Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Umum Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan Bagi Satu Keluarga

Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan
Kerajaan Umum Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan Bagi Satu Keluarga 6

Pengumuman terbaru PM Anwar mengenai bantuan banjir RM1000 rakyat Kelantan. Bantuan awal sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mangsa yang terkesan akibat bencana alam banjir di Kelantan.

Setiap mangsa akan mendapat bantuan sebanyak RM1,000 dan ianya disalurkan terus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi setiap keluarga kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Banjir RM1000 Rakyat kelantan Disalurkan Oleh Nadma

image 478
Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan

Setakat ini kerajaan akan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM50 juta bagi mangsa-mangsa banjir yang sedang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Setiap ahli keluarga juga akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 dan sebagai tambahan turut diberikan bantuan-bantuan yang lain bergantung kerugian yang dialami oleh mangsa banjir” Ujar Anwar setelah membuat tinjauan situasi banjir hari ini di Kelantan.

Progres Projek Pembangunan Lembagan Sungai Bersepadu(PLSB) Sungai Golok

Anwar turut berkata , untuk percepatkan lagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok fasa dua di Rantau Panjang , Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk segerakan pengambilan tanah.

Dengan persetujuan tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) boleh membuat langkah awal bagi menggerakkan projek agar dapat dilakukan seawal tahun hadapan, jelas beliau.

Projek tersebut dijangka akan ada tambahan peruntukan sebanyak RM800 juta dari jumlah asal projek yang diluluskan.

“Bagi mengurangkan tekanan banjir di Rantau Panjang, kita terpaksa mengambil langkah awal bagi menyegerakan projek fasa 2 di Rantau Panjang” katanya.

IMG 20231229 WA0009
Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan

Berkenaan Permohonan Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan Dari Nadma

Apakah Itu Bantuan Wang Ihsan ?

Bantuan Wang Ihsan adalah bantuan yang khusus diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di beberapa buah kawasan serta ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Kerajaan Madani telah menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga yang terjejas dengan bencana alam yang disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)

image 477
Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan

Berapakah Kadar Bantuan Bagi 2 Keluarga yang Mendiami Satu Rumah?

Kadar Bantuan bagi 2 keluarga yang mendiami satu rumah ialah RM1,000 sahaja oleh kerana hanya 1 ketua isi rumah sahaja yang layak memohon dan sekaligus mendapat Bantuan Wang Ihsan (BWI) tanpa mengira isi jumlah rumah/keluarga tersebut.

Syarat Permohonan Bantuan Banjir

  1. Warganegara Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan Diri (MyKad) yang masih sah.
  2. Bantuan Wang Ihsan (BWI) hanya akan diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus warganegara Malaysia sahaja dan setiap permohonan perlulah disahkan oleh Pegawai Daerah yang menyatakan bahawa mangsa ataupun keluarga tersebut benar-benar terkesan dengan bencana banjir yang dinyatakan.
  3. 1 Rumah sahaja yang terlibat dengan bencana layak untuk menerima BWI tanpa mengira isi rumah/keluarga.
  4. Kelayakan bantuan tersebut adalah tertakluk terhadap pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan Nadma

Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Nadma boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing dan BWI hanya akan diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR). Bagi mangsa yang telah berpindah ke pusat Pemindahan Sementara (PPS) , Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus warganegara Malaysia sahaja boleh mendaftar nama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS , permohonan boleh dibuat terus melalui JPKK ataupun Ketua Komuniti/Pegawai Daerah masing-masing. Kelulusan permohonan yang dibuat adalah tertakluk kepada Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)

Dokumen yang Diperlukan Dalam Permohonan

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi setiap KIR untuk permohonan adalah bergantung kepada kategori pemohon:
i. Bagi mereka yang telah mendaftar ke PPS (dengan MyKad) adalah tidak perlu untuk membuat permohonan kerana permohonan mangsa akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
ii. Bagi mereka yang telah mendaftar ke PPS (tanpa MyKad) perlu untuk mendaftar dengan ketua masyarakat masing-masing.
iii. Bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS , wajb mendaftat dengan ketua masyarakat masing-masing iaitu JPKK/Ketua Komuniti/Pegawai Daerah.

IMG 20231229 WA0010
Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan

Akhir sekali,PM turut meluahkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terjejas meliputi jentera Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati