Negeri Pahang merupakan negeri terbesar semenanjung Malaysia. Tempat menarik Pahang 2024 menjanjikan pelbagai destinasi dan jenis tarikan pelancongan untuk diterokai. Dengan keluasan negeri Pahang, terdapat banyak tempat dan wajib kalau bercuti di sini 2-3 hari memang tidak cukup untuk anda terokai kesemua tempat menarik di negeri Pahang. Untuk anda yang belum pernah ke negeri Pahang, terdapat 5 senarai tempat menarik Pahang 2024 yang anda perlu ketahui.
Jika anda inginkan destinasi percutian mempunyai kepelbagaian tarikan seperti peranginan yang cantik, pulau yang indah, kawasan peranginan tinggi, resort tepi pantai ataupun di taman tema yang menyeronokkan, Negeri Pahang ada menawarkan yang terbaik!
Senarai Tempat Menarik Pahang 2024
Isi Kandungan
5 senarai tempat menarik Pahang 2024 yang disusun bertujuan untuk membantu anda membuat perancangan dan idea bercuti di negeri Pahang.
Cameron Highland
Cameron Highland merupakan kawasan peranginan di tanah tinggi yang terkenal dalam Malaysia. Destinasi percutian di Cameron Highland akan membuatkan percutian anda sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti dan kunjungi beberapa tempat menarik. Tarikan istimewa adalah menikmati strawberi, sayur dan buah yang segar. Suhu yang sejuk menjadikan suasana lebih tenteram dan romantik bagi pasangan berbulan madu.
Alamat :Cameron Highland, Pahang
Green View Garden
Green View Garden menyediakan pemandangan bunga-bunga yang cantik dan pastinya dapat menyejukkan mata anda dengan warna-warni bunga itu sendiri. Terdapat banyak jenis bunga seperti Lavender, Geranium dan banyak lagi. Adalah digalakkan anda untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam.
Ada juga disediakan buah-buahan yang boleh anda petik dan beli seperti strawberi dan anggur hijau. Jika anda suka haiwan seperti arnab dan itik boleh melawat disini juga.
Di Green View Garden juga menyediakan produk berasaskan tanaman mereka seperti ais krim strawberi dan beberapa pencuci mulut lain. Dengan kesegaran yang ada pasti menyelerakan saat menikmati ketika sejuk. Disana nanti anda juga perlu memastikan beberapa makanan adalah halal untuk dimakan.
Alamat : 609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010, Pahang
Bukit Fraser
Tempat menarik Pahang 2024 ini diberi jolokan nama ‘ The Little England of Malaysia’. Bukit Fraser merupakan kawasan yang sangt sesuai untuk mereka yang inginkan percutian dengan kawasan sejuk sehingga suhu cecah 17 darjah celsius. Mempunyai bangunan-bangunan Inggeris lama di sini semestinya membuatkan anda terasa seperti kembali ke zaman silam Inggeris. Bukit Fraser sangat menarik untuk anda menikmati pelbagai citarasa, landsckap dan lain-lain. Kemungkinan gambar telefon anda akan dipenuhi dengan gambar-gambar bangunan yang mengangumkan.
Alamat : Bukit Fraser, Raub, Pahang Destinasi peranginan tanah tinggi ( Sepanjang Tahun)
Bukit Tinggi
Tempat menarik Pahang 2024 yang menawarkan percutian sejuk dan aman adalah di Bukit Tinggi. Disana terdapat beberapa struktur bangunan yang berkonsepkan senibina Eropah lama (French countryside) dan perasaan anda apabila tiba di Bukit Tinggi akan berasa berada di kampung-kampung di Eropah. Ada juga tempat menarik yang anda boleh melawat seperti Japanese Village, Adventure Park dan Rabbit Farm.
Bukit Tinggi ini ia tidak jauh dari KL dan hanya susur keluar melalui lebuhraya. Selain itu, Bukit Tinggi sering menjadi tempat percutian hujung minggu warga kota. Banyaj pilihan penginapan di Bukit Tinggi yang selesa dan di antara penginapan popular di Bukit Tinggi adalah Berjaya Hill Golf dan Country Club, Colmar Tropical Bukit Tinggi Resort dan juga resort mewah seperti di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.
Alamat :Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Pantai Teluk Chempedak
Merupakan pantai terpopular di Malaysia, Pantai Teluk Cempedak merupakan pantai yang memberi anda rasa santai petang, Ia juga adalah tarkan kerana berdekatan dengan bandar utama Kuantan. Ada juga terdapat beberapa hotel dan penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Kuantan.
Untuk pengetahuan tempat menarik Pahang 2024, Pantai Teluk Chempedak ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda dan lebih kepada tempat bersiar-siar sahaja di waktu petang ataupun malam. Namun, disini ada menyediakan banyak perkara menarik dengan hidangan selera yang memuaskan.
Alamat : Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang
Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda mengenai tempat menarik Pahang 2024. Jom melawat pahang 2024!