Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

OPR Naik, Adakah Berbaloi Beli Hartanah Pada Waktu Sekarang?

OPR Naik
OPR Naik

OPR Naik, Adakah Berbaloi Beli Hartanah Pada Waktu Sekarang?. Soalan ini biasanya sentiasa ditanya oleh mereka yang baru ingin memiliki rumah pertama.

Sudah tentu semua orang ingin memiliki rumah sendiri tetapi menunggu masa yang tepat untuk penjimatan. Maklumlah, sekarang ni semua benda perlu berjimat.

“Berbaloi ke beli hartanah sekarang ni walaupun OPR naik?”

Untuk mengetahui berbaloi atau tidak, kita perlu tahu dahulu apa itu OPR dan kesannya terhadap kita dalam membuat pinjaman atau pembiayaan perumahan dengan pihak bank.

Apa itu OPR (Kadar Dasar Semalaman)?

bank negara malaysia bnm 3 bnm
OPR Naik

OPR ialah kadar faedah yang dibayar oleh sebuah bank kepada sebuah bank yang lain apabila meminjam wang. Pelik bukan?, kenapa bank meminjam sesama mereka pulak? Secara mudahnya, kadang-kadang ada bank yang kekurangan wang tunai selepas mereka memberi pinjaman wang kepada pelanggan.

Ketika proses pinjaman ini berlaku, inya juga akan melibatkan kadar faedah yang diberikan oleh sesebuah bank kepada bank yang lain. Kadangkala ia berlangsung dalam masa sehari sahaja atau satu malam, dan ia dikenakan kadar. Kadar inilah yang disebut sebagai OPR (Kadar Dasar Semalaman).

Faktor Kenaikan Atau Penurunan OPR

Kadar OPR ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Persoalannya, mengapakah bank negara menaikkan kadar OPR? Ia bukan kerana inflasi akan tetapi kerana mereka ingin mengurangkan permintaan pinjaman dalam pasaran agar dapat mengawal harga barang dan pembelian.

Apabila aktiviti jual beli berkurangan, sudah pasti barang tidak terjual dan akan makin lama makin bertambah. Maka automatik harga barang akan terkawal, tapi permintaan tetap akan ada.

Berbaloi ke beli hartanah?

house 4516175 1920

Lagi tinggi OPR ditetapkan, lagi tinggi jugalah kos pinjaman dan pembiayaan. Maka lagi terhad peluang pembiayaan modal bagi perniagaan dan individu.

Akan tetapi, tidak semestinya kita perlu beli rumah ketika OPR turun, kerana OPR berkemungkinan naik juga nanti.

Mindset membeli rumah ketika OPR jatuh adalah mindset yang salah sebenarnya sebab OPR boleh naik semula. Semua nampak indah belaka bila OPR rendah sebab setiap bulan macam kita mampu bayar.

Sebenarnya kita tidak ambil kira OPR, inilah tips terbaik untuk beli tanah. Kadar OPR boleh berubah dan ianya sudah terbukti berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun lepas.

Nasihat yang perlu diambil adalah, jangan jadikan OPR sebagai faktor yang menghalang kita dari memiki rumah idaman kerana OPR akan naik dan turun tanpa dapat kita kawal.

Walaupun OPR naik sekalipun, masih berbaloi kita memiliki rumah kerana nilai rumah tersebut. Maksudnya, rumah itu suatu hari nanti harganya bakal naik atau tidak? Boleh disewakan atau tidak?

Yang perlu dilihat adalah nilai, kawasan dan aspek-aspek rumah tersebut sama ada berbaloi atau tidak sebelum membeli rumah.

3 Ciri yang Perlu Lihat Sebelum Beli Rumah

  1. Pastikan rumah yang hendak dibeli mempunyai nilai harga sewa mengikut pasaran yang berpatutan.
  2. Rumah tersebut mempunyai kebolehan untuk naik dari segi nilai dan peningkatan modal. Contohnya, mempunyai ciri berdekatan dengan rumah yang banyak menyebabkan nilai hartanah akan meningkat satu masa nanti.
  3. Lokasi rumah bagus dan terbaik yang mana kita rasa kita sendiri sanggup tinggal dirumah tersebut.

Sumber : Majalah labur

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati