Pasti ramai diantara kita yang tidak tahu apakah itu Chia seed. Manfaat Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji hitam kecil adalah tinggi. Ia adalah sejenis tumbuhan yang berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ada yang mengatakan, puak Aztecs dan Maya menggunakan tumbuhan ini sebagai sumber tenaga. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan 7 khasiat utama Chia seed untuk kesihatan, penerangan Chia seed, manfaat Chia seed untuk penurunan berat badan, dan kesan sampingan Chia seed yang mungkin anda tidak tahu.
Penerangan Chia Seed dan Khasiat Chia Seed
Isi Kandungan
Chia seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala. Ia juga cukup popular dalam kalangan individu yang sedang berdiet dan sering menjadi ramuan pilihan dalam penyediaan overnight oat.
Apa itu Chia Seed?
Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji kecil adalah berasal daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Salvia hispanica yang berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Chia seed dan biji selasih adalah berbeza. Chia seed lebih besar sedikit dari biji selasih, berbentuk bujur dan ada yang berwarna putih, hitam dan kelabu. Ketiga-tiga jenis biji Chia seed dengan warna yang berbeza mempunyai khasiat yang sama sahaja dan tiada beza.
Pokok Salvia hispanica
Khasiat Chia Seed
Chia seed boleh dimakan terus dengan salad atau direndam dengan air terlebih dahulu. Oleh sebab itu, Chia seed mempunyai pelbagai menu yang direka terutama oleh pengamal-pengamal fitness dari seluruh dunia. Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6. Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, dan tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.
Berikut merupakan khasiat utama Chia seed untuk kesihatan:
1. Kaya dengan antioksida Chia seed merupakan sumber antioksida yang sangat baik. Sesetengah komponen antioksida khusus dalam bijian ini seperti chlorogenic acid, caffeic acid, myricetin dan quercetin didapati mampu melindungi kesihatan jantung dan hati. |
2. Baik Untuk Kesihatan Jantung Berkaitan dengan kesihatan jantung, siapa sangka bahawa chia seed sebenarnya padat dengan khasiat serat dan omega-3. Kandungan serat yang dijumpai dalam chia seed dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah. |
3. Menurunkan Berat Badan Serat dan protein yang terkandung dalam biji chia dilihat mampu membantu dalam penurunan berat badan. 28 gram biji chia mempunyai sehingga 10 gram serat. Seperti yang kita tahu, makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengatasi masalah berat badan. |
4. Baik Untuk Kesihatan Tulang Chia seed juga tinggi dengan beberapa nutrisi penting untuk kekuatan tulang dan gigi seperti mangnesium, kalsium dan fosforus. Kandungan alpha-liphoic acid (ALA) yang terkandung dalam bijian ini juga dikatakan mempunyai peranan penting dalam kesihatan tulang. |
5. Melancarkan Sistem Pencernaan Khasiat serat dalam chia seed juga didapati baik untuk diambil oleh individu yang mempunyai masalah sembelit. Ia merupakan salah satu sumber serat yang mudah diambil dan kaya dengan kombinasi serat jenis larut dan tidak larut. |
6. Mengurangkan tekanan darah tinggi Khasiat chia seed ini juga dapat dilihat dalam kajian terhadap manusia yang mendapati bahawa pengambilan chia seed boleh mengurangkan tekanan darah dalam kalangan penghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi. |
7. Mengurangkan paras gula dalam darah Chia seed adalah tinggi dengan serat dan rendah karbohidrat. Amalan pemakanan dengan chia seed akan dapat mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes. |
Manfaat Chia Seed Untuk Penurunan Berat Badan
- Ramai pakar kesihatan mempercayai chia seed mampu menurunkan berat badan. Kandungan karbohidrat yang boleh diserap hanyalah satu gram bagi setiap auns (28 gram) adalah sangat rendah. Ini menjadikan ia sebagai makanan rendah kandungan karbohidrat dan dapat membantu menurun berat badan. Pada masa yang sama, kandungan protein dalam biji chia pula didapati berpotensi dalam membantu mengawal selera seseorang. Ini disebabkan oleh serat larut dalam biji chia yang mampu menyerap sejumlah air dan mengembang dalam perut.
Kesan Sampingan Chia Seed
Kesan Sampingan |
---|
Pengambilan biji chia yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa gejala sampingan seperti kembung perut, sakit perut, cirit-birit, sembelit atau masuk angin. |
Berikut merupakan klip video mengenai khasiat chia seed.
Soalan FAQs Berkenaan Chia Seed
Apakah itu Chia Seed?
Chia seed adalah biji kecil yang berasal daripada pokok yang dikenali sebagai Salvia hispanica.
Apakah kandungan mineral dalam Chia seed?
Chia seed kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6.
Ya, chia seed kaya dengan serat dan rendah karbohidrat. Ia boleh digunakan dalam diet untuk penurunan berat badan.