Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai Guru/Pensyarah Cemerlang 2018

Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan
Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai Guru/Pensyarah Cemerlang 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan informasi berkaitan iklan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu berkaitan dengan urusan pemangkuan PPP sebagai Guru dan Pensyarah Cemerlang,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Gred DG44 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang Gred DG48 hingga ke Gred DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2018 bermula 16 April 2018 sehingga 18 Mei 2018.

Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul.

Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing. Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.

Berikut merupakan pemangkuan gred yang ditawarkan:

IKLAN GC PC 2018

Dapatkan “Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai Guru/Pensyarah Cemerlang 2018” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan ‘XLXS’

Download : 

  1. BORANG PERMOHONAN GCPC TAHUN 2018
  2. BORANG PERMOHONAN PC IPG TAHUN 2018
  3. IKLAN GC PC TAHUN 2018

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Borang ini perlu disediakan bersama dokumen yang lain iaitu seperti berikut:

  1. Borang Permohonan (BORANG CETAK) dan lampiran SUMBANGAN DAN INOVASI
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Surat Pelantikan Pertama Skim Perkhidmatan Pendidikan
  4. Salinan surat pengesahan jawatan
  5. Salinan surat kenaikan pangkat yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP)
  6. Salinan sijil kelulusan akademik
  7. Salinan sijil kelulusan ikhtisas
  8. Salinan kenyataan perkhidmatan terkini
  9. Salinan surat pemakluman pengisytiharan harta
  10. Jadual waktu mengajar (bagi tahun 2015, 2016, 2017 dan terkini)
  11. Salinan sijil, surat penghargaan dan lain-lain dokumen sokongan

Semoga perkongsian informasi pada kali ini iaitu Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai Guru/Pensyarah Cemerlang 2018 bermanfaat khususnya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang ingin memangku jawatan ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati