Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

OFFICIAL MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL MULA 2022

Biodata menteri pendidikan yb fadhlina sidek

MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL. Semalam telah diumumkan mengenai kabinet  kerajaan perpaduan yang akan memimpin kerajaan Malaysia. Pengumuman itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan barisan kabinet yang akan mengemudi kerajaan Malaysia bagi satu penggal.

Pengumuman oleh Perdana Menteri semalam telah memberi jawapan yang jelas kepada rakyat Malaysia siapakah yang akan menjawab Menteri pelbagai bidang. Selain itu, terdapat juga pengumuman yang memberi kejutan kepada rakyat iaitu pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan desa dan wilayah. Hal ini adalah suatu yang mengejutkan kerana beliau merupakan individu yang masih dalam perbicaraan kes mahkamah mengenai rasuah.

Di samping itu, terdapat pengumuman menteri yang lain dan antara yang menjadi tumpuan adalah siapakah yang menjadi Menteri Pendidikan Kerajaan baharu. Semalam PM telah memberi kepercayaan kepada YB Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan. Ikuti maklumat dan biodata beliau di bawah.

MENTERI PENDIDIKAN BAHARU YANG WAJIB RAKYAT MALAYSIA KENAL 

Malaysia Mendapat Menteri Pendidikan Yang Baharu Untuk Kerajaan Perpaduan

Tahniah diucapkan kepada kerajaan perpaduan atas pengumuman senarai barisan kabinet yang akan mengemudi dan menguruskan hal ehwal kementerian untuk menjaga kebajikan dan memastikan pentadbiran negara kekal stabil. Tumpuan kini diberikan kepada para menteri yang menjawat pelbagai bidang kementerian.

Antara yang menjadi tumpuan adalah Menteri Pendidikan, jom mana Menteri Pendidikan memegang tampuk pentadbiran dalam segi pengurusan sistem pendidikan negara ,sekolah, guru dan murid-murid.

Biodata Menteri Pendidikan Baharu

Biodata menteri pendidikan fadhlina sidekBIODATA FADHLINA SIDEK : MENTERI PENDIDIKAN KERAJAAN PERPADUAN DI BAWAH PIMPINAN PERDANA MENTERI KE-10, ANWAR IBRAHIM

Nama : Fadhlina Sidek

Profesion : Peguam, Senator Dewan Negara

Ahli Parlimen : P47 Nibong Tebal

Tarikh Lahir : 16 Oktober 1977 (45 Tahun)

Status: Berkahwin & mempunyai 5 orang anak

PENDIDIKAN

  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (2008)
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (2002)
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (2001)

PENGLIBATAN POLITIK

  • KETUA WANITA PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT (2022-2025)
  • MAJLIS PIMPINAN NEGERI PULAU PINANG, PARTI KEADILAN RAKYAT (2021-Kini)
  • PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI WANITA KEADILAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT (2020-2022)

Fakta, beliau merupakan anak kepada bekas pengerusi ABIM yang telah meninggal dunia pada tahun 2021 iaitu Sidek Fadzil.

Harapan Rakyat Untuk Menteri Pendidikan Negara

Ramai yang mempunyai harapan yang menggunung kepada menteri pendidikan negara. Tugas penting yang perlu digalas oleh Yb Fadhlina Sidek,ini adalah kerana beliau akan memegag portfolio dalam bidang pendidikan yang merangkumi pelbagai jabatan daripada KPM,PPD dan lain-lain yang perlu diberi caknaan.

Yb Fadhlina yang merupakan seorang peguam bakal mengemudi sistem pendidikan negara kita. Beliau perlu bertindak dengan wajar serta mendengar keluhan para guru mengenai sistem pendidikan agar ada penambahbaikan untuk kepentingan negara.

Cikgu Fadhli Pesan Sesuatu Kepada KPM Baharu

Baru sahaja dilantik menjadi menteri kanan pendidikan,kini beliau mendapat pelbagai ucapan tahniah dengan harapan dapat memberikan yang terbaik untuk negara. Terbaru, seorang guru yang terkenal, Cikgu Mohd Fadhli Salleh baru sahaja memberi pesan di dalam laman Facebook nya dan berharap Yb Fadhlina Sidek “take note” dengan pesanan beliau kerana gurulah yang tahu keadaan sebenar sistem pendidikan negara kini.

 “Tahniah YB Fadhlina Sidek Sidek yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.’

MENTERI PENDIDIKAN BAHARU

Berikut merupakan pesan cikgu Mohd Fadhli kepada Menteri Pendidikan baharu:

  1. Dengar keluhan warga bawahan terutama guru-guru kerana mereka lebih memahami setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan.
  2. Bersifat terbukalah menerima kritikan membina.
  3.  Jangan amalkan budaya lapok yang bersifat punitif, yang hanya mahu mendengar yang manis-manis sahaja.
  4. Kaji dengan cermat serta teliti setiap dasar dan perancangan, jangan terburu-buru buat keputusan tanpa dengar maklum balas guru, ibubapa, murid-murid dan seluruh pemegang taruh.
  5. Jangan bergantung info pada pegawai khas, pegawai di jabatan semata-mata. Banyaknya hanya mendengarkan yang manis dan menyorok keburukan. Ini yang merosakkan sistem kita.
  6. Kembalikan kegembiraan di sekolah, kegembiraan buat murid-murid dan guru-guru serta kembalikan rasa hormat rakyat pada sistem pendidikan kita.

Diharapkan juga Menteri Pendidikan baharu ini menjalankan tugas dengan adil dan saksama dan pastikan pelancaran dalam sistem pendidikan negara. Kita benar-benar memerlukan reformasi dalam pendidikan membuang yang keruh ambil yang jernih. Selain Itu, beberapa masalah yang melanda para guru di Malaysia juga perlu diambil berat dan tindakan segera bagi memastikan luahan para guru sentiasa didengari.

Sudah ramai guru yang makan hati dengan sistem pendidikan negara sebelum ini yang mana kebanyakannya tidak berpihak kepada kepentingan guru. Guru juga berhak mendapat perhatian daripada KPM dan mana guru banyak tertekan dan terkesan dengan pelbagai tekanan yang melanda mereka. Isu guru perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati