang kecemasan kepada rakyat yang kurang berkemampuan diatas nama I-Citra dan sebagainya.

Tapi tahukah anda, selain I-Citra, terdapat banyak jenis pengeluaran duit KWSP yang boleh anda lakukan. Jom ikut perkongsian ini.

[Pengeluaran KWSP] 17 Cara Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Anda Sebelum Pencen

Terdapat dua kategori pengeluaran KWSP :

  • Pengeluaran Penuh

  • Pengeluaran Sebahagian

Ciri-ciri Pengeluaran Penuh Duit KWSP

8e5383dc 940f 4993 af70 29794bba49c5 3
Duit KWSP

1) Pemohon berumur 55 tahun

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai 60 tahun.
  • Memiliki simpanan dalam akaun 55.

2) Pemohon berumur 60 tahun

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pemohon mempunyai simpanan dalam KWSP.

3) Pekerja berpencen dan pesara pilihan

  • Berumur bawah 55 tahun.Pekerja dalam sektor awam ATAU Kementerian
  • Pertahanan ATAU Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
    Diberikan taraf pencen oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

4) Hilang Daya Upaya(OKU)

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 60 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam KWSP.
  • Pemohon tidak bekerja.
  • Pemohon telah hilang upaya fizikal dan mental yang telah disahkan oleh pegawai perubatan..
  • Hilang Upaya mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP dimana temujanji oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan di kaunter.

5) Meninggalkan negara

  • Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU
  • Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja ATAU
  • berhasrat meninggalkan Malaysia.
    Berumur 60 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam KWSP

6) Kematian

  • Pastikan anda mengambil langkah untuk membuat penamaan supaya waris terdekat anda dapat mengeluarkan simpanan KWSP. Ini kerana pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada waris yang sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan.

Kriteria Pengeluaran Sebahagian Duit KWSP

1) Pemohon yang berumur 50 tahun.

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
  • Memiliki simpanan Wang KWSP

2) Tujuan untuk membina rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur bawah 50 tahun.
  • Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
  • Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3) Perumahan fleksibel

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
  • Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
  • Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4) Kesihatan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
  • Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif.

5) Pendidikan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf.
  • Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa).
  • Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)).

6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
    Di bawah umur 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran.
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
  • Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
  • Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.

7) Perumahan PR1MA

  • Warganegara sahaja.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli adalah pembeli rumah PR1MA.
  • Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
  • Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran
  • Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.

8) Simpanan melebihi RM 1 juta

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.

9) Beli rumah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli rumah kediaman.
  • Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.

10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

  • Warganegara dan Bukan Warganegara.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
  • Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.

11) Haji

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
  • Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
  • Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.
    12) i-Citra
  • Warganegara, bukan warganegara dan penduduk tetap (PR)
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran duit KWSP, sila hubungi KWSP di :

Laman Web KWSP see Tekan Sini
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati