Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan. Makluman terkini mengenai permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula 7 Januari hingga 28 Mac 2023 untuk permohonan Fasa Pertama manakala 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.

Melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan permohonan dibuka untuk kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Maklumam sendiri daripada KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka untuk permohonan Fasa Kedua.

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita telah diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline untuk mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

Melalui pengumuman tersebut, dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang mana akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian. Menurut KPT sebelum ini.

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

Perhatian kepada para pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM dan setaraf Anda perlu cakna akan permohonan UPU online yang telah dibuka oleh kerajaan di bawah Kementerian pengajian Tinggi (KPT). Berikut adalah dikongsikan bersama mengenai maklumat permohonan UPU online tahun 2023/2024.

Tarikh Permohonan UPU Sesi 2023 / 2024

Pemohon boleh dibuat pada :

  • Fasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac 2023

  • Fasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

NOTA: KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) AKAN MENANGGUNG SEPENUHNYA BAYARAN PROSES UPUONLINE (NO. UNIK ID BSN) BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024

Mengenai Pembelian Unik ID

1. Untuk permohonan UPUONLINE Fasa 1 akan dibuka pada bermula pada 7 Februari 2023 – 28 Mac 2023 (boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga).

2. Untuk permohonan UPUONLINE Fasa 2 akan dibuka pada bermula 15 Mei 2023 – 12 Jun 2023 (boleh mohon program tidak bertemuduga sahaja).

3. Adalah bagi pembelian PIN UNIK ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT).

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

Dimanakah Saya Boleh Lakukan Permohonan?

Bagi pelajar yang berminat untuk membuat permohonan anda boleh terus ke pautan  http://upu.mohe.gov.my/

Apakah Syarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023?

Untuk makluman kepada semua,Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:

KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM

  • Kategori Lepasan SPM
    • SPM 2022
    • SPM 2021 & SPM 2020

KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Untuk syarat pemilihan program UPU online 2023,anda boleh dibuat dengan merujuk ke pautan rasmi UPU:

Laman Rasmi UPUONLINE

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan
Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023

Untuk sesi 2022/2023 yang lalu, terdapat sebanyak 471 jumlah bagi program pengajian lepasan SPM yang ditawarkan, manakala sebanyak 1088 program pengajian lepasan STPM / Setaraf.

Bagi Calon ,anda boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :

https://upu.mohe.gov.my/

Panduan Memilih Program

Bagi membantu anda membut pemilihan program, berikut dikongsikan kepada anda panduan memilih program:

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
FB IMG 1675686995853
permohonan upu online panduan 1 1536x1536 1

Rujuk Infografik Daripada Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mengenai Permohonan UPUONLINE 2023/2024

FB IMG 1675687002454
FB IMG 1675687025349
FB IMG 1675687031799
FB IMG 1675687035078
FB IMG 1675686956862

Penentuan Aliran Lepasan SPM 2021 Dan Seterusnya

pakej stem 1536x864 1

Penentuan Aliran STPM/SETARAF & STAM

PENENTUAN ALIRAN STPM 1536x864 1

Apakah Dasar Pemilihan Meritokrasi Bagi UPU?

Untuk dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

  • 90% MARKAH AKADEMIK
  • 10% MARKAH KOKURIKULUM

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan seperti berikut:

KENAPA BERJAYA?

  1. Borang pemohonan BERJAYA diterima oleh UPUOnline
  2.  MEMENUHI syarat khas program pengajian
  3. ADA kekosongan tempat
  4. BERJAYA dalam saringan temuduga/ujian
  5. Kedudukan merit TINGGI

Kenapa Tidak Berjaya?

  1. TIDAK tekan butang hantar
  2. TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
  3. TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif
  4. GAGAL dalam saringan temuduga/ujian
  5. Kedudukan merit RENDAH

Penerangan Oleh KPT Mengenai Kedudukan Merit

FB IMG 1675686920102
FB IMG 1675686923394
FB IMG 1675686934315
FB IMG 1675686936435
FB IMG 1675686942287
FB IMG 1675686948340
Permohonan UPUOnline 2023

Panduan Permohonan UPUOnline 2023

Untuk anda yang ingin membuat permohonan UPU,Berikut adalah dikongsikan mengenai panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Sila layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda pilih betul.
  3. Anda boleh semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Anda boleh kira merit disini.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran anda.
  6. Semak juga laluan kerjaya.
  7. Anda perlu Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program anda mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan anda.
  11. Sila klik butang “SIMPAN”.
  12. Sila cetak slip permohonan.
  13. Jangan lupa untuk Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. Jangan lengah-lengahkan permohonan.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPUONLINE 2023/2024

Khusus kepada mereka yang terlibat,anda perlu untuk cakna akan Tarikh penting mengenai UPUONLINE bagi tahun 2023. Jangan pula anda terlepas pandang.

Permohonan UPUOnline 2023
Permohonan UPUOnline 2023

Permohonan UPU : Pastikan Anda Lakukan Yang Terbaik

Anda perlu untuk lebih peka mengenai permohonan UPU online yang telah dibuka bagi tahun ini. Siapa ada persediaan yang anda perlu lakukan dalam membuat permohonan UPU kali ini. Permohonan UPU tahun ini menjadi tumpuan kerana Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membenarkan permohonan UPU online tanpa perlu cas dalam membeli pin. Permohonan UPU adalah percuma.Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda memilih universiti bagi melanjutkan pelajaran:

  • Tentukan program pengajian yang anda minati: Pertama sekali, pilih program pengajian yang sesuai dengan minat dan bakat anda.
  • Ketahui reputasi universiti: Selidik universiti yang anda sedang pertimbangkan untuk mengetahui reputasinya. Cari maklumat tentang universiti melalui laman web rasmi, media sosial dan laman web ranking universiti.
  • Pertimbangkan kemudahan dan persekitaran: Pastikan universiti mempunyai kemudahan dan persekitaran yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Analisis kos: Banyak universiti mempunyai yuran yang berbeza. Pertimbangkan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup dan kos lain apabila memilih universiti.
  • Peluang pekerjaan pasca siswazah: Cari maklumat tentang peluang pekerjaan pasca siswazah dan cara universiti membantu alumni mereka mencari pekerjaan.
  • Lokasi: Pertimbangkan lokasi universiti dan cara ia sesuai dengan keperluan anda.
  • Budaya universiti: Lawati universiti dan ketahui tentang budaya dan budaya universiti. Pastikan budaya universiti sepadan dengan pandangan dan nilai anda.

Permohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan,Ingat bahawa pilihan universiti adalah keputusan penting yang akan menjejaskan masa depan anda. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan daripada ibu bapa, guru atau kaunselor pendidikan jika anda memerlukan bantuan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati