Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

saps
Dapatkan Keputusan Peperiksaan di SAPS Ibubapa

SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah secara atas talian ini.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

1. SAPS Online Khas Login Guru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Guru boleh dicapai melalui Portal NKRA :

Login SAPS Guru

2. SAPS Online Khas Login Ibu bapa

SAPS Ibubapa boleh dicapai melalui Portal NKRA :

Login SAPS Ibubapa

KLIK DI SINI untuk ke Portal Rasmi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Proses Kerja SAPS

1) Guru data HEM / PK HEM mendaftar Guru Kelas dalam sistem APDM.

2) Guru Kelas mengemaskini data murid dalam APDM.

3) Para guru mendaftar ID (login) masing-masing. Proses ini boleh dilakukan oleh guru secara individu atau juga boleh juga dibuat oleh SUP sahaja.

4) SUP membuat proses daftar guru menggunakan MENU ADMIN – GURU–TAMBAH GURU.

5) SUP mengimport data murid daripada APDM ke dalam SAPS dengan menggunakan butang Import Data Murid. SAPS akan mengambil data asas iaitu Nombor Kad Pengenalan, Nombor Surat Beranak, Nama, Jantina, Kaum, Agama, Kelas dan butiran Guru Kelas daripada APDM.

6) SUP mendaftar Pengetua/Guru Besar menggunakan MENU ADMIN-GURU-DAFTAR PENGETUA/GURU BESAR.

7) Guru mata pelajaran mendaftar mata pelajaran masing-masing menggunakan kemudahan MENU GURU MP-DAFTAR MP. Sila pastikan bilangan murid daftar adalah menyamai bilangan murid yang terkini. Jika bilangan murid daftar tidak menyamai bilangan murid sebenar, status pengisian markah peperiksaan akan menjadi tidak lengkap serta tidak boleh disahkan.

8) Guru mata pelajaran memasukkan markah dalam tempoh yang telah ditetapkan (sebelum tarikh tutup setiap kali peperiksaan). Semua murid perlu mempunyai markah. Catatkan TH bagi murid yang tidak hadir.

9) SUP menyemak status pengisian markah menggunakan MENU ADMIN – SEMAKAN -SEMAK KEY-IN MARKAH. Semakan perlu dibuat dengan kerap supaya prosedur seterusnya dapat dijalankan dengan segera. Laporkan status pengisian kepada pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Pengetua/Guru Besar juga boleh menyemak status pengisian markah menggunakan ID Pengetua atau Guru Besar.

10) SUP mengesahkan data bagi setiap aliran (tingkatan/darjah) sebaik sahaja guru mata pelajaran lengkap mengisi markah. Jika tidak lengkap seperti markah seorang murid tidak diisi atau bilangan daftar murid mata pelajaran tidak menyamai bilangan murid dalam kelas, pengesahan tidak akan dapat dibuat.

11) SUP mencetak lampiran pengesahan markah oleh pihak sekolah dan difailkan.

12) Guru Kelas mencetak slip peperiksaan kelas masing-masing untuk diberikan kepada murid/ibu bapa dan penjaga.

13) SUP melakukan tindakan proses markah dengan cara klik pada butang MENU ADMIN – PENGESAHAN MARKAH – PROSES MARKAH PEPERIKSAAN. Sila pastikan proses ini dijalankan. Jika tidak, laporan analisis dan slip pelajar tidak akan dijana. Sistem hanya akan benarkan data yang telah disahkan sahaja untuk diproses. Pengisian markah yang tidak lengkap atau belum disahkan SUP tidak akan diproses.

14) SUP mencetak laporan analisis peperiksaan dan difailkan. SUP perlu laporkan pencapaian semasa kepada pentadbir sekolah.

15) Pengetua/Guru Besar perlu pastikan dapatan disebarluas kepada semua panitia dan guru. Kendalikan sesi post mortem untuk mengenal pasti kelemahan murid dan langkah penambahbaikan yang boleh dibuat.

Untuk Setiausaha Peperiksaan yang Baru Dilantik dan Belum Mempunyai ID SAPS

  • Anda perlu mendaftar ID sebagai SUP terlebih dahulu.
  • Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my dengan cara klik pada butang DAFTAR SU PEPERIKSAAN.
  • Sila isikan maklumat anda dengan lengkap.

Masalah Tidak Boleh Menggunakan SAPS. Komputer Memaparkan Ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA

  • Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login
  • Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai meja SAPS PPD /JPN.

Untuk Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) yang Terlupa Login 

  • Mohon bantuan pegawai meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyemak login anda.

Untuk SUP yang Terlupa Kata Laluan

  • Mohon bantuan pegawai meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk RESET kata laluan anda.
  • Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Belum Mempunyai ID SAPS

  • Maklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) anda untuk mendaftarkan anda dalam senarai pengguna sekolah anda.
  • Kemudian, anda perlu mendaftar ID dan kata laluan terlebih dahulu. Kemudahan untuk mendaftar ID ada disediakan di laman utama SAPS di alamat http://sapsnkra.moe.gov.my.
  • Anda perlu klik pada butang DAFTAR ID GURU. Sila isikan maklumat anda dengan lengkap.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Tidak Boleh Menggunakan SAPS

  • Komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”.
  • Berkemungkinan besar anda belum mempunyai ID guru yang sah, tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login.
  • Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan SUP sekolah anda.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Saya Terlupa Login

  • Mohon dapatkan login anda daripada SUP.

Untuk Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang Saya Terlupa Kata Laluan

  • Mohon SUP sekolah anda untuk RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.
  • Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.

Untuk SUP yang Mendapati Butiran Murid dalam SAPS Tidak Sama dengan APDM

  • Padam murid tersebut daripada senarai nama murid.
  • Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu.

Untuk Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang mana terdapat nama murid yang berulang dalam senarai nama SAPS-APDM perlu membuat semakan melalui menu IMPORT DATA APDM – SENARAI MURID SAPS & APDM

  • Ia disebabkan APDM telah diubah.
  • Kebiasaannya kes seperti ini berlaku apabila nombor Kad Pengenalan murid diubah atau disebabkan oleh murid berpindah kelas.
  • Anda perlu padam nama murid yang berulang tersebut daripada senarai nama murid. Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu.

Pengumuman Terkini daripada SAPS

cats

Muat Turun Dokumen yang Berkaitan dengan SAPS KPM

PERKARA

MUAT
TURUN

SURAT SIARAN

586abf73b6fc1117b60b2754 

MANUAL SAPS GURU KELAS

586abf73b6fc1117b60b2754

MANUAL SAPS GURU MATA PELAJARAN

586abf73b6fc1117b60b2754 

MANUAL SAPS SUP

586abf73b6fc1117b60b2754

GRED SEKOLAH UNTUK SR, SMR, DAN
SMA

586abf73b6fc1117b60b2754 

SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN
APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

586abf73b6fc1117b60b2754 

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN
SEKOLAH 2016

586abf73b6fc1117b60b2754 

SOP PENGISIAN TOV BI PEMAHAMAN
DAN PENULISAN SR 2016

586abf73b6fc1117b60b2754 

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2019 new icon gif 17

586abf73b6fc1117b60b2754 

Sistem Penggreddan – SAPS KPM

GRED SEKOLAH RENDAH

(TAHUN 1 – 6)

SKOR/MARKAH

GRED

KRITERIA

80-100

A

Cemerlang

65-79

B

Baik

50-64

C

Memuaskan

40-49

D

Mencapai
Tahap Minimum

0-39

E

Belum
Mencapai Tahap Minimum

TH

 

Tidak Hadir

GRED SEKOLAH MENENGAH RENDAH

(TINGKATAN 1 – 3)

SKOR/MARKAH

GRED

KRITERIA

85-100

A

Cemerlang

70-84

B

Kepujian

60-69

C

Baik

50-59

D

Memuaskan

40-49

E

Mencapai
Tahap Minimum

0-39

F

Belum
Mencapai Tahap Minimum

TH

 

Tidak Hadir

GRED SEKOLAH MENENGAH ATAS

(TINGKATAN 4 – 5)

SKOR/MARKAH

GRED

KRITERIA

90-100

A+

Cemerlang
Tertinggi

80-89

A

Cemerlang
Tinggi

70-79

A-

Cemerlang

65-69

B+

Kepujian
Tertinggi

60-64

B

Kepujian
Tinggi

55-59

C+

Kepujian Atas

50-54

C

Kepujian

45-49

D

Lulus Atas

40-44

E

Lulus

0-39

G

Gagal

TH

 

Tidak Hadir

 

Perkongsian dari JPN negeri Sarawak

Langkah - langkah untuk Login SAPS mulai 30 jun 2018

  1. Masukkan ID Pengguna lama anda.
  2. Masukkan kata laluan sementara sekolah anda. (rujuk pegawai ppd anda)
  3. Masukkan kod pengesahan.
  4. Klik butang login
  5. Masukkan kod kata laluan yang baru.
  6. Sistem akan maklumkan penetapan kata laluan anda berjaya dan anda perlu login semula guna kata laluan yang baru.

Cara Untuk Menyemak Keputusan Peperiksaan Terkini Guna SAPS

Semoga membantu.

Tarikh Penting Pengisian Markah ke dalam SAPS 2018

  • Minta perhatiaan kepada semua guru dan ibubapa, peperiksaan akhir tahun sudah hampir tiba dan diharap semua ibubapa persiapkan anak-anak untuk menghadapi peperiksaan. Kepada para guru, pastikan data murid semua telah dikemaskini didalam APDM dan jangan lupa untuk terus sentiasa update mengenai info baru SAPS di sini.

Cara Guna SAPS

  • Guru

    1. Pergi ke website SAPS yang utama
    2. Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
    3. Masukkan ID Pengguna
    4. Masukkan kata laluan
    5. Klik log in dan halaman seterusnya akan dipaparkan
  • Ibu Bapa

    1. Pergi ke website SAPS
    2. Pilih semakan ibu bapa
    3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
    4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
    5. Pilih tahun, jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
    7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
    8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

Bantuan Mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Setiap sistem yang di lancarkan oleh Kementerian Peperiksaan Biasanya mempunyai bantuan khas. Terutama jika mempunyai pengguna seperti kita terutama para guru menghadapi masalah.

Secara mudahnya, jika anda mempunyai masalah untuk memahami singkatan yang digunakan didalam sistem ini berikut admin SGO kongsikan dari laman rasmi sistem analisis peperiksaan sekolah nkra mengenai senarai singkatan dan maksudnya.

  • SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • SUP Setiausaha Peperiksaan
  • GMP Guru Matapelajaran
  • GK Guru Kelas
  • KP Kad Pengenalan
  • APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
  • JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Baiklah, jika anda mempunyai sebarang masalah teknikal atau ingin bertanya sesuatu maka boleh hubungi atau dapatkan bantuan seperti berikut.

PENGGUNA

PEGAWAI
MEJA BANTUAN

CARA
MENDAPATKAN BANTUAN

Guru
MP/Guru Kelas/ Pengetua/Guru Besar

SUP
SAPS Sekolah

Hubungi
SUP SAPS sekolah anda

Setiausaha
Peperiksaan Sekolah (SUP)

Pegawai
Unit ICT/ SPA di PPD

Login
ke SAPS dan dapatkan nombor talian yang diperlukan

Pegawai
SAPS PPD dan JPN

Pegawai
Unit ICT/SPA di BPSH, KPM

Login
ke SAPS dan dapatkan nombor talian yang diperlukan atau mengisi borang aduan.

Kepentingan SAPS Ibu Bapa Kepada Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui sistem ini boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN, dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sistem analisis atas talian ini juga boleh bertindak sebagai “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV(Take of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Apa yang ingin kami kongsikan ini ialah kami mahu semua orang tahu terutamanya ibubapa di luar sana bahawa sistem SAPS Ibubapa yang dibangunkan oleh KPM ini sebenarnya satu sistem yang sangat bagus. Kenapa tidak? Ianya berikan begitu banyak kelebihan seperti yang dinyatakan diatas.

Paling penting sekali ialah, dengan adanya sistem ini, ianya memudahkan ibubapa untuk mengetahui pencapaian anak-anak mereka di dalam peperiksaan. Dengan data yang begitu details di dalam Slip Peperiksaan, ibubapa boleh tahu kedudukan anak mereka di dalam kelas, kedudukan di dalam darjah, berapa gred setiap subjek dan sebagainya lagi. Jadi, ianya benar-benar bermanfaat kepada masyarakat dan sangat berbaloi untuk dibangunkan lebih hebat lagi dan atasi segala masalah atau kekurangan yang ada di dalam sistem ini.

Masalah dan Kekurangan SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Seperti yang kita tahu terdapat beberapa masalah atau kekurangan yang dihadapi sejak pelaksanaan dan kewujudan website SAPS ibubapa ini. Masalah ini jika diteliti sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori masalah. Ianya adalah masalah sistem, ibubapa, dan guru.

Masalah Sistem SAPS

  1.  Keselamatan Data di Dalam Website

Pada pada 10 Jun 2018 masyarakat di Malaysia telah di gemparkan dengan 1 berita yang sangat mengejutkan dimana website SAPS ini terpaksa ditutup gara-gara mungkin di “hack” oleh seseorang/kumpulan yang ingin mendapatkan data (ini spekulasi sahaja, sebenarnya ianya dikatakan berlaku kebocoran maklumat). Berita ini bukan sekadar khabar angin kerana banyak media yang telah melaporkan perkara yang sama iaitu berlaku kebocoran maklumat dari sistem ini.

Tindakan drastik KPM untuk menutup terus website ini dari di akses oleh ibubapa dan para guru sebenarnya bukan jalan penyelesaian terbaik tetapi ianya satu jalan yang perlu diambil untuk memastikan pihak berwajib dapat menilai kembali sistem keselamatan pada website tersebut. Selain itu, ianya turut memberikan ruang kepada KPM untuk mencari jawapan bagaimana perkara serius ini boleh berlaku dan kenapa ianya berlaku.

Pasti banyak pihak tidak menyangka perkara ini akan berlaku dan ada pihak yang mahu membocorkan maklumat dari website kerajaan ini. Oleh kerana ianya dipandang begitu serius oleh kerajaan, maka tindakan pantas menutup website SAPS ini patut dipuji. Namun begitu selepas beberapa ketika, SAPS kini sudah kembali beroperasi dan ianya sesuatu yang bagus.

2. Masalah Server Down dan Tidak Boleh Akses

Selain masalah keselamatan, rasanya ramai guru dan ibubapa sudah sedia maklum dengan 1 kelemahan website kerajaan ini ialah masalah server down dan tidak boleh akses. Alasan yang diberikan setiap kali perkara ini berlaku ialah :

  • Server sedia ada tidak mampu menampung trafik yang tinggi
  • Kemasukan traffik pada 1 masa yang terlalu ramai

Jika anda lihat balik, isu ini senang sahaja untuk diselesaikan iaitu kalau server sedia ada tidak mampu untuk tampung jumlah guru dan ibubapa yang online, sila naik taraf server yang lebih besar dan laju. Setuju? Soalannya, kenapa begitu sukar masalah ini untuk diselesaikan? Malah ianya bukan berlaku pada website SAPS sahaja tetapi berlaku juga kepada website kerajaan lain.

Sebagai kerajaan, sepatutnya isu masalah server ini bukan masalah besar kerana semuanya melibatkan duit yang kecil. Harga server yang kuat dan laju bukan mencapai sehingga berbillion ringgit, malah ada banyak website-website di Malaysia seperti websit berita yang mempunyai traffik yang tinggi tetapi masih tetap beroperasi secara normal dan tidak memberikan masaah kepada pengguna. Jadi apa masalah sebenarnya sehingga tidak dapat naik taraf server website ini? Atau adakah ada sesuatu yang kami terlepas pandang?

Masalah Kepada Guru

  1. Buat Kerja Sama Isi Markah Murid

Kerja sama berulag kali yang perlu dibuat. Untuk pengetahuan pihak pengurusan atau terbabit, guru bukan sahaja mengajar di sekolah dan setiap hari ada buku-buku yang perlu ditanda. Ya, itu normal dan menyeronokkan kerana dari situ para guru akan dapat tahu tahap kefahaman murid-murid mereka.

Namun, adanya sistem analisis ini menyebabkan banyak perkara menjadi sukar dan tidak menyeronokkan. Mari kami terangkan dengan lebih details. Berikut disenaraikan tugas guru semasa musim peperiksaan.

Menanda kertas peperiksaan. Jumlah yang sangat banyak perlu ditanda dalam masa yang singkat. Cuba bayang jika sebuah kelas ada 35 orang murid, ada 2 kertas untuk ditanda iaitu kertas 1 dan kertas 2. Bermaksud ada 70 kertas perlu ditanda. Setiap kertas pula mungkin ada lebih kurang 50 soalan bermaksud ada 3500 soalan perlu ditanda untuk satu kelas. Ya, itu baru 1 kelas dan biasanya cikgu akan mengajar dalam 3-6 kelas. So, ada dalam 10,000 soalan mungkin yang perlu ditanda.

Adakah menanda kertas peperiksaan menjadi masalha? Tidak! Ianya memenatkan tetapi itu salah satu cara yang bagus untuk mengukur tahap pencapaian murid. Apa yang menjadi sedikit masalahnya ialah tugas selepas siap menanda.

Pertamanya para guru perlu mencatatkan markah-markah murid di dalam rekod peribadi (kertas kosong/ada nama murid) untuk memudahkan urusan memasukkan markah. Ini satu urusan yang agak mengambil masa tetapi masih boleh diterima.

Kemudian, para guru perlu mengisi atau memasukkan data kedalam sistem offline iaitu untuk PBS. Ianya satu set pentaksiran perkembangan murid secara berterusan. Agak penat untuk mentaksir setiap item yang disenaraikan dan ianya memang perlu dibuat. Kemudian para guru akan cetak dan simpan di dalam simpanan guru secara peribadi.

Untuk yang lebih mencabar ialah para guru perlu memasukkan keputusan murid kedalam sistem online iaitu SAPS ini. Kenapa kami katakan ianya mencabar? Kerana sistem ini mempunyai masa sistem dibuka dan ditutup. Semasa ianya sudah dibuka, maka para guru perlu dengan pantasnya memasukkan markah-markah murid untuk disimpan secara online. Seperti yang dinyatakan, masalah server yang sangat kritikal menyebabkan para guru mengeluh.

Cuba bayangkan, anda perlu berusaha dan mencuba banyak kali hanya untuk log masuk kedalam sistem. Ya, ini pengalaman kami para guru yang berada dalam lingkungan kawasan mempunyai internet yang laju. Jadi kami tidak tahu bagaimana penderitaan atau cabaran yang dilalui oleh para guru dipedalaman sana yang mempunyai masalah internet.

Usaha memasukkan data kedalam sistem ini sangat mencabar pula ketika server bermasalah. Pernah satu masa, apabila markah sudah siap dimasukkan dan apabila kita mahu simpan (save) tiba-tiba didapati segala markah yang telah kita bersusah payah masukkan tadi hilang begitu sahaja. Sebab itu, jika anda dengar ada para guru yang bangun awal pagi atau tidak tidur malam semata-mata untuk memasukkan markah murid maka kami cadangkan anda perlu percaya cerita tersebut.

Jadi, dapat disimpulkan disini. Kerja memasukkan markah murid kedalam SAPS dilihat agak cerewet dan menjadi usaha beberpa kali. Perkara sama perlu dibuat secara berulang kali. Bukankah lebih baik jika hanya sistem SAPS atau kaedah simpanan data PBS sahaja dibuat pada satu-satu masa.

Masalah Kepada Ibubapa

  1. Jauhnya Peluang Ibubapa Bersua Muka dengan Guru

Terkadang kita menyangka sistem online ini terlalu bagus dan mungkin terlupa nilai-nilai lain yang ada. Sistem SAPS yang wujud ini memang menyenangkan ibubapa untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka dan ianya sebenarnya telalu mudah. Mudah sehingga menyebabkan hubungan antara guru dan ibubapa mungkin ada yang menjadi jauh.

Jika sebelum ini para ibubapa pelru berjumpa dengan guru dahulu untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak, namun sekarang mereka dapat cetak sahaja dirumah keputusan peperiksaan anak mereka. Ini secara tidak langsung mengurangkan lagi peluang untuk ibubap berjumpa dan bertukar pendapat mengenai pendidikan anak-anak. Ianya satu cabaran yang mungkin perlu kita perhalusi lagi.

Cadangan Penambahbaikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ke Arah Lebih Baik

Setiap masalah dan cabaran adalah perkara normal dalam setiap perkara. Terutama jika ianya perkara baru dan masih dalam proses pembangunan. Oleh itu, kita anggap sahaja masalah yang dihadapi sekarang adalah perkara untuk menjadikan kita lebih hebat dan kuat. Ya, masalah itu adalah untuk kita tempuhi dan hadapi!

Penambahbaikan SAPS GURU

  1. Data SAPS Untuk Semua Sistem dan Urusan

Cadangan pertama ialah kami mencadangkan agar tiada lagi perekodan dan kemasukan markah yang perlu dibuat selain dari penggunaan SAPS sahaja. SAPS dilihat satu sistem yang sangat hebat dan mampu mengambil alih semua jenis sistem perekodan untuk peperiksaan sekolah.

Oleh itu diharap pihak KPM dapat usahakan sesuatu untuk merialisasikan impian ini menjadi kenyataan. Ini benar-benar menyadikan kerja guru lebih mudah dan teratur. Tiada lagi sistem fail diperlukan untuk merekodkan perkembangan murid dan kami juga maksudkan sekali mengenai PBS. Ya, semua jenis perekodan pemarkahan murid termasuk PAJSK semua disimpan di dalam SAPS. Jadikan sistem analisis peperiksaan ini sebagai satu tempat yang utama untuk rekodkan pencapaian murid.

2. Ciri-ciri Keselamatan Website Perlu ditingkatkan Untuk Mengelakkan Kebocoran Data

Ya, kita tidak mahu perkara sama berulang lagi. Cukup sekali dan ianya perlu menjadi pengajaran yang bermakna buat semua pihak agar tidak memandang rendah kepada isu ini. Isu keselamatan data perlu dilihat sebagai isu utama dan pihak kerajaan sepatutnya melihat isu ini dengan sangat serius.

Mungkin ramai yang menganggap isu ini isu kecil sahaja tetapi percaya atau tidak kita tidak mahu isu kebocoran maklumat ini boleh membawa kepada jenayah siber, dan pelbagai perkara buruk lagi yang boleh dibuat menggunakan data yang dicuri ini. Jadi, cegah lebih baik dari mengubati.

3. Masa Pengisian Markah Yang Lebih Lama

Pihak KPM rasanya sudah tahu bahawa tarikh peperiksaan di sekolah adalah tidak sama mengikut pihak pengurusan sekolah. Sebagai contohnya ada sekolah yang telah menduduki peperiksaan dan ada uga yang peperiksaan mereka akan berlandsung pada 2 minggu lagi. Jadi masa yang terhad ini sepatutnya dilihat begitu kritikal jika masa untuk sistem ini dibuka sekejap sahaja. Para guru perlu masa untuk menanda kertas dan mengisinya.

Jika sistem ini sentiasa dibuka untuk para guru juga sesuatu yang bagus. Ianya tidak memberikan tekanan untuk guru. Guru pula perlu tahu, selepas sahaja siap menanda kertas peperiksaan murid, tugas guru ialah untuk terus memasukkan data kedalam sistem. Tiada tekanan dan kerja berjalan dengan lancar.

4. Tukar atau Tingkatkan Kualiti Server

Tidak dinafikan SAPS untuk guru ini benar-benar bagus dan kami perlu akuinya. Namun, seperti yang dinyatakan diawal perbincangan tadi isu server ini benar-benar pelru diselesaikan dengan kadar segera. Harga server yang benar-benar berkualiti, selamat dan laju bukan terlalu tinggi dan kami yakin pihak KPM mampu membiayainya.

Oleh sebab itu, penambahbaikan kualiti server dilihat sesuatu yang sangat bagus. Bukan untuk kesenangan guru sahaja, tetapi untuk memastikan segala pengurusan dan keselamatan sistem terjamin. Jadi sekali lagi, harap KPM dapat melihat isu ini dengan serius.

Penambahbaikan SAPS IBU BAPA

  1. War-warkan Tarikh Keputusan Peperiksaan Sekolah

Ada 1 isu yang mungkin ramai terlepas pandang dan mungkin kami sendiri terlepas pandang tentang bagaimana proses pemberitahuan kepada ibubapa untuk mereka mula akses sistem ini bagi melihat keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Ianya menjadi agak leceh jika mereka perlu sentiasa login ke sistem tetapi keputusan peperiksaan masih belum ada.

Sebagai penambahbaikan, mungkin apa yang perlu dibuat hanyalah cari satu penyelesaian bagaimana untuk memastikan semua ibubapa mendapat maklum bahawa keputusan peperiksaan sudah boleh didapati dari website SAPS. Jika sekadar menulisnya di website semata-mata rasanya ianya bukan penyelesaian yang terbaik. Ianya perlu lebih meluas lagi dan jadikan ianya perkara yang besar seperti war-warkan melalui media massa seperti di dalam televisyen.

SAPS Satu Sistem Peperiksaan Hebat

Sebagai penutup, kami berharap sangat agar pihak KPM menjadikan website SAPS ini sebagai 1 website yang lebih hebat dan menjadi kebanggan sistem pendidikan negara. Sekali lagi, teruskan menaik taraf website SAPS Ibubapa ini agar menjadi sistem keputusan peperiksaan yang terbaik di dunia.

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleLokasi Menarik Musim Bunga di Korea bagi Tahun 2017
Next articleArkib SAPS KPM Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
login-sapsWebsite SGO memaparkan perkongsian SAPS ibubapa dan SAPS guru yang terbaik. Pada setiap data yang dikongsikan ini ada update terbaru yang perlu dilihat oleh para guru dan ibubapa. Semoga ianya dapat membantu ibubapa dan para guru dalam melihat keputusan peperiksaan secara online.