Bermula dari Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memperkenalkan eSijil MUET untuk menggantikan sijil cetakan kertas. Kini, calon tidak perlu lagi menunggu sijil fizikal dihantar, sebaliknya boleh memuat turun eSijil MUET secara dalam talian melalui portal rasmi MPM. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan langkah-langkah memuat turun eSijil MUET dan juga menjawab beberapa soalan lazim (FAQs) berkaitan ujian MUET.
Pewartaan eSijil MUET Secara Online
Isi Kandungan
- 1 Pewartaan eSijil MUET Secara Online
- 2 Cara Download eSijil MUET
- 3 Soalan Lazim Berkenaan eSijil MUET
- 4 Siapakah yang perlu menduduki MUET?
- 5 Berapa kali MUET dijalankan setiap tahun?
- 6 Apakah syarat untuk menduduki MUET?
- 7 Apakah format ujian MUET?
- 8 Berapakah yuran untuk menduduki MUET?
- 9 Bagaimana untuk menyemak keputusan MUET?
- 10 Bolehkah keputusan MUET dipinda atau dirayu?
Penggunaan eSijil MUET mula dikuatkuasakan pada Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024. Dengan ini, calon boleh memuat turun sijil mereka secara terus dari laman web rasmi MPM di pautan https://www.mpm.edu.my. Pewartaan ini juga melibatkan semua calon MUET termasuk yang menduduki MUET on Demand (MoD) dan MUET Express (MeX).
Sistem eSijil ini memberi kemudahan kepada calon kerana sijil boleh dimuat turun bila-bila masa tanpa perlu menunggu pengiriman sijil fizikal.
Cara Download eSijil MUET
Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun eSijil MUET:
- Layari portal rasmi MPM di pautan https://sijil.mpm.edu.my.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang “Submit.”
- Paparan keputusan MUET anda akan muncul di skrin.
- Anda boleh memuat turun sijil dalam format PDF atau terus mencetak sebagai salinan fizikal.
Sistem ini memastikan proses lebih pantas dan mudah, serta calon tidak perlu risau tentang sijil hilang atau rosak.
Soalan Lazim Berkenaan eSijil MUET
Beikut adalah merupakan soalan lazim berkenaan MUET yang anda boleh tahu:
Siapakah yang perlu menduduki MUET?
Semua calon yang ingin melanjutkan pengajian ijazah pertama di institusi pengajian tinggi Malaysia.
Berapa kali MUET dijalankan setiap tahun?
MUET dijalankan tiga kali setahun, pada bulan Mac, Julai, dan November.
Apakah syarat untuk menduduki MUET?
Tiada syarat khusus dikenakan. Semua yang berminat boleh menduduki ujian ini.
Apakah format ujian MUET?
Ujian ini terdiri daripada empat komponen: Listening, Speaking, Reading, dan Writing.
Berapakah yuran untuk menduduki MUET?
Yuran MUET adalah sebanyak RM100.00.
Bagaimana untuk menyemak keputusan MUET?
Keputusan boleh disemak melalui portal MPM atau melalui SMS dengan menaip MUET RESULT dan menghantarnya ke 15888.
Bolehkah keputusan MUET dipinda atau dirayu?
Ya, calon boleh membuat rayuan semak semula keputusan dengan bayaran RM70.00.
Dengan adanya sistem eSijil MUET, calon kini dapat memperoleh sijil dengan lebih mudah dan cepat, mengurangkan kebergantungan kepada salinan fizikal. Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut mengenai eSijil atau proses MUET, sila rujuk laman web rasmi MPM.