Panduan dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran Serta Kos Pecat Lot Tanah. Pecah lot tanah adalah proses yang penting bagi pemilik tanah untuk mengeluarkan geran baru, membolehkan tanah besar dibahagikan kepada lot-lot kecil. Artikel ini akan menjelaskan secara ringkas mengenai proses pecah lot tanah dan perkara-perkara penting yang perlu difahami.
Panduan dan Cara Pecah Lot Tanah Bagi Keluarkan Geran
Isi Kandungan
Terdapat perkongsian menarik berkenaan panduan dan cara pecah lot tanah yang dikongsikan oleh Sakran Sapie. Berikut adalah penerangan beliau berkenaan pecah lot tanah:
Jenis Pecahan Tanah
- Proses Pecah Lot Tanah
- Pecah lot tanah merujuk kepada memecah sekeping geran (tanah besar) kepada beberapa geran yang lebih kecil.
- Terdapat dua jenis proses utama: Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan.
- Pecah Bahagian
- Biasanya digunakan untuk geran kongsi di mana nama semua pemilik telah disenaraikan dalam geran.
- Proses ini boleh dijalankan tanpa perlu menukar syarat tanah asal, asalkan syarat luas minima dipenuhi.
- Tempoh proses: 6-8 bulan, jika tiada perubahan syarat tanah diperlukan.
- Pecah Sempadan
- Melibatkan pemecahan tanah besar yang memerlukan perubahan syarat dari Pertanian kepada Bangunan, jika perlu.
- Tempoh minimum untuk proses ini adalah sekurang-kurangnya 1.5 tahun, termasuk tempoh tukar syarat tanah jika perlu.
- Proses pecah sempadan mengambil masa 6-8 bulan selepas perubahan syarat tanah diluluskan.
Perbezaan Antara Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan
Berikut dibawah adalah merupakan perbezaan pecah bahagian dan pecah sempadan:
- Pecah Bahagian: Tanah dipecah tanpa perlu menukar syarat asal, sesuai untuk geran kongsi dengan syarat luas minima terpenuhi.
- Pecah Sempadan: Memerlukan perubahan syarat tanah jika diperlukan, seperti dari Pertanian kepada Bangunan, dengan tempoh proses yang lebih panjang.
- Implikasi dan Perhatian Penting. Proses ini melibatkan implikasi terhadap geran asal, yang perlu difahami dengan jelas sebelum memulakan proses. Penting untuk memahami perbezaan di antara kerja ukur tanah dan proses sebenar pecah lot untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah di masa hadapan.
Cara Pecah Lot Tanah
Di bawah ini kami kongsikan kepada anda cara untuk memecah lot tanah bagi mengeluarkan geran individu:
- Pastikan lokasi tanah berada dalam kawasan zon perumahan. Anda perlu membuat semakan dengan bahagian Perancangan Bandar Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk memastikan tanah tersebut terletak di dalam zon perumahan.
- Pastikan tanah tersebut tidak digadai kepada mana-mana bank atau terdapat sebarang kaveat ke atasnya untuk memudahkan proses.
- Pastikan tanah yang ingin dipisahkan bukan dalam urusan pusaka.
- Hanya seorang pemilik yang berdaftar dalam geran hak milik.
- Pemilik yang berdaftar masih hidup. Jika pemilik tanah telah meninggal dunia, urusan anda mungkin menjadi rumit.
- Kawasan tanah mempunyai infrastruktur seperti jalan masuk yang telah digazetkan, tiang elektrik berdekatan, dan sistem saliran.
- Lantik seorang Peguam Hartanah yang bertauliah untuk menguruskan semua urusan jual beli dan pindah milik mengikut proses undang-undang yang sah.
- Lantik seorang Juru Ukur bertauliah untuk urusan pemecahan tanah dan menukar syarat tanah dari pertanian kepada tanah lot bangunan. Juru Ukur juga dapat memberikan nasihat tentang layout tanah yang sesuai.
- Lantik seorang Projek Manager Profesional yang berpengalaman dalam menguruskan proses pemecahan tanah.
- Proses pemecahan tanah biasanya mengambil masa antara satu tahun hingga satu setengah tahun untuk diselesaikan. Tempoh ini juga bergantung kepada proses mendapatkan geran individu yang baru.
Dengan memahami langkah-langkah di atas, anda dapat menguruskan proses pemecahan tanah lot dengan lebih berkesan dan lancar.
Kos Pecah Lot Tanah
Berikut adalah jadual ringkas kos yang terlibat dalam proses pecah lot tanah individu:
- Kos Perancang: RM3000 per ekar
- Kos Juru Ukur: RM3000 per ekar
- Kos Jurutera: RM3000 per ekar
- Kos Peguam: 2.5% daripada harga jual beli
- Bayaran Permohonan Pecah Bahagi & Tukar Syarat: RM1000 per Lot
- Bayaran Premium: RM2000 per Lot
- Lembaga Juru Ukur Tanah: RM2500
Nota : Pastikan proses pecah lot tanah diuruskan dengan teliti mengikut panduan yang diberikan untuk memperoleh geran individu dengan lancar.
Tanah dah siap tukar syarat dan dua nama dah disenarai dlm tanah tu. Bagaimana nak buat gran persendirian.
Saya lihat jumlah charge yg kamu kemukakan tudak betul. Semua salah. Tidak ada charge yg seperti itu. Jika kamu bukan seorang professional samaada jurukur atau jururancang jangan memandai mandai dalam media.
Salam tuan, saya mahu minta penjelasan dripada tuan saya soal tanah ni memng tdk hadam susah mahu faham… Soalan sya sya ada 5ekar tanah dan adik beradik saya minta d pecah kan geran dan d bagi2 kan tanah itu… Dan tanah yg mahu d pecah kan geran ni tanah adat… Boleh kah tuan tanah adat d pecah geran dan d bagi2 kan?? Kalau boleh macam mana cara saya selesai kan urusan pecah tanah ni… Itu saja soalan saya tuan harap tuan boleh jawab dan jelas kan pada sya
Salam,Jika kedudukan tanah diluar kawasan zon perumahan bolih ka mohon terlebih dahulu dimasukkan ke kawasan zon perumahan…. sebelum meneruskan proses selanjutnya
Salam. Maknanya tanah bergeran kelompok yg mengandungi nama 22 orang pemilik tak blh dipecah bahagian?
Seluruh keluasan tanah …29 acres
Nil