Varian baru covid-19 yang dikenali sebagai Pirola telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan dan masyarakat global. Pegawai kesihatan telah memantau dengan teliti BA.2.86 yang dikenali sebagai “Pirola” sejak ia pertama kali dilaporkan pada bulan Ogos, baru-baru ini Varian tersebut telah perlahan-lahan meningkat di Amerika Syarikat dan kini menjadi salah satu daripada Virus yang paling lazim bersama HV.1 dan EG.5 di A.S.
Menurut the U.S Centers for Disease Control dan Prevention, Pirola mendapat perhatian awal pada musim panas yang dilaporkan di Amerika Syarikat kerana ia mempunyai beberapa perbezaan genetik yang membezakannya dari COVID-19 iaitu versi sebelumnya virus tersebut.
5 Fakta Covid Varian Pirola yang Harus Anda Ketahui, Putuskan Rantai Penyebarannya!
Isi Kandungan
- 1 5 Fakta Covid Varian Pirola yang Harus Anda Ketahui, Putuskan Rantai Penyebarannya!
- 2 Soalan FAQs Berkenaan Varian Pirola
- 2.1 Apakah bukti yang menunjukkan kebolehjangkitan varian ini berbanding dengan varian yang lain?
- 2.2 Adakah terdapat gejala yang berbeza dengan varian lain?
- 2.3 Adakah langkah khusus yang diperlukan untuk mengawal penularan varian ini?
- 2.4 Apakah peranan mutasi tambahan dalam protein peningkatannya terhadap kesan varian pirola terhadap penyebaran Covid-19?
- 2.5 Bagaimanakah strategi rawatan yang dapat mengurangkan gejala dan kesan varian pirola berbanding dengan varian lainnya?
Apa itu Pirola?
Menurut Andrew Pekosz, BA.2.86, yang dikenali sebagai “Pirola” oleh pakar kesihatan di media sosial, mula dikesan untuk kali pertama pada bulan Ogos di Israel dan Denmark, ia berasal dari subseksyen omikron (BA.2), yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19 pada awal tahun 2022.
“Perkara kritikal tentang varian ini (BA.2.86) ialah ia mempunyai pelbagai mutasi berbanding varian omikron yang muncul kira-kira kira 2 tahun lalu,” Kata Pekosz.
Data awal menunjukkan BA.2.86 mempunyai 34 lebih banyak mutasi dalam protein peningkatannya berbanding (BA.2.86) yang menyumbang kepada peningkatan COVID-19 pada tahun 2022, serta lebih daripada mutasi 36 tambahan berbanding omicron XBB.1.5, yang merebak dengan cepat di A.S pada permulaan tahun 2023.
Apakah Simptom Pirola?
Pada masa ini, menurut CDC, tidak dapat di pastikan sama ada jangkitan Varian Covid Pirola ini menghasilkan simptom yang berbeza daripada vasian lain, penyataan ini turut disokong oleh pekosz dengan mengatakan, “Hal ini disebabkan oleh jumlah kes terlalu kecil”.
Dalam penilaian risiko Varian Covid Pirola, CDC menegaskan bahawa “tiada bukti varian pirola ini menyebabkan penyakit yang lebih teruk tetapi perlu diingat varian boleh berubah apabila peningkatan data jangkitan”.
Gejala biasa varian dan subvarian COVID-19 yang lain termasuk:
- Lebih Batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Hidung berair
- Bersin
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit sendi
- Deria bau hilang
Apakah rawatan yang sesuai untuk varian ini?
Berdasarkan kajian CDC menunjukkan bahawa ubat-ubatan yang telah digunakan untuk merawat Covid-19 amat berkesan dalam merawat varian pirola. Penyataan ini disokong oleh agensi tersebut.
Pada 17 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan mengenai varian Pirola sebagai ‘varian dalam pemantauan’. Varian ini telah dikaitkan dengan lebih daripada 6,300 kes di 47 negara sejak penentuan klasifikasi tersebut.
Negara yang melaporkan jumlah kes tertinggi ialah United Kingdom, Perancis, Sweden, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Kanada. Setakat ini terdapat 540 kes dilaporkan oleh 30 negeri di A.S. Menurut Pekosz :
“Varian itu mungkin merebak dengan lebih meluas daripada yang kami kesan setakat ini”
Adakah Pirola lebih mudah ditularkan?
Untuk masa ini, belum dapat dipastikan sama ada varian BA.2.86 lebih mudah merebak berbanding dengan varian lain, menurut keterangan yang diberikan oleh pekosz.
“Menilai tahap kebolehjangkitan atau keterukan penyakit berdasarkan sejumlah kes yang kecil adalah suatu yang mustahil” Tambahnya.
Kesimpulannya, varian ini masih dalam proses penilaian dan pemantauan. Data yang ada masih terbatas untuk membuat kesimpulan yang pasti mengenai kebolehjangkitannya atau keterukannya dalam menyebabkan penyakit. Penilaian terus berlangsung untuk memahami sifat-sifat varian ini dengan lebih baik.
Soalan FAQs Berkenaan Varian Pirola
Sehingga kini, bukti yang masih ada dalam proses penilaian dan pemantauan secara teliti.
Terdapat beberapa laporan yang mengklifasifikan bahawa varian BA.2.86 mungkin memiliki tingkat penularan yang lebih tinggi, akan tetapi penelitian lebih lanjut masih diperlukan untuk meyakinkan kebolehjangkitan varian ini dengan orang lain.
Adakah terdapat gejala yang berbeza dengan varian lain?
Tidak, gejalanya mungkin seperti COVID-19
Adakah langkah khusus yang diperlukan untuk mengawal penularan varian ini?
Orang ramai perlu berhati-hati dan berjaga-jaga termasuk mematuhi langkah-langkah kesihatan yang disarankan seperti mencuci tangan, memakai mask, menjaga jarak sosial, setiap individu seharusnya melakukan pencegahan awal bagi melindungi diri dan komuniti dari penularan penyakit. Menjaga kebersihan dan mengikut arahan dari pakar kesihatan merupakan langkah penting untuk keselamatan bersama.
Apakah peranan mutasi tambahan dalam protein peningkatannya terhadap kesan varian pirola terhadap penyebaran Covid-19?
Mutasi tambahan dalam protein peningkatannya warren varian pirola telah menarik perhatian kerana mereka mungkin mempengaruhi sifat penularan, kekebalan dan sifat-sifat virus, bagaimana mutasi mutasi ini memberi impak terhadap tingkat keberkesanan vaksin atau keupayaan virus untuk dijangkiti semula, serta bagaimana ia mempengaruhi transmisi virus. Kesemua maklumat ini masih dalam kajian.
Bagaimanakah strategi rawatan yang dapat mengurangkan gejala dan kesan varian pirola berbanding dengan varian lainnya?
Strategi rawatan bagi varian pirola dengan varian lain adalah sama seperti rawatan COVID-19. Doktor akan memberi rawatan sokongan untuk meredakan gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas, keletihan dan gejala lain. Ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan Covid-19 juga dianggap berkesan untuk varian ini. Walau bagaimanapun kita masih perlu memahami kesan varian ini secara lebih terperinci serta rawatan yang diberikan akan berbeza mengikut gejala dan keadaan kesihatan individu.