Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Beg Sekolah Berat Diselesaikan Dengan Tiga Langkah

3 LANGKAH PENYELESAIAN

Tiga Langkah Penyelesaian Isu Beg Sekolah Berat ini merupakan informasi terkini daripada Siaran Media YB Dr. Madzlee Malik, Menteri Pendidikan secara langsung sebentar tadi.

Terkini daripada YB Dr. Madzlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berkaitan isu Beg Sekolah melalui siaran medianya sebentar tadi berkaitan pendidikan. Antara salah satu yang diketengahkan ialah isu Beg Sekolah Berat. Menteri Pendidikan telah menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menyelesaikan isu ini menggunakan tiga langkah berikut.

Tiga Langkah Penyelesaian Isu Beg Sekolah Berat

Tiga Langkah Penyelesaian Isu Beg Sekolah Berat

Penyelesaian Isu Beg Sekolah

Berdasarkan Siaran Media YB Dr. Madzlee Malik bertarikh 28 Jun 2018, penyelesaian isu Beg Sekolah Berat akan menggunakan tiga langkah berikut:

  1. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk awal pembelajaran mulai tahun hadapan. Antaranya arahan perkara buku teks dikurangan dsb.
  2. Menggubal Garis panduan untuk tangani isu Beg Sekolah Berat. Terdapat kes pihak sekolah mewajibkan pembelian buku-buku tambahan akan dikaji.
  3. Kempen Kesedaran dan Hebahan Maklumat Berterusan.

Perkara ini diistilahkan sebagai hadiah buat murid dan ibu bapa menurut YB Dr. Madzlee Malik.

Beg Berat

Selain itu, Menteri Pendidikan juga menyentuh Isu Penyamaran sebagai Pegawai Pendidikan akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu Tiga Langkah Penyelesaian Isu Beg Sekolah  memberikan informasi terkini lagi sahih kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahan. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati