Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Kemasukan Politeknik Sepenuh Masa Sesi II Tahun 2021/2022

permohonan kemasukan politeknik sesi II 2021/2022
Kemasukan Politeknik

Permohonan Kemasukan Politeknik Sepenuh Masa Sesi II Tahun 2021/2022. Bagi sesiapa yang terlepas peluang untuk memohon kemasukan ke Politeknik atau Kolej Komuniti sebelum ini, permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti kini bagi Sesi II 2021/2022 telah dibuka bermula 1 November 2021. 

Latar Belakang Politeknik Malaysia 

Pengajian politeknik di Malaysia adalah merupakan salah satu alternatif bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahira Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Melalui penubuhan ini, politeknik mula diperkenalkan di Malaysia. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).

Manfaat Pembelajaran Di Politeknik

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n
Kemasukan Politeknik
  • Institusi adalah milik penuh kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi Politeknik boleh terdapat di seluruh negara
  • Yuran yang berpaturan
  • Peluang pekerjaan yang luas
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Senarai Politeknik di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia berdasarkan kategori berikut:

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (mypolycc.edu.my).

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi II Tahun 2021/2022

Permohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi II 2021/2022 kini dibuka sehingga 16 Disember 2021 dan permohonan adalah secara dalam talian. Permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).

Cara Permohonan

  1. Diploma Politeknik – Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (mypolycc.edu.my) *Calon-calon yang telah bersetuju menerima pra tawaran sesi 2 2021/2022 tidak perlu mengemukakan permohonan. Surat tawaran dijangka boleh mula dicetak mulai 13 Janurai 2022.
  2. Sijil & Diploma Kolej Komuniti
    Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (mypolycc.edu.my)
    Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (mypolycc.edu.my)

    Klik di sini untuk memohon

  3. Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Ketidakupayaan Pendengaran)
    Senarai Porgram & Syarat Kemasukan
    Klik di sini untuk memohon

Maklumat Lanjut Permohonan Politeknik 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Aras 6, Galeria PjH,
jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan Politeknik Sepenuh Masa Sesi II Tahun 2021/2022 ini dapat memberikan manfaat kepada para ibu bapa dan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pembelajaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti.

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi informasi berkenaan dengan pendidikan, bantuan pendidikan dan sebagainya, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati