Bicara guru : Kelebihan Cashback Kad Kredit Dan Inilah Cara Kumpul Cashback yang Ramai Tak Tahui Sambung tulis Pendahuluan. Ramai yang mengatakan bahawa kad kredit sentiasa membawa beban tetapi tanpa kita sedari sebenarnya ia mempunyai manfaat yang tersendiri.
Manfaat tersebut adalah kita dapat peroleh cashback kad kredit yang memberi nilai dan akan lebih menjimatkan dimana kita membayar kurang dari yang kita gunaakan. Menarik bukan?
Pulangan tunai atau disebut cashback adalah satu situasi dimana kita mendapat pulangan tunai apabila melakukan apa sahaja jenis transaksi yang ditawarkan cashback tersebut. Kebiasaannya, cashback akan didapati ketika membeli belah, membayar bil dan lain-lain.
Bagi anda yang tidak tahu lagi tentang manfaat cashback kad kredit dan cara kumpul cashback, kami akan kongsikan kepada anda dalam perkongsian pada kali ini.
Kelebihan Cashback kad kredit
Isi Kandungan
Sebagaimana yang dinyatakan tadi, cashback adalah insentif yang membolehkan anda dapat peluang untuk menerima kembalian tunai daripada setiap perbelanjaan anda. Duit yang dibelanjakan akan dikembalikan mengikut percent tertentu oleh syarikat jualan atau pihak peniaga. Menarik bukan cashback ini?
Terdapat banyak platform jual beli online dan kad kredit yang menawarkan yang menawarkan pulangan menarik untuk pelanggan membeli yang anda boleh lihat.
Jumlah cashback ini biasanya tidaklah banyak jika dibandingkan dengan pembelian yang dibuat tetapi ia sangat ia sangat bermanfaat dan berbaloi kepada kita. Berikut adalah manfaat cashback kad kredit yang ramai tak tahu.
1. Transaksi Tanpa Tunai
Tawaran cashback ini wujud bagi menggalakkan penggunakan pengguna membuat pembelian tanpa menggunakan tunai disemua tempat yang terpilih. Untuk pengetahuan anda, lebih banyak pembelian tanpa wang tunai dibuat, maka anda akan peroleh lebih banyak lagi kembalian cashback.
2. Dapat Penjimatan Semasa berbelanja
Selain itu, kelebihan cashback kad kredit juga dapat memberi sedikit penjimatan ketika membeli-belah sememangnya digemari ramai. Pada zaman kini, kebanyakan syarikat e-dagang juga turut memberikan rebate cashback dengan transaksi kad kredit pada masa kini. Oleh itu, makin banyak anda berbelanja, makin banyaklah penjimatan yang dapat dirasai.
3. Menjimatkan Masa Dan Proses Yang Pantas
Boleh dikatakan, kebanyakan syarikat yang menawarkan cashback ini tidak letak banyak syarat untuk melayakkan anda menerima ganjaran kembalian cashback terdebut. Cukup dengan hanya membuat transaksi pembelian melalui syarikay mereka. Dari sudut pendaftaran pula, ia begitu mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Cara Kumpul Cashback
1. Melalui Penyata Kad Kredit
Untuk pengatahuan anda, cashback juga boleh peroleh melalui penyata kad kredit. Dari penyata kad kredit ini, anda boleh mengumpul dan menebusnya apabila ia sudah capai pengeluaran minimum.
2. Melalui Cek / Resit Pembelian
Menggunakan resit atau cek pembelian juga, anda boleh peroleh cashback kad kredit. Kebiasaannya, pengeluar akan memberi anda resit atau cek transaksi anda untuk menebus ganjaran cashback selepas membuat pembelian.
3. Melalui Mata Ganjaran
Mata ganjaran untuk cashback sering terkenal dalam kalangan kaki shopping. Mata ganjaran ini biasanya akan dipindahkan secara elekronik ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada kad kredit anda.
Bagi mendapatkan manfaat mata ganjaran pulangan cashback ini, anda memerlukan akaun bank yang mendaftarkan kad kredit tersebut untuk menggunakan pilihan ini.
“Orang kaya semakin kaya bila menggunakan kad kredit.”
Kesimpulannya, setiap pakej tawaran daripada kad kredit menawarkan percent pulangan cashback yang berbeza. Jadi, anda haruslah berfikir secara bijak ketika membuat pilihan pakej kad kredit yang ditawarkan kerana terdapat caj kredit tersembunyi yang dikenakan oleh beberapa pengeluar kad kredit.