Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Bayi Baru Lahir : Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Mengikut Negeri | Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda

jpg 20221102 181845 0000

Bantuan Bayi Baru Lahir : Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Mengikut Negeri | Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda. Untuk pengetahuan anda, bagi setiap negeri di seluruh negara ada memperkenalkan bantuan bayi baru lahir yang mana batuan tersebut ditetapkan kadar pemuda RM100 sehingga RM1000.

Ini merupakan inisiatif daripada setiap negeri bagi meringankan beban golongan ibu bapa serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kadar kelahiran.

Bagi ibu bapa yang sedang mencari-cari belum mak berkenaan bantuan bayi baru lahir di sini kami dari Sistem Guru Online akan kongsikan beberapa panduan bagi memudahkan urusan anda.

Bantuan Bayi Baru Lahir : Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Mengikut Negeri | Semak Permohonan Mengikut Negeri Anda

1. Negeri Selangor

Negeri Selangor ada memperkenalkan bantuan bayi baru lahir melalui program “Iltizam Selangor Sihat”.

Bagi permohonan yang berjaya akan dibekukan akaun simpanan SSPN prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 bagi satu tahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke dalam akaun berkenaan mula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun simpanan SSPN prime yang dibagi oleh kerajaan negeri boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun dan ke atas.

iltizam selangor 2022 a 1020x1024 1

Cara permohonan disini.

2. Negeri Kedah

Melalui Kerajaan Negeri Kedah, bagi mereka yang baru sahaja melahirkan anak. Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan program “Anakku Sejahtera” yang mana kerajaan menyumbangkan insentif kelahiran sejumlah RM100.

bantuan anak kedah

Rujuk cara permohonan disini.

3.Negeri  Terengganu

Batuan melahirkan anak pergi Terengganu pula ialah melalui “Skim Permata Sejahtera”. Ini merupakan program bantuan yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Bentuk Bantuan:

  • Anak pertama – keenam: RM100
  • Anak ketujuh : RM200
  • Anak Kelapan : RM300
  • Anak Kesembilan : RM400
  • Anak kesepuluh : RM500
PicsArt 01 13 12.16.26

Rujuk cara permohonan disini.

4. Negeri Johor

Melalui inisiatif negeri Johor, Kerajaan telah menyediakan sumbangan percuma baru pecah rumah RM100 bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor melalui akaun SSPN-i yang mula dibuka pada 1 Januari 2022.

dana didik johor 723x1024 1

Bagi membuat permohonan anda boleh merujuk disini.

5. Negeri Sabah

Melalui peruntukan dana sehingga RM 5 juta oleh kerajaan negeri Sabah dalam pembangunan modal insan di samping itu menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak bermula awal kelahiran mereka.

Setiap anak yang dilahirkan akan mempunyai peluang mendapat bantuan daripada kerajaan Sabah. Selaku ibu bapa, anda perlu cakna untuk membuat tindakan demi anak-anak kelak.

bistari

Untuk mengetahui cara-cara permohonan, anda boleh merujuk disini.

6. Negeri Pahang

Kerajaan negeri Pahang juga ada cakna kepada ibu yang melahirkan bayi. Kerajaan negeri telah memperkenalkan bantuan bayi baru lahir bagi tahun 2022 melalui program “Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023). Bantuan ini berjumlah RM300.

program anak kebanggaan pahang

Bagi mengetahui lebih lanjut,anda boleh ikuti disini.

7.Negeri Perak

Kerajaan negeri Perak telah lama memperuntukkan sebanyak RM200 bagi setiap bayi kelahiran Perak sejak bermula tahun 2010 melalui simpanan permulaan menerusi skim simpanan pendidikan tinggi nasional (SSPN-i)

Bantuan Bayi Baru Lahir
Bantuan Bayi Baru Lahir

Untuk mengetahui lebih lanjut dan permohonan,sila rujuk disini.

8.Negeri Sarawak

Melalui negeri Sarawak pula, telah diperkenalkan pemberian sebanyak RM450 kepada setiap kelahiran anak Sarawak. Pemberian ini adalah dalam bentuk simpanan dan inisiatif ini telah bermula sejak tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

Bantuan RM450 ini diperkenalkan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang bernama “Bantuan Ibu Bersalin”.

Syarat-syarat Permohonan

1) Merupakan warganegara Malaysia;

2) Ibu pemohon pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);

3) Ibu melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan

4) Ibu bapa boleh membuat permohonan apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin

Untuk cara permohonan:

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui:

(i) Online di aplikasi iSarawakCare

Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store

Maklumat Lanjut: https://isarawakcare.sarawak.gov.my

(ii) Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan http://bit.ly/borangbib2022

9. Negeri Pulau Pinang

Kerajaan negeri pulau Pinang melancarkan program “Anak Emas” yang mana anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sebanyak RM200.

Batuan yang diperkenalkan ini boleh dimohon sebanyak satu kali bagi seorang anak ,permohonan ini boleh dilakukan 2 tahun sebelum tarikh kelahiran.

Bagi anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan,anda boleh meruju disini.

Permohonan Bantuan Lahirkan Anak Sentiasa Dibuka, Kemukakan Permohonan Anda segera!

Berita baik kepada ibu yang bakal melahirkan anak anda boleh membuat permohonan bantuan kerana melahirkan anak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu di luar sana.

Bagi anda yang ingin mendapatkan info semasa dan penting anda boleh sertai telegram Kami di sini.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati