Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Pengaktifan Shopee PayLater Pada Tahun 2024 Dan Hukum Menggunakannya Dalam Islam

WhatsApp Image 2024 01 09 at 15.40.11 3ada69a9
Panduan Pengaktifan Shopee PayLater Pada Tahun 2024 Dan Hukum Menggunakannya Dalam Islam 7

Salah satu kaedah pembayaran yang diperkenalkan oleh Shopee sendiri iaitu kaedah ‘Buy Now Pay Later’. Dengan kaedah tersebut anda boleh membeli pembelian serta-merta dan membayarnya pada bulan berikutnya secara ansuran.

Jadi kaedah pembayaran ini menjadi tanda tanya kepada ramai pengguna aplikasi itu adakah ianya mengikut ketetapan syarak dan jika ianya diperbolehkan bagaimana cara untuk membuat pengaktifan?. Oleh itu, admin disini ingin berkongsi beberapa maklumat penting yang semua wajib tahu.

Free photo black friday elements assortment

Apa itu Shopee PayLater (Spaylater) ?

SpayLater adalah perkhidmatan yang menggunakan kaedah pembayaran terbaru secara ansuran ataupun membolehkan pengguna membuat pembelian serta merta dan pembayaran diikuti pada bulan berikutnya. Pengguna yang layak mengaktifkannya boleh memilih untuk melakukan pembayaran ansuran selama 2, 3, 6, atau 12 bulan !

Apa yang menariknya sistem pembayaran ansuran ini sama sekali tidak memerlukan pengguna untuk aktifkan kad kredit kerana ianya hanya perlu aktifkan di dalam aplikasi tersebut. Oleh itu, mari sama-sama kita tengok maklumat yang berguna di bawah ini.

No photo description available.
kredit gambar : Pemburu Tiket Murah

Cara Aktifkan SPay Dengan Mudah

Cara Aktifkan BNPL hendaklah mematuhi terlebih dahulu syarat utama untuk layak menggunakan ShopeePay Later iaitu telah mengaktifkan My Kad di akaun Shopee, merupakan warganegara Malaysia, dan berumur 18 tahun ke atas. Sekiranya anda sudah melepasi semua syarat ini, di bawah adalah cara aktifkannya. Ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke bahagian “Me” > “SPayLater”
  2. Kemudian klik “Activate Now”
  3. Anda perlu masukkan kad pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
  4. Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan
  5. Kemudian perlu melalui “facial verification” dengan ambil gambar selfie
  6. Selesai!

Peringatan! Ciri ataupun syarat kelayakan untuk mengaktifkannya adalah berbeza-beza mengikut nilai yang anda terima seperti RM1,000 hingga RM3,000.

Cara pengaktifan ini perlulah mematuhi syarat-syarat utama terlebih dahulu bagi melayakkan diri untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Iaitu mengaktifkan terlebih dahulu Kad Pengenalan Diri di akaun Shopee, mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Jika melepasi semua syarat yang tertera, maka di bawah ini adalah panduan mudah untuk aktifkan SpayLater anda. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Buka aplikasi Shopee anda lalu pergi ke bahagian “Me” tekan butang > “SPayLater
  2. Kemudian tekan butang > “Activate Now”
  3. Masukkan kad pengesahan “kod” yang telah dihantar di no. Telefon yang berdaftar.
  4. Kemudian Upload Gambar MyKad lalu masukkan butiran maklumat yang diperlukan.
  5. Seterusnya perlu mengikuti arahan untuk “facial verification” dengan mengambil gambar selfie.
  6. Tunggu pengesahan “Under Review” untuk Shopee terima.
  7. Selesai ! Kini anda sudah aktif.

Sila ambil maklum bahawa ciri pengguna ataupun kelayakan untuk pengaktifan ini berbeza mengikut kelayakan dan nilai yang anda terima seperti RM1,000 sehingga RM6,000.

No photo description available.
kredit gambar : Pemburu Tiket Murah

Cara Bayar Ansuran Bil Shopee

Jika ingin melakukan pembayaran semula bil anda, berikut merupakan caranya :

  1. Buka terlebih dahulu aplikasi shopee
  2. Tekan Butang “Me” dan klik > “SpayLater”
  3. Seterusnya klik “Pay Now”
  4. Pada butang “My Bills” anda boleh lihat bil yang anda sudah bayar ataupun belum mengikut bulan (paid dan unpaid)
  5. Seterusnya tekan bahagian yang belum bayar ataupun “unpaid” dan pilih kaedah pembayaran sama ada :
    • Perbankan online (FPX)
    • Tunai di 7-E
    • ShopeePay
  6. Kemudian Masukkan No. Pin
  7. Dan anda akan menerima pengesahan selepas melakukan pembayaran
  8. Selesai!

Sebagai nota tambahan, bil bulanan akan dikira bermula setiap 1 haribulan pada bulan berikut setelah melakukan pembelian. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan. Jika anda tidak melakukan sedemikian, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%.

Adakah (BNPL) patuh syariah ?

Kaedah bnpl terdapat beberapa isu syariah yang timbul yang melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar sepertimana berikut :

  • Bagi kaedah pembayaran secara “one-off” dalam tempoh sebulan , maka ianya tiada timbul isu syariah sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Akan tetapi, sekiranya pelanggan lewat membayar akan dikenakan caj lewat bayar, maka disinilah berlakunya riba yang diharamkan syarak.
  • Bagi kaedah secara ansuran pula, dua isu syariah yang melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini, apabila terdapat caj sedemikian yang melebihi kos operasi dan kerugian sebenar maka itu adalah sebahagian daripada riba.

Umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang melibatkan riba kerana ianya adalah haram dan berdosa besar. Akan tetapi, sekarang pihak Shopee telah mendaftar kaedah (BNPL) ini dengan pengiktirafan patuh syariah. Mari kita semak sama-sama dibawah ini.

Free vector arabic woman and shopping background

TERBARU : Hukum Menggunakan Spay Menurut Islam

Pada permulaan sistem ini diperkenalkan, didapati terdapat unsur riba. Ini kerana kaedah yang digunakan adalah beli dahulu , bayar kemudian kerana Shopee mengenakan caj 1.5% sebulan jika pembeli lewat membayar. Bagaimanapun untuk pembayaran sekaligus atau one-off sebulan, ia dibolehkan kerana tidak ada caj lebihan.

Pada permulaan sistem ini, memang terdapat unsur riba. Ini kerana kaedah yang digunakan dikenakan caj 1.5% sebulan jika lewat bayar. Walaubagiamanapun, pembayaran one-off sebulan dibolehkan kerana tiada sebarang caj.

Akan tetapi, kini Shopee telah memberitahu bahawa sistem (BNPL) mereka telah mendapat pengiktirafan patuh syariah dari sebuah firma yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Antara perubahan yang ketara ialah jika pengguna lambat membayar, mereka tidak akan dikenakan sebarang caj seperti sebelum ini. Dan hanya akaun mereka yang akan dibekukan jika terdapat kelewatan pembayaran. Seterusnya, jika masih ingin menggunakan akaun SpayLater pengguna perlu membayar caj lewat sebanyak RM 10. Selain itu, penstrukturan semula sistem patuh syariah ini juga memperlihatkan kenaikan yuran pemprosesan daripada 1.25% ke 1.5% sebulan.

Justeru itu,

الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَعَدَمًا

Maksudnya: “Sesuatu hukum berlegar bersama-sama illahnya ketika ia ada dan tiada.”

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah: Kaedah “Hukum Berlegar Bersama-sama Illahnya Ketika Ia Ada Ataupun Tiada” bermaksud: Apabila Allah mengaitkan sesuatu hukum dengan sebab ataupun ‘illah tertentu, maka hukum tersebut akan hilang apabila hilangnya kedua-duanya iaitu sebab atau ‘illah. (Lihat I’lam al-Muwaqqi’in, 4/80)

Sama juga dengan kaedah :

إِذَا انْتَفَتِ العِلَّةُ انْتَفَى الحُكْمُ

Maksudnya: “Apabila ternafinya ‘illah, maka ternafilah hukum berkenaan.” (Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 7/396)

Berdasarkan perubahan yang dibuat dan yang telah disemak serta disahkan oleh Sekuriti Syariah, maka hukumnya sekarang adalah HARUS dan boleh digunakan. Ini bermakna, seorang individu yang beragama Islam sudah tentu boleh menikmatinya tanpa merasa ragu-ragu berkaitan soal hukum di sisi agama.

Senarai Kedai Yang Boleh Guna Pay Later

Berikut merupakan infografik yang boleh anda rujuk untuk melihat senarai kedai online dan fizikal yang boleh digunakan :

Beli Sekarang Bayar Kemudian Di Kedai Fizikal Dengan SPayLater
kredit gambar : Shopee

Hukum menggunakan SpayLater ?

Berdasarkan perubahan yang dibuat dan yang telah disemak serta disahkan oleh Sekuriti Syariah, maka hukumnya sekarang adalah HARUS dan boleh digunakan. Ini bermakna, seorang individu yang beragama Islam sudah tentu boleh menikmatinya tanpa merasa ragu-ragu berkaitan soal hukum di sisi agama.

Senarai kedai yang boleh guna spaylater ?

Antara kedai fizikal yang popular ialah Lotus’s , Petron, Mydin, dan banyak lagi.

Bagaimana cara bayar semula tagihan Spaylater ?

Buka terlebih dahulu aplikasi Shopee
Tekan Butang “Me” dan klik > “SpayLater”
Seterusnya klik “Pay Now”
Pada butang “My Bills” anda boleh lihat bil yang anda sudah bayar ataupun belum mengikut bulan (paid dan unpaid)
Seterusnya tekan bahagian yang belum bayar ataupun “unpaid” dan pilih kaedah pembayaran sama ada : Perbankan online (FPX)
Tunai di 7-E
ShopeePay
Kemudian Masukkan No. Pin ShopeePay
Dan anda akan menerima pengesahan selepas melakukan pembayaran
Selesai!

Apakah syarat menggunakan BNPL ?

Cara Aktifkan Spay hendaklah mematuhi terlebih dahulu syarat utama untuk layak menggunakannya iaitu telah mengaktifkan My Kad di akaun Shopee, merupakan warganegara Malaysia, dan berumur 18 tahun ke atas. Sekiranya anda sudah melepasi semua syarat ini, di bawah adalah cara aktifkan ShopeePay Later. Ikuti langkah-langkah seperti berikut

Adakah SpayLater Patuh Syariah?

kini Shopee telah memberitahu bahawa sistem (BNPL) mereka telah mendapat pengiktirafan patuh syariah dari sebuah firma yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Antara perubahan yang ketara ialah jika pengguna lambat membayar, mereka tidak akan dikenakan sebarang caj seperti sebelum ini. Dan hanya akaun SpayLater mereka yang akan dibekukan jika terdapat kelewatan pembayaran. Seterusnya, jika masih ingin menggunakan akaun SpayLater pengguna perlu membayar caj lewat sebanyak RM 10. Selain itu, penstrukturan semula sistem patuh syariah ini juga memperlihatkan kenaikan yuran pemprosesan daripada 1.25% ke 1.5% sebulan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati