Baru-baru kini, kek tapak kuda menjadi sebutan ramai khususnya di media sosial dek kerana ramai yang ‘mengidam’ untuk rasai keenakan kek tapak kuda yang dijual. Popular di aplikasi Tiktok kek tapak kuda yang dibuat oleh Ustaz Riduan menjadi kegilaan orang ramai. Namun, untuk mendapatkan kek tapak kuda ustaz Riduan itu teramatlah sukar!
Seraya menunggu bulan jatuh ke riba untuk membeli kek tapak kuda ustaz Riduan , apa kata anda cuba sendiri hasilkan kek tapak kuda yang sedap lagikan lembut! Jadi mari anda ikuti resepi-resepi kek tapak kuda di artikel ini sebagai panduan.
Adegan Kek Tapak Kuda Di Malaysia
Isi Kandungan
Apa Itu Kek Tapak Kuda
Kek tapak kuda Nutella adalah salah satu kek popular di Malaysia dan Singapura dan baru-baru ini mendapat populariti di Indonesia. Anda akan sering melihat kuih ini apabila menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kita panggil Lebaran di Indonesia.
Horse Shoe bermaksud tapak kuda dalam bahasa Inggeris. Kek itu dinamakan demikian kerana bentuknya, seperti ladam. Kek tapak kuda asli dibuat dengan lebih banyak telur dan mentega untuk menghasilkan kek yang lebih kaya.
Rupa Bentuk Kek Tapak Kuda
Kek ini dinamakan kek tapak kuda kerana bentuknya seperti ladam kuda. Teskturnya seakan sama dengan kek swiss roll. Kek roll tapak kuda berintikan 100% nutella dan sungguh terasa keenakannya bagi penggemar coklat.
Kek tapak kuda sangat terkenal di negara Brunei. Jika di Malaysia, ia sangat jarang kelihatan kerana tak ramai yang tahu cara untuk membuatnya. Akhirnya ramai yang lebih suka untuk membelinya.
Kelas Online Belalar 10 Resepi Kek Tapak Kuda
Anda rasa mahu belajar buat resepi kek tapak kuda sendiri tapi selalu kek tak menjadi, bila gulung selalu pecah, dan kek tak tahan lama? Kepada sesiapa yang nak belajar kek tapak kuda legend daripada Cik Dayang boleh pergi ke laman sesawang easybakelab.com untuk sertai kelas online bersama Cik Dayang!
Terdapat 10 resepi kek tapak kuda yang sedap daripada Cik Dayang untuk mengajar anda semua. Antara resepi yang akan anda pelajari dari rumah adalah:
- Chocolate Nutella
- Biscoff Crunchy
- RedVelvet Cheese
- Pandan Buttercream
- Oreo Crumble
- Coffee Peanut
- Crunchy Ovalmaltine
- Tiramisu
- Unicorn Tutty Fruitty
- Kinder Bueno
Peringtan untuk anda semua! Kelas ini tidak sesuai kepada sesiapa yang malas mencari bahan, tidak ikut langkah Cik Dayang satu per satu atau mahu ambil jalan mudah, resepi ini akan menjadi sekiranya anda ikut step by step dari Cik Dayang ajarkan.
Jika anda ingin membeli kek tapak kuda secara online, anda boleh pergi ke KEK TAPAK KUDA PREMIUM BRUNEI ORIGINAL untuk memesan kek tapak kuda yang berharga serendah RM 18.00 – RM 28.00 sahaja. Antara kelebihan produk kek tapak kuda premium brunei ini adalah:
- Kek sangat lembut walaupun berada dalam freezer 2 bulan
- Saiz kek 9 inch
- Pure butter
- Menggunakan semua bahan premium
- 100% Nutella tiada campuran coklat
Berikut adalah senarai harga kesemua variasi Kek Tapak Kuda Permium Brunei Original ini:
Variasi | Harga |
---|---|
NUTELLA | RM20.00 |
PEANUT+NUTELLA | RM23.00 |
COKLAT | RM18.00 |
OREO NUTELLA | RM22.00 |
STRAWBERRY COKLAT | RM22.00 |
BLUBERRY COKLAT | RM22.00 |
BISCOFF | RM26.00 |
EXTRA NUTELLA | RM24.00 |
NUTELLA ALMOND | RM26.00 |
KINDER BUENO | RM28.00 |
CADBURY | RM26.00 |
MATCHA NUTELLA | RM23.00 |
BUTTERSCOTCH | RM23.00 |
MATCHANUTEL CRUNCH | RM28.00 |
NUTELLA BISCOFF | RM28.00 |
Cara Beli Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan
Muhammad Riduan Mohd Noor iaitu dikenali sebagai Ustaz Riduan berusia 28 tahun ini menjadi popular apabila video membuat kek tapak kuda di Tiktok beliau viral dan mula ditemubual oleh media. Bisnes kek tapak kuda air tangan beliau ini pula sudah pergi jauh sehingga ke Sabah, Sarawak dan juga Singapura.
Beliau sangat terkejut dan bertambah syukur apabila terkenal di media sosial yang menjadi asbab bisnes beliau selama tiga tahun lalu bertambah maju dan mendapat sambutan hangat atas usaha beliau. Jadi anda yang ingin membeli kek tapak kuda ustaz Riduan ini boleh pergi ke wanshop.co atau ke Tiktok riduannoor95 ini untuk order!
Resepi kek Tapak Kuda Original Nutella
Bahan-bahan
- 10 biji kuning telur
- 5 biji putih telur
- 225g gula castor
- 110g tepung gandum
- 10g susu tepung
- 135ml mentega cair yang disejukkan suhu bilik
- 1 sudu makan rata ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh chocolate emulco
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- Nutella secukupnya
Cara Buat Kek Tapak Kuda Nutella
- Satukan telur, gula dan ovalette, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
- Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
- Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yang plain dimasukkan ke dalam piping bag.
- Sediakan 2 loyang berukuran 11×11 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega.
- Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi (kalau kita tuangkan adunan plain ke atas adunan coklat yang dah rata tu dengan senduk/sudu nanti susah nak menjadi rata).
- Bakar didalam ketuhar bersuhu 160’c selama 15- 20 minit. Sejukkan kejap.
- Keluarkan kek dari dalam loyang, terbalikkan biar lapis coklat di atas. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
- Satu loyang boleh dapat 2 batang kek, total 4 batang. 4 batang.
Resepi Kek Tapak Kuda Kinder Bueno
Bahan-bahan
- 10 biji kuning telur
- 5 biji putih telur
- 225 gm gula kastor
- 110 gm tepung gandum
- ½ sudu makan ovelet
- 10 gm susu tepung
- ½ sudu makan baking powder
- ½ sudu makan esen vanilla
- ½ sudu makan coklat emulco
- 135 gm butter dicairkan
- Nutella
- 1 paket kinder bueno
Cara Buat Kek Tapak Kuda Kinder Bueno
- Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi.
- Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan.
- Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata.
- Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata.
- Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan.
- Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C.
- Bila sudah masak terbalikan kek dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat.
- Sapu nutella atas warna coklat serta susunkan kinder bueno dan lipat dua menggunakan plastic wrapping.
- Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam peti ais untuk mengeraskannya dan supaya mudah di potong.
Resepi Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy
Bahan-bahan
- 4 biji telur gred A / 5 biji B
- 1/2 cawan gula castor
- 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sdb ovellete
- 3 sdk susu tepung
- 1 sdk esen vanilla
- 125 gram marjerin/butter (dicairkan)
Cara-cara Buat Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy
- Pukul semua bahan kecuali butter cair sampai gebu dan kembang semua bahan. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.
- Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
- Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
- Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10 inci. Bakar pada suhu 150°C selama 25-30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Bila dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Kemudian terbalikkan semula.
- Boleh letak filling nutella dan matcha crunchy. Gulung dengan kemas dan wrap kek menggunakan plastik cyling wrap dengan kemas.
- Simpan di dalam chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.
Bahan-bahan Inti Matcha Crunchy
- 150 gram white chocolate
- 80ml minyak jagung/masak
- 2 sdb serbuk matcha
- 2 cawan cereal
Cara-cara Buat Inti Matcha Crunchy
- Double boil atau lebih senang masukkan saja ke dalam microwave untuk cairkan white chocolate bersama minyak. Kacau-kacau dan masukkan serbuk matcha. Kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan.
- Selepas sejuk barulah boleh masukkan cereal atau orang panggil nestum. Boleh beli di bakery.