SAPS IbuBapa Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah

SAPS IbuBapa Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah
SAPS IbuBapa Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah


SAPS IbuBapa merupakan satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan negara pada era teknologi kini. Jika dulu murid-murid perlu membawa buku rekod pencapaian akademik berbentuk buku balik kerumah untuk di tanda tangani oleh ibubapa, namun kini berbeza. Dengan adanya SAPS IbuBapa ini semuanya dihujung jari.

SAPS IbuBapa berfungsi secara atas talian membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak walaupun sibuk bekerja mencari rezeki. Ianya sangat efektif dan memudahkan semua pihak termasuk pihak sekolah kerana dikatakan beban tugas guru telah bertambah.

Sebelum ini Sistem Guru Online telah berkongsi cara login bagi ibubapa yang mempunyai anak di sekolah rendah. Kali ini kami ingin berkongsi cara untuk login ke SAPS IbuBapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah menengah pula.

Login SAPS IbuBapa Bagi Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah

Khas buat semua ibubapa yang mempunyai anak di sekolah menengah, sila login ke SAPS Semakan IbuBapa seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang berada di bawah ini.

saps semakan ibu bapa keputusan peperiksaan sekolah rendah
saps semakan ibu bapa keputusan peperiksaan sekolah rendah

Di sini, anda perlu memasukkan data seperti yang disenarikan dibawah.

  • No. Kad Pengenalan Anak
  • Pilihan Sekolah Menengah
  • Tahun Terkini
  • Nombor Kod Pengesahan yang diberikan

Login SAPS IbuBapa

Untuk login, ibubapa perlu tekan pada bahagian link login ke saps ibubapa ini.

Login Ini Khas Untuk Ibubapa

Keputusan yang dipaparkan ini boleh di cetak terus oleh ibubapa menggunakan mesin pencetak.

Adat peperiksaan jika ada yang kedudukan pertama maka ada yang kedudukan terakhir. Apa sahaja keputusan yang diperoleh pastikan ianya menjadi batu loncatan untuk kejayaan pada masa hadapan.

Nota & Latihan Peperiksaan

Disini admin ingin mengambil kesempatan untuk membantu para ibubapa sekalian untuk menyediakan bahan pembelajaran terbaik buat anak-anak kita disekolah menengah. Bagi yang menduduki PT3 atau tingkatan 1 dan 2 mungkin nota padat  dan latihan setiap subjek ini membantu mereka lebih memahami apa yang mereka pelajari.

Kepada ibubapa yang anak mereka bakal menduduki SPM sama ada yang tingkatan 4 atau 5 bersedialah dari sekarang kerana mengikut Kalendar Peperiksaan 2017, SPM juga tidak lama akan datang. Download segera bahan seperti nota padat SPM setiap subjek dan pelbagai latihan dan soalan peperiksaan SPM untuk dijadikan latih tubi berguna nanti.

Sistem Guru Online berharap segala perkongsian ini dapat membantu anda semua lebih berjaya. Terima kasih.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum