Permohonan kerja kosong bagi pelbagai Kerja Kosong HUSM bagi Tahun 2022 telah dibuka! Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini ada banyak jawatan kosong yang ditawarkan kepada mereka yang layak dan berminat. Untuk memastikan permohonan anda diterima, sila pastikan anda membuat permohonan bermula pada 18 April 2022 atau tarikh paling akhir ialah 27 April 2022.
Bagi yang mencari info lengkap, kami akan terangkan beberapa perkara kepada anda disini dimana anda perlu tahu dan baca Surat Siaran Iklan mengikut jawatan yang disediakan dan Cara Permohonan Kerja Kosong mengikut jawatan yang ingin dipohon.
Surat Siaran Iklan Bagi Pelbagai (22) Kerja Kosong HUSM Yang di Sediakan
Isi Kandungan
Kepada semua yang berminat untuk memohon mana-mana kerja kosong di pelbagai jawatan yang ditawarkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ini boleh mendownload Surat Siaran Iklan Jawatan Kosong yang telah disenaraikan di bawah.
Apa Details Yang di Kongsikan di Dalam Surat Siaran Iklan Tersebut?
Untuk pengetahuan semua, di dalam surat iklan tersebut anda akan diberikan pelbagai info jawatan yang dipohon seperti :
- Detail Jawatan
- Jadual Gaji & Pelbagai Imbuhan Berkaitan
- Syarat-syarat Lantikan
- Taraf Jawatan
- Syarat Peningkatan Secara Lantikan
- Ringkasan Tugas
Bagaimana Cara Download Surat Siaran Iklan Jawatan Kosong di HUSM Tahun 2022?
Mudah sahaja, kepada mereka yang berminat, pastikan anda meneliti pelbagai jawatan yang disediakan dibawah dan tekan butang download di sebelahnya. Anda akan dibawa ke laman document viewer dan disana anda boleh tekan butang download atau view surat siaran tersebut.
KERJA | IKLAN |
PEGAWAI SAINS C41 | |
JURU X-RAY U29 | |
JURURAWAT U29 | |
JURUTEK. MAKMAL PERUBATAN U29 | |
JURUPULIH PERUBATAN U29 | |
JURUTEK. PERUBATAN U19 | |
PEN. PEG. PERUBATAN U29 | |
PEN. PEGAWAI FARMASI U29 | |
PEMANDU KENDERAAN H11 | |
PEMB. PERAWATAN KESIHATAN U11 | |
PEMB. OPERASI N11 | |
PEMB. AWAM H11 | |
PEGAWAI FARMASI UF41 | |
PEGAWAI PERGIGIAN UG41 | |
PEN. AKAUNTAN W29 | |
PEMB. MAKMAL C19 | |
PEMB. TADBIR (KEWANGAN) W19 | |
PEMB. KESIHATAN AWAM U19 | |
PEMB. KEMAHIRAN H19 | |
PEN. PEGAWAI TADBIR N29 | |
PEMB. TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 | |
PEMB. PENYEDIAAN MAKANAN N19 |
*PEMB= Pembantu, PEN = Penolong, PEG= Pegawai
Bagaimana Cara Membuat Permohonan Kerja Kosong di HUSM Bagi Tahun 2022?
Untuk pengetahuan semua pemohon, pada tahun ini permohonan yang dibuat perlulah menggunakan laman web erecruit. Untuk membuat permohonan sila tekan butang yang disediakan disini :
eRecruit ( Kerja Kosong HUSM 2022)
Sila tekan link diatas.
Apakah Perkara-perkara Yang Perlu di Ketahui Oleh Para Pemohon Sebelum Membuat Permohonan?
Kepada semua pemohon erecruit, sila ambil perhatian beberapa perkara seperti berikut :
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna erecruit.
- Staf USM yang sedang berkhidmat dan aktif sila daftar erecruit melalui link STAF USM
- Pemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM
- Tarikh Permohonan adalah pada 18/04/2022 sehingga 27/04/2022 ;
- Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR.
- Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan.
- Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.
Apakah Butiran yang Perlu di Isi di Dalam eRecruit?
Sebenarnya ada pelbagai butiran yang perlu di isi dengan tepat dan lengkap oleh para pemohon. Jadi kami nasihatkan agar semua pemohon mengisi semua keperluan wajib yang dinyatakan di dalam laman web erecruit dengan teliti.
Antara yang anda perlu isi ialah :
- MAKLUMAT PERIBADI
– Maklumat Peribadi
– Gambar
– Lesen Memandu
– Fizikal & Kesihatan - MAKLUMAT AKADEMIK
– PMR/SRP/LCE
– SPM
– STPM/STP/STAM/HSC
– Peperiksaan Tambahan
– Peringkat Pengajian Tinggi
– Keahlian dalam Badan Profesional Bertauliah
– Sijil / Akademik / Anugerah - MAKLUMAT KEMAHIRAN/PENGALAMAN KERJA
– Pengalaman Kerja
– Ikatan Perkhidmatan
– Kemahiran Bahasa
– Kemahiran Berkomputer/Bakat - MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK JAWATAN AKADEMIK
– Penyelidikan/Penyeliaan/Pengajaran
– Pembentangan Persidangan
– Pengalaman Mengajar
– Penerbitan Jurnal - MAKLUMAT KO-KURIKULUM
– Sukan/Kebudayaan/Persatuan/Kelab
– Rekacipta/Pencapaian
Peluang Kerja Kosong HUSM Yang Wajib di Kejar Oleh Anak Kelantan dan Semua Yang Berminat
Akhir kata, bagi saya peluang yang dibuka oleh pihak HUSM kali ini adalah sangat menarik dan besar. Dikala zaman covid19 yang masih belum selesai ini, ramai yang masih sukar mencari pekerjaan dan ramai juga yang sudah berada di luar negeri Kelantan dan ingin kembali bekerja menabur bakti di negeri sendiri. Tidak kira anda berasal dari mana, saya nasihatkan segera ambil kesempatan ini dan kejar cita-cita anda!
Semoga berjaya!