Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Bayaran STR 2024 Serta Kategori Penerima STR 2024

Jadual Bayaran STR 2024 Serta Kategori Penerima STR 2024

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlu mengetahui jadual bayaran STR 2024 bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda.

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan ke dalam akaun penerima bermula 29 Januari 2024 melalui jadual bayaran STR 2024.

Pemberian STR ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus mendapat bantuan selayaknya.

Bagi data terkini, dicatatkan sebanyak 8.2 juta individu yang layak telah mendaftar untuk STR 2024.

Bagaimanapun, angka ini akan meningkat kepada hampir 9 juta untuk tahun 2024 ini dengan mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka untuk sepanjang tahun, berbanding sekali setahun pada tahun 2023.

Berkenaan Jadual Bayaran STR 2024

Apakah Bantuan STR 2024?

image 45
Jadual Bayaran STR 2024 Serta Kategori Penerima STR 2024 5

Bantuan STR 2024 adalah merupakan bantuan kewangan oleh kerjaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan dari golongan B40.

Untuk tahun 2024, kerajaan bersetuju untuk menaikkan peruntukan STR sebanyak RM2 billion pada tahun 2024 dan menjadikan ia peruntukan RM10 billion sepanjang tahun 2024.

Jadual Bagi Bayaran STR Fasa 1 2024

Bermula pada hari Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 bagi penerima yang didaftarkan dalam pangkalan data LHDN STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan kategori STR masing-masing.

image 44

Untuk makluman, penerima STR 2024 Fasa 1 adalah merujuk kepada permohonan STR 2024 yang telah diterima dan berstatus Lulus. Jadual dan tarikh STR Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Menteri Kewangan.

Tarikh dan Jumlah Bantuan STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Untuk bayaran STR Fasa 1 ini, Kerajaan Malaysia telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun 2023 perkara itu diumumkan semasa sesi pembentangan bajet 2024.

image 46

Berikut adalah merupkan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Melalui pertambahan peruntukan bagi Fasa 1 telah bertambah sebanyak 26% kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun 2023 adalah dalam usaha kerajaan untuk membantu sebilangan besar rakyat Malaysia menangani peningkatan kos sara hidup.

Jadual Bayaran STR 2024 mengikut Kategori

Berikut adalah merupakan susunan kategori pemberian STR kepada rakyat Malaysia:

Jadual Kategori Isi Rumah pendapatan bawah RM2,500:

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
01,000500
1-21,500500
3-42,000500
≥ 52,500500

Jadual Kategori Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur):

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0500100
1-2750150
3-41,000250
≥ 51,250300

Jadual Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan pendapatan bawah RM2,500:

UmurKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
21-59350100
≥ 60350100

Permohonan Rayuan STR 2024

Seandainya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, Maka anda perlu membuat permohonan untuk membolehkan proses verifikasi semula mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

 Berikut adalah merupakan tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Bermula pada 29 Januari 2024

Cara Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 boleh dibuat melalui:

  • Permohonan secara Dalam Talian
  • Permohonan secara mengemukakan Borang Kertas ke Pejabat LHDN berdekatan.

Bagi permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam online boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali untuk Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Maklumat Lebih Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web LHDN.

4 KOMEN

  1. Belum Pernah Dapat STR Kerana Pendaftaran Terdahulu Tidak Sempurna dan Terkandas Minta Tolong Dapatkan Bantuan STR dll keraba saya suami isteri warga emas dan pendapatan bawah RM5000 yg layak terima bantuan Madani ini. Terima kasih

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati