Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai. Tular di media sosial terkini mengenai seorang rider grab yang menunjukkan beliau berjaya mendapat pendapatan mencecah ratusan ribu. Pekerjaan rider grab merupakan pekerjaan yang berkait dalam bidang e hailing. Rider grab merupakan antara pekerjaan yang berisiko dan merupakan pekerjaan yang ramai antara anak muda terjebak dalam bidang pengurusan penghantaran makanan ini.
Ramai yang menyedari bahawa pekerjaan yang berikut ini adalah berbahaya kerana ia melibatkan pengemudian motosikal dari tempat ke tempat. Tak lupa juga mereka perlu bekerja dengan pantas dan juga perlu melalui pelbagai halangan untuk menyelesaikan tugasan mereka menghantar makanan kepada pembeli.
Namun tak semua yang tahu bahawa pekerjaan tersebut juga memberi pulangan lumayan. Itulah yang terjadi sekarang dan tular di beberapa media sosial kerana seorang rider grab mendakwa beliau berjaya mendapat pendapatan sejumlah ratus ribu ringgit.
Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai
Isi Kandungan
Terkejut Lihat Gaji Besar Abang Grab!
Ramai yang terpaku apabila melihat pendapatan yang dikumpul berjaya mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia. Mana tidaknya ini adalah kerana pekerjaan sebagai rider grab tidak pernah dicanang mampu untuk mencecah ratusan ribu jika terjebak dengan pekerjaan ini. Sebelum ini ramai yang memperlekehkan pekerjaan e hailing ini.
Namun apabila tular mengenai pendapatan yang berjaya dikumpulkan perkara ini telah membuka mata dan pandangan baharu mengenai pekerjaan ehailing yang memberi pulangan yang besar jika berusaha keras.
Jangan Pandang Sebelah Mata
Itulah yang terjadi di dalam komuniti masyarakat kita apabila ramai yang bermudah-mudah memandang lekeh sesuatu pekerjaan dan memandang pekerjaan tersebut tidak mempunyai masa depan yang cerah dan tidak mempunyai hala tuju untuk lebih berkembang.
Dengan bukti yang jelas pendapatan yang di kumpul sebanyak ratusan ribu ini berjaya membuka mata pelbagai pihak dan kemungkinan akan memberi gambaran baharu bahawa tidak boleh diperlekehkan pekerjaan sebagai rider grab ini. Biarpun pekerjaan ini melibatkan fizikal, mental dan kecekalan yang kekal dalam melakukan pekerjaan ini.
Namun jika pulangan yang besar maka tiada salahnya untuk bekerja jika panas atau pun susah sekalipun.
Betulkah Rider Grab Mampu Dapat Pendapatan Besar?
Dengan tularnya mengenai berita tentang pendapatan yang berjaya dapat kumpulkan. Maka ramailah dan benda tu lah para remaja berminat untuk sertai syarikat grab dalam menjayakan pekerjaan bidang perkhidmatan penghantaran makanan.
Persoalannya ramai yg bertanya betul ke Rider grab mampu mendapat pendapatan yang besar?
Syarat Untuk Kelayakan Daftar Grab Food Rider 2023
Untuk anak muda yang berminat sertai syarikat Grab, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang rider Grabfood. Terlebih dahulu, jika anda minat dan ingin bergelar seorang rider, terdapat beberapa kriteria dan syarat grabfood yang anda perlu penuhi.
- Mestilah mempunyai telefon pintar (Android atau iOS) dengan pelan data yang aktif (anda akan menggunakan Internet secara kerap jadi sebolehnya anda pakai line)
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Mestilah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Syarat utama mestilah motosikal sendiri. Sekiranya tidak mempunyai motosikal sendiri yang mana motorsikal itu bukan milik anda, sila pastikan anda mempunyai insurance’s cover note yang merupakan cover jenis All Rider. Cukai jalan juga harus aktif.
- Wajib untuk anda mempunyai lesen menunggang motorsikal yang sah (tidak boleh memohon menjadi rider untuk yang masih dalam lesen P atau dalam tempoh percubaan)
Cara Untuk Daftar GrabFood Rider Malaysia
Untuk pengetahuan anda semua, anda boleh menjadi rider sekiranya anda dapat dan perlu memenuhi kriteria-kriteria ini. Berikut dikongsikan dibawah merupakan langkah yang perlu dilakukan bagi pendaftaran grab food :
- Pertama sekali, sila pergi ke laman web rasmi Grab bagi pendaftaran grab food www.grab.com
- Pergi ke butang Grab Our Partner. Lihat tertera pilihan di bawah butang tersebut adalah Food Merchant, Grab Delivery Partner, Grab Driver dan Pay Merchant. Anda perlu pilih Grab Delivery Partner.
- Untuk laman seterusnya, di ruangan Full Name, masukkan nama penuh dan Butiran anda.
- Pada ruangan Phone, sila masukkan nombor telefon anda.
- Manakala ruangan City, masukkan bandar tempat tinggal anda sekarang.
- Untuk checkbox reCaptcha, sila tick sekali.
- Anda boleh tekan Submit.
- Tunggu pihak Grab akan menghubungi anda bagi pengesahan untuk membuat servis GrabExpress atau GrabFood. Anda boleh pilih Grabfood. Sebelum itu, SMS daripada pihak Grab akan anda terima dahulu iaitu yang mengandungi pin code enam digit. Enam digit tersebut perlu dimasukkan pada kotak yang keluar dari laman seterusnya daripada laman pertama.
- Sila cakna akan egala keperluan yang diperlukan oleh pihak Grab daripada anda perlu dilengkapkan segera dan diisi kesemuanya pada laman seterusnya, bermula daripada borang profil anda hinggalah ke borang bagi Maklumat Kenalan Kecemasan.
- Muat naik gambar profil anda pada laman seterusnya. Segala syarat perlu dipenuhi untuk bagi memenuhi kriteria gambar tersebut.
- Bagi segala terma yang perlu dipenuhi berkenaan diri anda untuk menjadi rider mestilah dibaca dan difahami pada laman yang seterusnya. Tick pernyataan jika anda memenuhi kiteria yang dinyatakan. Jika anda terima dan bersetuju dengan terma tersebut, klik butang yang terbawah.
- Akhir sekali,anda berjaya selesaikan pendaftaran anda sebagai rider Grabfood.
Berapakah Gaji Grab Food Rider
Untuk bayaran gaji grabfood rider iaitu diantara RM7-RM15, anda mampu diperolehi setiap pesanan dan ini juga bergantung jarak antara restoran/kedai dengan pelanggan dan waktu pesanan dibuat.
- Contoh: Katakan 10 pelanggan diperolehi dalam sehari. Jika dikira ikut purata, RM10 gaji untuk 1 pelanggan
Ini jelas bermaksud 10 pelanggan, RM100 income sudah berada di genggaman anda! Kalau anda cuma bekerja selama 20 hari sahaja, income gaji anda sudah RM2000!.
Lagi menarik untuk anda, lagi tinggi bayaran anda dapat jika pesanan itu dibuat pada waktu peak hour dan semakin jauh jarak kedai dengan pelanggan. Selain itu, terdapat juga insentif mingguan.
Bekerjalah Mencari Rezeki Yang Halal, Usaha Lebih Dapat Lebih
Melihatkan makluman daripada Grab sendiri jelas bahawa itu mampu untuk mendapat pendapatan yang besar jika usahanya juga adalah yang besar. Sepadan dengan usaha Anda Anda akan dibayar dengan nilai titik peluh seberapa banyak usaha anda yang melakukan. Gaji Rider Grab Ratus Ribu Mengejutkan Orang Ramai sememangnya di luar jangkaan namun tidak mustahil jika berusaha keras.