Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Berapa Gaji DJ Radio dan Gaji DJ Radio Cecah RM150,000 Sebulan

gaji dj radio

Kini sedang hangat diperkatakan oleh Netizen berkenaan gaji DJ Radio yang dipercayai mempunyai nilaian yang besar dan lumayan dibayar setiap bulan. Dalam minggu ini, tular mengenai Tyzo Xander yang merupakan seorang DJ Radio diberhentikan kontrak oleh Suria FM.

Apa yang menjadi hangat adalah Tyzo seolah-olah dianiaya untuk diberhentikan. Persoalannya adakah betul? perkara ini perlu penjelasan dan pihak Suria FM akan mengadakan pengumuman kelak. Bercakap mengenai gaji DJ Radio sememangnya ia mengejutkan kerana bagaimana gaji boleh mencecah ratusan ringgit?

Tular Mengenai Gaji DJ Radio di Media Sosial

Sebelum ini, nama penyampai radio Tyzo, 48, menjadi tular selepas kontraknya di stesen radio Suria FM ditamatkan secara tiba-tiba oleh pihak pengurusan.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau dikenali sebagai DJ Lin dilapor berjanji mengadakan sidang media untuk menjelaskan kontroversi pemberhentian kontrak Tyzo di Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Isu pemberhentian Tyzo bermula pada Jumaat lalu. Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, bertindak mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.

Menurut sumber, Tyzo bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji terutama selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP35) tahun lalu. 

Datuk Fauziah Nawi Sebut Gaji DJ Radio Cecah RM150,000 Sebulan

Artis veteran yang pernah berkecimpung dalam dunia penyiaran radio, Datuk Fauziah Nawi telah membuat pendedahah mengenai pendapatan penyampai radio swasta boleh mencecah RM150,000 sebulan.

image 143
Berapa Gaji DJ Radio dan Gaji DJ Radio Cecah RM150,000 Sebulan 4

Datuk Fauziah Nawi berumur 71 tahun bagaimanapun berkata, gaji atau pendapatan DJ Radio yang bekerja dengan radio kerajaan adalah yang paling rendah. Mengulas lanjut mengenai itu, beliau mendakwa bahawa bayaran gaji radio swasta adalah tinggi.

Sudah kebiasaan bayaran gaji sebulan RM5,000 hingga RM40,000 bagi sesebuah radio swasta. Radio kerajaan yang paling rendah dalam bayaran gaji bulanan.

Pengalaman Fauziah Nawi Dalam Kerjaya Juruhebah atau DJ Radio

Datuk Fauziah adalah merupakan seorang yang pernah bekerja sebagai juruhebah atau penyampai radio, beliau pernah mengendalikan program radio seperti

  • Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host Non Stop Music and Before We Say Goodnite
  • Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia
  • Radio 1 – Manis-Manis Garam.

Dengan pengalaman yang banyak didapati Fauziah, jelaslah bahawa isu gaji DJ Radio sememangnya dibayar mahal atas beberapa faktor dan perkara menjadi asbab bayaran mereka adalah bernilai.

Berkenaan Gaji DJ Radio Menurut Salary Expert

Berikutan tular mengenai gaji DJ Radio, kami terpanggil untuk membuat kajian berkenaan gaji DJ Radio yang sebenarnya berdasarkan beberapa rujukan. Antara rujukan kami adalah dari laman web antarabangsa, Salary Expert yang merupakan laman data yang menghimpunkan pelbagai maklumat dan kajian semasa berkenaan gaji pekerjaan yang pelbagai.

Purata Gaji DJ Radio Adalah Antara RM54,991 sehingga RM92,419

gaji dj radio
Berapa Gaji DJ Radio dan Gaji DJ Radio Cecah RM150,000 Sebulan 5

Purata gaji kasar DJ radio di Malaysia ialah sebanyak RM74,893 atau kadar sejam dibayar sebanyak RM36. Kajian ini mengejutkan kami dimana gaji seorang DJ Radio dibayar 6 kali ganda mahal dari bayaran perjam gaji basic di Malaysia iaitu RM7 sejam.

Selain itu, DJ Radio juga memperoleh bonus purata RM1,700. Anggaran gaji ini adalah berdasarkan data tinjauan gaji yang dikumpul terus daripada majikan dan pekerja tanpa nama di Malaysia. Untuk seorang DJ Radio yang bermula peringkat permulaan (1-3 tahun pengalaman) memperoleh bayaran gaji purata RM54,991. Sementara itu, untuk gaji mereka yang telah berkhidmat lama (8+ tahun pengalaman) memperoleh gaji purata RM92,419.

Skop Kerja DJ Radio Malaysia

Kini pekerjaan DJ Radio mendapat perhatian ramai bahkan ramai yang mula ingin mencuba nasib menjadi DJ Radio. Berikut adalah contoh dan antara skop kerja DJ Radio di Malaysia:

  • Bercakap atau membaca daripada bahan berskrip, seperti laporan berita atau mesej komersial, di radio, televisyen atau media komunikasi lain. 
  • Memainkan dan mengatur muzik
  • Mengumumkan artis atau tajuk persembahan atau lagu
  • Mengenalkan stesen Radio
  • Menemu bual tetamu. 
  • Dan lain-lain.

Kerja sebagai DJ Radio adalah merupakan cabaran dan mempunyai pelbagai urusan yang perlu dibuat. Selaku seorang DJ Radio, individu tersebut perlu memainkan peranan dengan baik dan berhemah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati