Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Pensyarah KPM, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan IPG Tahun 2022

Pengambilan Pensyarah KPM
Pengambilan Pensyarah KPM

Pengambilan Pensyarah KPM, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan IPG Tahun 2022 kini dibuka bermula pada 8 Februari sehingga 25 Februari 2022.

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) ketika ini mempelawa semua calon Warganegara Malaysia yang mempunyai status Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan) yang mempunyai kelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Institut Pendidikan Guru bagi tahun ini.

Sistem myMohon diwujudkan bagi membenarkan permohonan Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dilaksanakan secara atas talian.

Tatacara Permohonan Pengambilan Pensyarah KPM , Jurulatih Kokurikulum & Pegawai Pengurusan IPG 2022

Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan-PPP) Gred DG44/ DG48/ DG52

Calon bagi lantikan jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Berada dalam tahap kesihatan yang baik;
  4. Mempunyai bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau surcaj;
  6. Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  7. Bebas daripada disenarikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  8. Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG444 Hakiki / KUP;
  9. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
    – Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    – Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
    – Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  10. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua / Guru Besar)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Pengambilan Pensyarah KPM

Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jurulatih Kokurikulum Gred DG44

  1. Mempunyai kelayakan seperti di perenggan kelayakan bagi jawatan Pensyarah di atas.
  2. Kelayakan tambahan dalam bidang Kokurikulum
    – Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Kokurikulum.
    – Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepagawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan yang diperaku,
  3. Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum.

Pegawai Pengurusan Gred DG41/ 42/ 44 (KUP) 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Memiliki tahap kesihatan yang baik;
  4. Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-berturut (2019, 2020 dan 2021);
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
  6. Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  7. Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  8. Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki/ 42/ 44 KUP;
  9. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
    – Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    – Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
    – Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan Pengambilan Pensyarah KPM

SENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

  1. Bahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  2. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  3. Bahasa Perancis
  4. Bahasa Jepun
  5. Bahasa Korea
  6. Bahasa Arab
  7. Bahasa Tamil
  8. Bahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  9. Sains (Fizik)
  10. Sains (Kimia)
  11. Sains (Biologi)
  12. Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  13. Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  14. Pendidikan Jasmani
  15. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
  16. Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
  17. Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
  18. Matematik
  19. Kokurikulum
  20. Sejarah
  21. Pendidikan Moral
  22. Reka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
    • a) Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan)
    • b) Kejuruteraan Elektrikal
    • c) Kejuruteraan Awam
    • d) Pertanian
    • e) Teknologi Pemesinan
    • f) Teknologi Kimpalan
    • g) Hospitaliti
    • h) Kejuruteraan Elektronik
  23. Bahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)
  24. Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar)
  25. Pendidikan Seni Visual
  26. Bimbingan dan kaunseling
  27. Pegawai Pengurusan
  28. Ilmu Pendididikan

Cara Permohonan Pengambilan Pensyarah KPM

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Februari 2022: https://sgmy.moe.gov.my/myMohon/
  2. Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.
  3. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:
    – Resume terkini;
    – Kad Pengenalan;
    – Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
    – Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
    – Sijil-sijil Kokurikulum / Penglibatan NGO;
    – Sijil kelayakan Profesional (sekiranya ada);
    – Testimonial/ Pengesaham Kerja daripada majikan;
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:

    Unit Pengurusan Sumber Manusia
    Pejabat Pendaftar
    Institut Pendidikan Guru Malaysia
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
    63000 Cyberjaya, SELANGOR

  5. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
  6. Calon yang berjaya ditempatkan di IPGK perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.
  7. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah
    Kedoktoran (Ph.D).

Tarikh Tutup Permohonan 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 25 FEBRUARI 2022 JAM 5.00 PETANG

Semakan Status Temuduga SGMy Pengambilan Pensyarah KPM

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak menerusi Portal SGMy di pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon/ mulai 28 Mac 2022 (Isnin).

Urusan Temuduga Pengambilan Pensyarah KPM

  • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
  • Tarikh temuduga adalah mulai 4 hingga 30 April 2022
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh iklan
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengaraj JPN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.

Maklumat Lanjut Pengambilan Pensyarah KPM

Pengambilan Pensyarah KPM
Pengambilan Pensyarah KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan Pengambilan Pensyarah KPM:

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,
SELANGOR

No Telefon Pejabat Pengambilan Pensyarah KPM : 03-8312 6666/ 6644/ 6613

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pengambilan Pensyarah KPM dengan pendidikan dan isu semasa yang bermanfaat.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati