Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hebahan Gerhana Bulan Penuh Hari Ini 8 November 2022

Gerhana Bulan Penuh
Gerhana Bulan Penuh

 Hebahan Gerhana Bulan Penuh Hari Ini 8 November 2022. Sukacita dimaklumkan fenomena gerhana bulan atau dikenali sebagai total lunar eclipse akan berlaku pada hari ini bersamaan 13 rabiul akhir tahun 1444 bertarikh 8 November 2022.

Khusus kepada umat Islam fenomena gerhana bulan ini punyai fadhilat atau kelebihan khusus dalam melakukan ibadah solat iaitu boleh menunaikan solat sunat gerhana bulan.

Bagi umat Islam jangan lepaskan peluang anda untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan. Anda boleh ikuti maklumat mengenai hebahan fenomena gerhana bulan di bawah.

 Hebahan Gerhana Bulan Penuh Hari Ini 8 November 2022

Apakah Itu Gerhana Bulan Penuh?

Gerhana Bulan Penuh ini dikenali central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku ketika cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang ada di tengah-tengah bayang umbra Bumi.

Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mana nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah.

Sejarah Gerhana Bulan Penuh di Malaysia

Tepat pada 08 November 2022, kita berpeluang menyaksikan peristiwa gerhana Bulan penuh yang mana kali terakhir dapat disaksikan di Malaysia pada 26 Mei 2021 yang lalu .

Gerhana Bulan itu nanti dijangka akan bermula dari jam 04:02 PM sehingga jam 09:56 PM .

FASA-FASA GERHANA :-
  • Permulaan fasa gerhana Penumbra: Bulan mula memasuki bayangan Penumbra Bumi (04:02 PM) .
  • Permulaan fasa gerhana separa : Bulan mula memasuki bayangan Umbra Bumi (05:09 PM .)
  • Permulaan fasa gerhana penuh : Bulan sepenuhnya memasuki bayangan Umbra Bumi .(06:16 PM ).
  • Kemuncak gerhana Bulan penuh : Bulan berada di kedudukan paling dalam kawasan bayangan Umbra Bumi ketika gerhana Bulan 08 November 2022 .(06:59 PM )
  • Fasa gerhana penuh berakhir : Bulan mula keluar dari bayangan Umbra Bumi .Bulan kembali memasuki bayangan Penumbra .( 07:41 PM )
  • Fasa Gerhana separa berakhir : Bulan sepenuhnya memasuki bayangan Penumbra semula .(08:49 PM )
  • Fasa Gerhana Penumbra berakhir : Bulan sepenuhnya keluar dari bayangan Penumbra bumi . Gerhana Bulan berakhir.(09:56 PM )

Jadi bagi keseluruhan fasa gerhana Bulan kali ini iaitu ketika Bulan mula memasuki bayangan Penumbra Bumi sehingga ia keluar dari bayangan tersebut berlangsung selama 05 jam 54 minit.

Di dalam tempoh tersebut , Bulan mengambil masa selama 03 jam 40 minit untuk melintasi bayangan Umbra Bumi manakala keseluruhan fasa gerhana penuh iaitu ketika Bulan sepenuhnya memasuki bayangan Umbra Bumi berlangsung sekitar 01 jam 25 minit sahaja.

Di Malaysia , kita kurang bernasib baik kerana tidak dapat menyaksikan keseluruhan fasa gerhana Bulan disebabkan ketika fasa awal gerhana, Bulan belum terbit di langit Malaysia.

Keseluruhan Sabah dan sebahagian besar Sarawak hanya boleh menyaksikan gerhana ketika Bulan sudah memasuki fasa gerhana separa yang menghampiri fasa gerhana penuh manakala penduduk di Semenanjung hanya boleh menyaksikan gerhana ketika Bulan sudah pun memasuki fasa gerhana penuh.

Kita semua boleh menyaksikan gerhana Bulan tersebut di lokasi masing – masing ketika Bulan terbit di ufuk timur langit bemula sekitar waktu Maghrib.

Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan 

Adalah dimaklumkan oleh pejabat agama diseluruh Malaysia mengenai solat sunat gerhana bulan yang boleh didirikan sejurus selesai solat maghrib.

Rakyat Malaysia boleh menunaikan solat sunat mengikut pengumuman oleh jabatan agama negeri masing-masing.

Mengikut bagi negeri Terengganu pula, arahan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan telah dikeluarkan:

Hebahan solat sunat gerhana bulan 2022

Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat sama seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Berikut dikongsikan adalah tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
  7. Iktidal
  8. Sujud dan membaca tasbih
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kembali
  11. Membaca tasyahud akhir
  12. Memberi salam

Nota: Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana seperti dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Semoga perkongsian ini memudahkan urusan para umat islam dan ayuh rebut peluang untuk mendapat fadhilat solat sunat gerhana bulan.

Serta telegram sistem guru online untuk dapatkan info didik yang rasmi dan bermanfaat: https://t.me/sistemguruonline

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati