
SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah ialah salah satu sistem analisis terbaik yang pernah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dalam sistem pendidikan negara. SAPS ini berfungsi sebagai satu sistem khas untuk ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan sekolah rendah dan menengah.
Sistem Guru Online kali ini akan membantu ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan sekolah rendah yang kebanyakan sekolah, guru-gurunya sudah selesai memasukkan data melalui Login SAPSÂ guru.
Login SAPS Semakan Ibu Bapa
Sila tekan pada link login SAPS ibu bapa di bawah ini:
Login SAPS Semakan Ibu Bapa bagi Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah
Kepada semua ibu bapa, untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda, sila login seperti dalam gambar di bawah ini.

Berikut butiran yang diperlukan untuk anda menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda.
- No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir Anak
- Pilihan Sekolah Rendah
- Tahun Semasa
- Nombor Kod Pengesahan
Selepas anda memasukkan semua butiran dengan lengkap dan tepat, keputusan peperiksaan akan dipaparkan segera.
Keputusan yang dipaparkan ini boleh di cetak terus oleh ibu bapa. Kepada yang berjaya, admin ucapkan tahniah buat kedua ibu bapa dan anak. Semoga keputusan ini berjaya dikekalkan insyaAllah.
Bagi yang kurang bernasib baik, jangan jadikan ini sebagai titik pengakhiran bagi anak-anak anda sebaliknya bantu mereka untuk lebih cemerlang. Cuba duduk bersama guru-guru anak anda dan berbincang jika ada sebarang cara untuk membantu anak anda lebih cemerlang dan berjaya. Semoga keputusan pada peperiksaan seterusnya adalah lebih cemerlang lagi.
Soalan Peperiksaan dan Latihan
Kepada semua ibu bapa di luar sana, keputusan peperiksaan semasa bukanlah penanda aras untuk kemampuan anak-anak kita. Kadang-kadang kita lupa bahawa anak kita mempunyai bangkat dan kemampuan yang tersembunyi yang mungkin belum kita dapat lihat atau belum dapat di gilap lagi.
Sebagai ibu bapa yang benar-benar cakna kepada pendidikan anak-anak cubalah luangkan masa bersama-sama mereka sebentar untuk memantau pembelajaran mereka di sekolah.
Sebagai bantuan, Sistem Guru Online menyediakan pelbagai set soalan peperiksaan dan latihan yang mungkin sesuai dengan anak anda di rumah. Apa yang perlu anda buat ialah download, cetak, berikan kepada anak dan buat tutor sendiri dan bantu anak anda belajar pada waktu petang atau malam.
Berikut link download.