Bila tarikh hari Wesak 2024? Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum dan hari perayaannya. Salah satu perayaan yang terdapat di Malaysia ialah Hari Wesak. Hari Wesak merupakan perayaan bagi kaum yang beragama Budha.
Perayaan ini juga merupakan hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Perayaan ini biasanya pada bulan April hingga lewat Jun tetapi khususnya pada bulan Mei.
Kebiasaannya, semua penganut agama Budha akan berhimpun di kuil untuk mengambil bahagian dalam upacara sembahyang dan memandikan patung Budha dengan menggunakan air wangi yang dilakukan sebanyak tiga kali.
Berkenaan Sambutan Hari Wesak Tahun 2024
Isi Kandungan
Apakah itu Hari Wesak 2024?
Hari Wesak, Waisak atau Vesak merupakan hari terpenting yang diraikan oleh penganut agama Buddha dalam memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Budha.
Terdapat peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut di serata Asia Selatan, Tenggara dan Timur.
Lazimnya, penganut agama Budha akan berkunjung ke kuil atau vihara Budha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Budha. Sedemikian itu, mereka akan mengibarkan bendera agama yang melambangkan ajaran pegangan mereka serta mengalunkan nyanyian untuk mengukuhkan Tiga Permata yang menjadi tiang rukun anutan mereka iaitu Budha, Dhamma dan Sangha.
Selain itu, para pengunjung mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok yang diletakkan di kaki patung-patung Guru Agung mereka. Barangan bunga yang cepat layu dan cepat terbakarnya lilin dan colok umpama pendeknya jangka hayat manusia yang perlu diingati. Selain itu, para sami akan membaca kitab Sutra.
Tarikh Rasmi Hari Wesak 2024
Tarikh Hari Wesak 2024 ialah pada 22 Mei 2024 iaitu pada hari Rabu. Tarikh tersebut juga merupakan Hari Hol Pahang. Pada tarikh ini adalah cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia.
Selain itu di Malaysia, perayaan ini telah diumumkan sebagai cuti umum berkuatkuasa pada tahun 1962 iaitu selepas rayuan oleh penganut agama Budha kepada kerajaan pada tahun 1961. Oleh itu, perayaan ini mungkin disambut secara berbeza-beza di setiap negara di dunia.
Sejarah Hari Wesak
Pada tarikh 25 Mei 1950 sehingga 6 Jun, penganut Budha yang dilantik sebagai pemimpin masyarakat mereka akan berkumpul beramai-ramai di sebuah kuil yang bernama Holy Temple of the Tooth yang terletak di Kandy, Sri Lanka.
Seramai 129 rombongan daripada 29 buah negeri yang mempunyai masyarakat beragama Budha menghantar wakil. Oleh itu, sempena taikh permulaan persidangan itu bermula, mereka sebulat suara memilih 25 Mei 1950 itu sebagai hari pertama sambutan ulang tahun yang dinamakan sebagai Hari Wesak.
Persidangan itu juga telah berjaya memberi kata putus bagi pengenalan bendera yang mempunyai enam warna itu dikenali sebagai bendera Budha. Bendera Budha yang merupakan satu simbol agama tersebut dalam peringkat antarabangsa.
Selain itu, perubahan yang paling memberi kesan pada masyarakat Budha adalah perubahan terma dan istilah bagi ‘Hinayana’ yang ditukar menjadi ‘Thevarada’. Perubahan ini dilakukan kerana istilah Hinayana didapati kurang sesuai serta tidak menepati ajaran Budha malah dapat menghina mereka yang mengikutinya.
Disebabkan itulah kini wujudnya dua cabang ajaran Budha yang kekal iaitu Mahayana dan Thevarada.
Perkara kedua yang berjaya dibicarakan didalam persidangan itu adalah permulaannya tradisi sambutan Hari Wesak. Hal ini kerana, semua wakil persidangan bersetuju untuk menjadikan hari pertama bulan penuh pada setiap bulan Mei sebagai Hari Wesak atau hari Budha di seluruh dunia.
Penerangan dan Sambutan Hari Wesak Tahun 2024
Upacara Sempena Hari Wesak
Penganut yang mengikuti upacara harus menghormati hidup, bersikap empati dan menggunakan bahasa yang baik. Mereka juga perlu mengelakkan pengambilan alkohol dan mengambil makanan hanya pada waktu yang ditentukan. Pada masa yang sama, bagi mereka yang mengikuti upacara juga harus menahan diri untuk tidak mendengar muzik, tidur yang sedikit, dan tidak terlalu menghiasi tubuh mereka.
Ramai penganut Budha menuju ke Persatuan Budha Malaysia untuk mencuci patung Buddha dengan air wangi tiga kali, yang mereka percaya akan menolong mereka membersihkan jiwa mereka dan membiarkan minda mereka mencapai kedamaian dan kebijaksanaan sambil meninggalkan ketamakan.
Penyembah juga mengunjungi biara-biara untuk menyiram pokok Bodhi yang suci dengan air wangi untuk memastikan bahawa pokok-pokok yang penting dalam agama Budha tidak akan mati pada musim panas.
Orang-orang yang menghadiri ke upacara ini akan memberikan derma dan doa. Mereka juga menghadiahkan bunga, lilin dan colok. Bunga layu, lilin dan colok terbakar menandakan bahawa tidak ada yang kekal di dunia ini. Perarakan cahaya lilin dan memberi sumbangan dan makanan kepada yang memerlukan turut dilakukan.
Tradisi melepaskan burung, serangga dan apa jua binatang dari sangkar juga diamalkan sebagai tanda kebebasan. Hal ini menyatakan bahawa kenyataan mereka yang ditawan terhadap kehendak mereka dan diseksa perlu dibebaskan. Penganut akan berpakaian putih bersih dan mengambil bahagian dalam perarakan.
Ucapan Sempena Hari Wesak
Selamat menyambut Hari Wesak bagi tahun 2024. Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut beragama Budha. Semoga perayaan ini juga diraikan dalam suasana hormat menghormati dan dengan penuh harmoni.
Soalan FAQs Berkenaan Hari Wesak 2024
Bilakah Sambutan Hari Wesak Dibuat Pertama Kali?
Pada 25 Mei 1950 sebagai hari pertama sambutan Hari Wesak yang bersempena tarikh permulaan persidangan bermula.
Mengapakah Perayaan ini Disambut?
Dianggap sebagai sambutan paling penting agama Budha. Penganut Budha meraikan perayaan ini bagi meraikan hari kelahiran Putera Siddhartha Gautama di dalam sebuah keluar orang bangsawan.
Apakah Kepentingan Hari Wesak?
Memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddhartha Gautama Buddha dalam peringkat penting beliau:
– Kelahirannya
– Kecerahan agung
– Kemangkatannya
Negeri Manakah yang Terlibat Cuti Hari Wesak?
Seluruh negeri di Malaysia.
Bagaimanakah Hari Wesak Disambut?
1. Penganut Budha berkunjung ke kuil pada waktu pagi untuk memberi penghormatan kepada Budha.
2. Mereka akan mengibarkan bendera Budha diikuti dengan nyanyian.
3. Penganut Budha akan mempersembahkan pemberian ringkas seperti bunga, lilin dan colok.
4. Para Sami akan membacakan kitab Sutra.
5. Penganut Budha akan bersembahyang dan melepaskan apa jua jenis binatang sebagai tanda kebebasan.